Tuesday, 17 December 2013

Gunung Jerai....Kuukir Namamu Di Awang Gunung Jerai

Assalam...
Akhirnya Mulia dapat menjejakkan kaki ke Puncak Gunung Jerai.  Alhamdulillah, dahulu setiap kali melalui daerah Gurun mahupun Yan, setiap kali itulah terdetik dalam hati.  Bilakah akan sampai masa dapat menjejakkan kaki ke puncak ini?.

Sungguh cantik pemandangan muka bumi ciptaan Allah Swt yang dapat diperhatikan dari Puncak ini.  

Ketinggian Puncak Gunung Jerai dari Aras Laut.

Saujana mata memandang hamparan sawah padi (Jelapang Padi) menghijau di Daerah Yan sehingga Kuala Kedah.

Cuaca yang agak berkabus, membataskan pandangan.

Ini adalah rumah club tertua berada di puncak gunung ini, digunakan sebagai dewan utama dan telah dibina ketika zaman penjajah lagi.

Petunjuk arah, wifi juga ada.

Satu-satunya resort yang ada di atas Gunung Jerai yang menawarkan penginapan dan kemudahan untuk pengunjung.

Antara contoh penginapan yang disediakan di sini.

Penginapan yang disediakan hanya dikenali sebagai bilik-bilik dan harga bilik-bilik ini mengikut kategori.  Harga  adalah antara RM240 untuk Superior Room hingga RM390 untuk Executive Room, harga ini tidak termasuk tax dan service charge.

Restoran Puncak Kedah.

Ruang dalaman restoran

Bersambung dengan anjung yang terletak diluar dan lebih terbuka.

Ini adalah Villa yang dikhaskan untuk penginapan keluarga DiRaja yang berkunjung ke sini.

Bumbung kuning itu adalah surau yang disediakan di Puncak Gunung Jerai.  Sempat solat asar di masjid ini, cuaca yang sejuk dan nyaman tidak perlukan kipas atau pendingin udara. 
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai


Petugas di Front Desk yang mesra melayani pengunjung atau tetamu resort.

Hall dan Banquet turut disediakan sesuai untuk mana-mana group yang kendak mengadakan mesyuarat atau seminar.

Tidak puas merasai suasana nyaman  di Puncak Jerai menyebabkan kaki berat untuk melangkah pergi, mungkin suatu hari akan kembali dan menginap di sini.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment