Assalam...
Steamboat lagi, kali ini kami pergi dekat Asap Steamboat & Grill, macam berasap juga mencari lokasi tempat ini. Tak biasa ke tempat ini dan agak macam tersorok sikit dalam kawasan kampung gitu. Tapi dah sampai itu menemukan dengan petunjuk yang lain, Nurul Izzah Catering, oh rupanya sama company, sister company.
Tak kesampaian hajat nak bawah arwah bapak makan di sini, sebab masa tu dia dah tak berapa sihat dan agak susah untuk menggunakan kerusi roda. Kawasan dari parking dan tempat makan agak jauh juga bagi mereka yang kurang upaya.
Tempat sudah ada, mereka dah sediakan dapur, kuah sup dah tuang dalam periuk dan butter dah mereka oles ke atas griller. Di sini, butter petugas mereka yang akan oles ke atas griller, jadi kalau rasa-rasa kurang butter minta saja daripada mereka. Setengah tempatkan butter mereka letak dan pelanggan bebas untuk mengambil berapa banyak.
Malam tu kami sampai agak lambat kerana jem dan cari tempat, nasib kami book tu pilih waktu dah jam 9 malam. Booking melalui eatigo. Guna applikasi eatigo ada diskaun mengikut waktu tertentu. Perut dah lapar kami makan makanan siap yang ada di buffet, baby crab dia terbaik, ulang-ulang orang tu ambil baby crab.
Lepas dah reda sikit rasa lapar tu, baru kami main masak-masak. Ambil serba sedikit dulu, dah habis makan yang tu kemudian ambil dan masak yang lain pula. Makan steamboat kena santai-santai saja baru boleh nikmati makanan tu.
Dessert ada puding, buah, jelly, aiskrim, pau dan bubur. Selalunya ambil yang tu paling kemudian jika masih ada ruang tak penuh dalam perut.
Ini ruang makan dalam kontena di tingkat atas, kami duduk tingkat bawah saja lagi pun buffet makanan di tingkat bawah sahaja. Macam leceh lah jenis yang pemalas macam saya nie nak naik turun tangga ambil makanan.
Dalam pondok tulah terletaknya kaunter dan chasier. Sampai-sampai kena cari mereka ini dulu dan jelaskan bil, lepas tu mereka akan usher kita ke tempat duduk. Mereka sentiasa berkomunikasi menggunakan walkie talkie dengan petugas lain yang berada di atas dan bawah.
Di Asap nie, mereka amalkan dasar denda jika tak habiskan makanan yang diambil. Bagus juga untuk elakkan pembaziran, masa nak masuk tu adik kat kaunter dah terangkan. Jika terdapat lebihan makanan mereka akan timbang dan kira denda yang patut di bayar, tak inagat berapa tapi macam RM10 bagi setiap 100gm.
Perut dah kenyang senang hati, jom nyanyi pulang mari lah pulang, mari lah pulang bersama-sama.
Bagus juga guna aplikasi eatigo nie, boleh dapat diskaun. Kalau guna di tempat-tempat makan mewah lagi berbaloi kot.
Wassalam.