Assalam...
Saya memang peminat kuih pukis ini, kalau berkunjung ke Indonesia, mesti nak cari kuih pukis. Banyak dijual oleh penjaja kuih tepi jalan dan ada bermacam-macam versi. Nak buat mudah dan boleh dipelbagaikan hiasannya, letak coklat, cheese, oreo, atau buah-buahan kering. Ini antara kuih senang masa jiran minta sediakan kuih untuk jamuan. Sebab acaun pukis tu ada satu saja, saya hentam guna acuan bulat yang orang selalu guna untuk buat kuih cara bikang.
Pukis pandan ini, saya mekap kan guna parutan keju cedar dan coklat rice.
Kueh Pukis Banyumas
Sumber: RinaRinso
Bahan-bahan
4 biji telur
300gm gula pasir
1/2 bungkus yis
500gm tepung gandum
1/2 sudu teh vanilla
1/2 sudu makan garam
dantan 750ml
3 helai daun limau purut
1/2 tin susu pekat
230gm butter / majerin - dicairkan
Cara Penyediaanya
* Didihkan santan bersama garam dan daun limau purut. Ketepikan biar hingga suam-suam kuku. Tambahkan susu pekat dan kacau rata.
* Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan bahan kering (tepung gandum, yis dan vanilla) dan santan secara bergantian hingga habis. Boleh guna mixer dengan kelajuan rendah.
* Masukkan majerin yang telah dicairkan terlebih dahulu. Diamkan selama 1 jam.
* Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu lagi warna coklat. (saya hari tu buat adunan untuk 2 resepi. Lepas sejam saya, satu resepi saya buat perasakan dengan pandan dan warnakn hijau, satu lagi buat warna asal dan coklat).
* Panaskan acuan pukis dan gris dengan majerin, setelah cukup panas masukkan adunan coklat kemudian putih hingga 2/3 acuan. Adunan harus dikacau setiap kali sebelum memasukkan ke dalam acuan untuk mengeluarkan gas supaya permukaan kuih licin dan tidak berlubang-lubang. (saya lupa nak kacau, tu yang semua berlubang-lubang macam bulan).
* Tutup acuan dan biarkan hingga masak.
* Keluarkan kuih dari acuan perlahan-lahan dan letakkan di pinggan yang rata kerana kuih yang masih panas agak lembut dan senang penyet.
* Hidangkan.
Yang bulat ini pula celorengkan dengan adunan yang di tambah dengan coklat dan letakkan kismis sebagai inti. Kuih ini tahan juga, hari tak habis makan saya letak dalam peti ais, bila nak makan hanya panaskan dalam mikrowave. Rasanya tetap sedap macam baru buat.
Buat sampai 2 adunan, hasilnya memang banyak bertalam-talam. Dah macam rupa nak berniaga kuih pukis pulak dah makcik nie. apa-apa pun Alhamdulillah sebab tiada yang dibazirkan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment