Tuesday, 28 January 2020

Hidupkan Talian Hayat...

Assalam...
Tahun baru tahun lama macam sudah tak bawa banyak beza, sama saja.  Hidup dah tak fikir nak set azam baru dan menggapai matlamat seperti ketika muda-muda dulu.  Nampak sangat sel-sel penuaan sudah menguasai diri walaupun tindakan kadang-kadang masih keanak-anakkan.  Kali ini hujung tahun yang selalu sibuk sudah berubah menjadi sunyi sepi dan serasa bernyawa sedikit, tidak perlu melayan auditor.  Rakan sekerja ramai yang bercuti, yang bertukar kerja pun ada, jadi kena lah jadi penunggu setia di office.  Takpe kita bagi laluan mereka settle hal anak-anak nak masuk sekolah dulu, lepas tu kita take turn.  Ada hal yang perlu disettlekan di sebarang laut, nasib terperasan passport nak expired, masih hidup tapi dah tak boleh diguna untuk keluar.

Jadi awal tahun agenda utama adalah hidupkan talian hayat ini.  Allah sedarkan awal, tulah nasib baik namanya, tapi macam agak ambil masa sedikit kali ini untuk renew nyawa.  Ini sebab info berkenaan operasi utc wilayah tak berupdate dalam memori, baru sedar diri ketinggalan zaman sungguh.  Dalam fikiran masih info dahulu sebab dulu masa nak renew pergi lepas kerja, buat ketika jam 8 malam.  Musim dah berubah rupanya semua utc di wilayah hanya beroperasi hingga jam 5 petang.  Keesokkan hari terpaksa lah ke cawangan imigresen Kelana Jaya, datang awal pun ramainya manusia, dapat nombor hujung-hujung.  Kena apply cuti separuh hari nak settlekan hal ni, separuh hari pun tak boleh siap, kena datang ambil selepas jam 2.45 petang.  Pegawai bertugas siap promote suruh join contest jika bayar guna kad debit. 


Alhamdulillah siap juga talian hayatku, jika tak mendesak nak keluar dengan hal yang perlu disegerakan, rasa tak nak hidupkan lagi.  Tapi kan bagus jika hidup talian hayat tu sentiasa standby, takdelah kalut nanti, mana tahu dapat rezeki ada orang nak belanja jalan-jalan keluar negara.

Sekarang ni dah balik dah, dah start kerja pun.  Tu kalut sikit baru nak ucap selamat tahun baru 2020 dan Happy Chinese New Year, mari terus bekerja untuk majukan negara tercinta. 
Wassalam.