Sunday, 25 March 2018

Bersiar-siar di Jam Gadang dan Pasar Pagi Bukit Tinggi.


Assalam...
Sebelah malam acara bebas, untung juga seawa penginapan yang dekat dengan kawasan Jam Gadang.  Kami hanya berjalan kaki dan naik tangga untuk sampai ke sini, tak perlu nak naik bendi atau angkot lagi.


Kawasan sekitar Jam Gadang (Fort De Kock) ada pasar malam pasar malam gitu lah.  Kedai di sekitar pun buka hingga lewat malam, ada mall juga tapi kami tak masuk.  Pengunjung ramai di sini, penjual jajan pun ramai.


Kereta kuda (bendi) perkidmatan ini banyak di Bukit Tinggi.  Jenis pengangkutan yang masih dikekalkan untuk kemudahan pelancong.  Info pak supir kata boleh sewa untuk keliling pekan Bukit Tinggi tapi harus pandai tawar kerana sewa yang selalu ditawarkan melangit.  Saya tanya pada 2 orang lagi jika ingin naik bendi, mereka kata kesian kat kuda, saya pula dah pernah ketika zaman kanak-kanak dulu.


Ramai penjaja yang offer kan barang jualan mereka, tapi kami nampak semua macam biasa saja. Bila terpandang orang yang menjual keropok mie ini, kami pun beli sekeping.  Saja nak rasa.


Keropok mie, sekeping harga 5000 kami share makan tiga orang.  Sedap jugak, base dia keropok ubi (macam opak) atas letak bihun goreng dan siram dengan kuah sate (kuah sate padang).


Kami putuskan nak makan di warung "Lapau Nasi" ini, selepas balik berjalan-jalan di kawasan Jam Gadang tadi.  Warung ini dekat dengan hotel kami.


Hidangan kami pada malam tu, makan di warung depan penginapan saja.  En. Abe sampai sekarang teringat-ingat kesedapan nasi goreng yang dia pesan, paling sedap katanya yang dia pernah rasa walaupun nasi goreng biasa saja.  Sebab lapar kot hehehe.


Keadaan Jalan Perintis Kemerdekaan pada waktu awal pagi menghala ke pasar Banto.


Masjid Jamiak Agung, Tangah Sawah Nagari Guguk Panjang, Bukit tinggi, dekat dengan tempat penginapan kami.  Malam kedua sempat pergi dengar kuliah maghrib (berkenaan ikhlas) dan isyak berjemaah di situ.


Ikan keli salai di pasar bawah.


Ini pasar atas, semasa kami lalu hanya beberapa gerai yang baru buka, terlalu awal agaknya.  Pasar atas dan bawah hanya buka pada siang hari saja.


Ambil gambar jam gadang sebelah pagi pula, waktu ini masih clear dari manusia kontras sangat keadaan pada sebelah malam tadi.  Waktu sesuai untuk photo shoot tanpa ganguan.


Jumpa 3 buku tulisan Pram di kedai buku Pasar Atas.  Terus beli saja tanpa banyak fikir.


Cukup brisk walk pagi itu dengan berjalan-jalan di sekitar pasar pagi bawah dan atas.  Balik ke hotel untuk sarapan dan bersiap untuk perjalan hari ke-2.

Seperti dijanjikan tepat jam 9.00 pagi, supir datang jemput kami dan bergerak ke destinasi seterusnya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment