Assalam...
Ini kisah morning brisk walk, morninglah sangat, tapi sebab matahari redup jer, ok lah nak jalan-jalan pagi tu. Lepas sarapan lontong paku pakis di warung depan penginapan, kami berjalan-jalan ke Jambatan Sitti Nurbaya. Siapa yang suka baca novel dan tengok cerita sinetron tu mesti tahu pasal cerita Sitti Nurbaya kan, dikatakan jambatan ini mengabadikan nama watak dalam kisah cinta tragis itu.
Sebelum sampai ke kakai jambatan, kami lalu di depan bangunan Bank Indonesia. Orang kata bangunan ini mengambarkan pegawai Belanda yang menjadi tuan zaman penjajah. Jika diperhati betul-betul memang nampak kat situ, bumbung sebelah atas warna coklat itu simbolik akan topi orang belanda pakai ketika itu.
Bangunan ini sudah tidak digunakan sebagai tempat institusi kewangan lagi, sudah dikosongkan. Bertanya juga pada guard yang menjaga bangunan ini menempatkan apa. Inya cuma kata bangunan ini sudah ditutup. Agaknya dia maksudkan belum dibuka lagi untuk kami nak melawat. Kami minta izin masuk dan bergambar di tepi bangunan, dia ok saja.
Nampak struktur masih kukuh dan terjaga rapi, walaupun dibina pada kurun ke-19 dan mula dibuka pada tahun 1864. Sayang sebab tak dapat masuk melihat koleksi barang yang dipamerkan di dalam itu.
Kami hanya dapat pergi ke sebelah sini, dapat letakkan punggung seketika dibangku itu sambil bergambar kenangan.
Jalan lagi sambil nyepret sana-sini, sampai kami kena tegur dengan pak polisi. Dia ingat kami wartawan kot, mana taknya ko suka hati ambil gambar tempat p&c. Sebenarnya tak tahu yang itu adalah balai polis, lepas kena temuramah sekejap, pak polisi itu pula sarankan kami ambil gambar depan papan tanda tu.
Akhirnya kami sampai ke Jambatan Sitti Nurbaya. Jambatan ini menghubungkan kawasan Kota Padang (Koto Tua) dan Seberang Padang yang dipisahkan dengan Sungai Batang Arau.
Kawasan penempatan di sebelah Seberang Padang, kurang padat berbanding dengan sebelah kota.
Kota Tua Padang daripada Jambatan Sitti Nurbaya.
Pandangan ke arah hulu Sungai Batang Arau, cantik dengan latar belakang kawasan pergunungan.
Sungai Batang Arau menghala ke muara, banyak bot dan kapal kecil berlabuh di sini. Kawasan ini sebenarnya termasuk dalam kawasan pelabuhan dagang Muara Padang.
Kelihatan perahu dan bot masih digunakan sebagai alat perhubungan. Sebelum adanya jambatan ini, penduduk bergerak sepenuhnya menggunakan pengangkutan air untuk menyeberang ke sebelah kota.
Cukuplah jalan-jalan pagi sampai ke tengah jambatan saja. Jom balik kemas barang sebab nak check out lepas tu.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment