Assalam...
Dave deli's dan BJ kompleks, dua benda yang pernah jadi nostalgia. Zaman penghujung remaja beramai-ramai pergi pembukaan kompleks BJ, naik motor merempit dari rumah sewa tak jauh pun, 5 minit boleh sampai. Masa tu tak ada lagi shopping kompleks yang boleh lepak kawasan di Bayan Lepas - Bayan Baru, selain Sunshine Square. Dari rumah sewa tingkat 10 tu boleh nampak BJ tu lagi pula tingkap rumah kami mengadap ke sana. Jika ada sebarang perayaan tak perlu susah nak pergi tengok bunga api, kitaorang parking tepi tingkap jer.
Dave Deli's ini antara resto yang ada dalam BJ kompleks yang kami suka pergi. Sahabat saya yang duk JB tu yang suka sangat roasted chicken dave deli's nie. Bila tanya dia, sampai sekarang dia akan kata ingat kesedapan ayam panggang tu tapi dah tak ingat nama restorannya. Species lagu nie pun ada jangan tak percaya. Masa berlalu dan musim berganti selepas itu seorang demi seorang kawan serumah meninggalkan rumah sewa, BJ kompleks pun dah jadi sendu tambah pasal isu halal haram yang melibatkan dave deli's, restoran pun lenyap dari pandangan mata dan terus jadi kenangan.
Baru-baru ini, nampak balik akan kewujudan dave deli's di mana-mana, macam iklan tora datang lagi. Nak kata beriya-iya nak pergi makan kat sana tak lah. Cuma ini cerita minggu lepas, sebab makanan lunch dah habis jadi kami lari ke Atria mencari makan plus nak cari barang. Rasa ayam panggang dia masih sedap macam dulu-dulu pada saya. Adik yang ikut cuba chicken pie, rasa dia ok juga, cuma saya lebih suka jika inti daging atau ayam tu ada feel ketika mengunyah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment