Monday, 26 March 2018

Hari Kedua - Batu Sangkar, Lembah Harau


Assalam...
Jalan-jalan hari ke-2 kami nak pergi arah ke Batu Sangkar dan Paya Kumbuh.  Tak tahu yang menarik kat sana ikut saja lah supir tu nak bawa pergi mana.  Patutlah Pak Herman cadangkan kami menginap di Bukit Tinggi (macam centre) sebab nak pergi satu tempat ke satu tempat tu agak jauh perjalanannya.  Pagi itu perjalanan dimulakan dengan menghala ke arah Batu Sangkar.  



Daerah sini banyak sawah padi dan dikelilingi dengan kawasan perbukitan, sesekali kelihatan puncak gunung Merapi atau gunung Sago.  Pit stop pertama kami di kawasan bukit bukau adalah kilang kopi.  Mula-mula pelik bila kata nak singgah kilang sebab laluan makin macam menuju kawaasan kampung saja.  Sampai baru tahu kilang yang mereka maksud tu kilang tradisional, industri desa, kurang guna mesin tetapi masih banyak guna kudrat manusia. 


Jom kita minum kopi O kaw, jenama Kiniko dan teh daun kopi (dalam bekas tempurung).  Kopi dan teh tu free flow kat sini, diorang pun akan bagi sample pisang salai untuk pelancong rasa.  Minum kopi atau teh dan kenenkan dengan bakwan (yang ini kena beli).  Nampaknya bakwan dah menjadi kudapan feveret 2 orang tu.


Moh teruskan perjalan ke Istano Basa Pagaruyung.  Negar orang ko boleh masuk istana, negara sendiri takat tengok dari jauh saja.  Masuk daerah Batu Sangkar dan Istano Basa, nampak banyak bendera 3 warna tu, ciri khas untuk kawasan ini.  Sehingga pokok-pokok tepi jalan pun ditandai dengan warna hitam, merah dan kuning.  Persamaan warna dengan warna bendera Negeri Sembilan.


Walaupun hanya istana replika, mata tetap terpegun dengan hiasan dalam tu.  Seni tekat menggunakan benang emas dan rekaan motif atau corak diadaptasi daripada alam sekitar.  Keseniaan ini banyak disalurkan pada persalinan dan kain-kain hiasan dalam istana. 


Contoh pelamin Minang yang disediakan di kolong istana, nak pose jadi pengantin Minang boleh lah kat sini.  Disediakan juga pakaian adat untuk disewa dan digayakan oleh pengunjung lelaki dan perempuan dengan kadar sewa sama dengan yang di muzium rumah gadang.  Memang ramai yang berkenan hingga tak menang tangan juru hias bertugas.


Rombongan budak sekolah yang dah berganti persalinan baju adat Minang.  Cuaca panas hari itu, tak terasa nak berbusana Minang lagi, lagi pun 2 orang tu lagi tak nak, so tak best nak posing seorang-seorang.


Keluar dari istana betul-betul masa tu matahari atas kepala.  Singgah beli air saja di gerai luar sebab pak supir cakap, nanti kita makan tengahari saja di tepi sawah. 


Punya nyenyak kami tidur dalam kereta, dah masuk kawasan air terjun baru tersedar.  Eh ini kat mana nie, ingatkan kami melawat Panorama Sianok lagi sebab rupa bumi macam sama saja yang kami nampak semalam.


Ini di Lembah Harau buk, sudah agak jauh meninggalkan Bandar Bukit Tinggi.  Mata yang terpisat-pisat jadi cerah bila tengok air terjun depan mata.


Ini betul-betul air yang terjun dari permukaan bumi yang tinggi.  Bukan air terjun yang biasa kat sungai bertingkat-tingkat tu.  Tak usah berangan nak mendaki ke atas tu, kecuraman dia 90 degree.


Terdapat beberapa air terjun seperti ini, tempat yang kami pergi ini yang biasa dikunjungi oleh pelawat ke Lembah Harau.  Kalau nak explore lebih kawasan ini, sebaiknya boleh menginap di homestay sekitar ini dan boleh mengikuti beberapa aktiviti yang diatur oleh mereka.


Beberapa peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan Singkarak (lebih kurang cam Le Tour De Langkawi), kebetulan program mereka hari itu adalah di Lembah Harau.  Tadi semasa perjalan ke Batu Sangkar bertembung beberapa kenderaan yang membawa krew dan peserta.


Di mana ada gula, di situ pasti ada semut.  Budak photographer tu  pujuk kami berdiri di tepi longkang yang ada nama tu.  Sebab tak nak hampakan dia, kami berdiri jerlah, sambil dia terjun longkang nyepet gambar kami.


Sedap sebenarnya kalau dapat terjun dan mandi dalam kolam macam budak-budak kat situ.  Pasti hilang rasa kantuk dan segar badan yang dah mula melekit.  Tapi sebab tak bawa persalinan, so jalan-jalan dan ambil gambar saja lah.


Nampak gaya ada orang dah addicted dengan mie kerupok.  Di gerai depan air terjun Lembah Harau banyak jual.  Lagi murah dari yang kami makan di kawasan Jam Gadang semalam.


Yang best kat sini sebab tuan kedai tu suruh kami letak sendiri sos dan mie atas keropuk.  Apa lagi, letak inti sesuka hati, banyak-banyak.  Tak silap kami makan 2 keping mie keropok kat situ juga.


Dah lewat petang kami bergerak pulang ke Bukit Tinggi.  Rasa-rasa nak sambung tidur lagi dalam perjalanan.
Wassalam.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete