Monday, 24 October 2016

Pesta Lelong Buku Putrajaya


Assalam...
Sabtu selepas waktu kerja kami pergi sini, itu pun selepas berjaya meracun adik-adik dan kakak dalam group wassup.  Sebab tahu kalau saya seorang yang nak pergi, mesti tak akan di layan punya.  Kakak dan adik dah setuju walupun 2 orang lagi tak dapat nak join.  Bukanlah nak beli buku yang lebih utama tetapi kebersamaan dan bonding time dengan adik beradik itu lebih penting.  Bukan senang nak berkumpul sebab waktu kerja dan cuti tak sama.


Abi Aqil beli majalah Ujang, bacaan untuk hilangkan strees katanya.  Murah-murah diorang jual.


Petang tu ada talk oleh Dr Robiah K Hamzah, sempat lah luangkan masa dengar perkongsian ilmu berkenaan keibu-bapaan.  Sangat bertepatan dengan isu-isu yang selalu dianggap remeh dalam keluarga tatapi besar impaknya bila ianya tidak diambil peduli.


Budak tenit ini pun macam suka jer, tak meragam langsung aktif pulak melompat-lompat.  Banyak benda yang menarik perhatian.  Dia pun best agaknya dapat keluar bersiar-siar selalu asyik terperuk dalam rumah saja.


Ini lah hasil pancingan petang itu, sebenarnya saya mencari buku-buku lama atau novel-novel sejarah tapi tak jumpa yang berkenan di hati.


Tak perlu lah nak bandingkan pesta buku yang ini dengan pesta buku antarabangsa yang berskala besar yang tentunya lebih banyak pilihan.  Bagi yang nak mencari buku islamik memang banyak di sini, lebih mudah sebab ruang pameran pun tidak terlalu luas.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment