Wednesday, 10 February 2016

Mendaki Gunung Sinai / Bukit Tursina.


Assalam...
Siapa minat dengan aktiviti lasak mendaki gunung atau bukit.  Saya sekadar mendaki Bukit Broga tu ok lah, atau kalau nak mendaki gunung yang trak dia memang dah cantik ada tangga seperti Gunung Kinabalu.  Tapi kalau nak menebas, nak panjat-panjat akar kayu bagai tu memang tak melepasi piawai jugak.  Ini dapat kiriman gambar dari adik yang pergi mendaki Gunung Sinai / Bukit Tursina yang nama gunung ini ada di sebut dalam Al-Quran termasuk juga disebut dalam kitab-kitab lain seperti Taurat dan Injil (Jabal Musa).  Ketika diberitahu yang dia akan mengikuti rombongan itu, saya yang berada jauh ini yang lebih teruja. 


Mendaki gunung biasa lain feelnya dengan mendaki Gunung Sinai ini, sebab ianya gunung yang bersejarah ada kaitannya dengan cerita nabi-nabi. Kebanyakkan pendaki yang mendaki gunung ini adalah penganut Islam, Yahudi dan Kristien dan sudah tentunya alasan utama mereka adalah dari segi keagamaan.
 

Sambil melangkahkan kaki, sambil itu bersikir dan mengingati peristiwa-peristiwa nabi seperti yang diceritakan dalam al-Quran menjadikan mereka semakin bersemangat untuk sampai ke puncak.
 

Pendakian naik ke gunung Sinai tidak dikenakan sebarang bayaran.  Sesiapa pun boleh mendaki yang penting cukup stamina.  Adik pergi mengikuti rombongan sempena cuti semester dan pakej yang mereka bayar memang amat murah jika dinilai dengan nilai duit kita.  Bayaran pakej yang mereka ikuti itu termasuk transport pergi dan balik dari Kaherah, makanan dan lawatan dan ke beberapa tempat. 
 

Pendakian dimulakan pada waktu tengah malam kira-kira jam 12 malam dan mereka berjaya sampai di puncak Gunung Tursina lebih kurang jam 5 pagi.  Setelah puas menikmati keindahan alam dan melihat kebesaran Maha Pencipta, rombongan mereka bergerak turun dari Gunung Sinai ketika waktu pagi. 


Eh boleh pulak dia mendaki dengan memakai jubah seperti ini.  Cuma perlu bersiap sedia dengan pakaian tebal kerana suhu boleh mencecah -3 darjah celcius ketika musim sejuk.  Tahniah awak kerana berjaya sampai ke puncak Gunung Sinai / Tursina / Jabal Musa.


Antara tempat persinggahan yang termasuk dalam pakej ziarah mereka adalah Makam Nabi Harun, Laut Merah dan Telaga Air Mata Nabi Musa.
 

Sekarang ini kita peram angan-angan dulu untuk menawan puncak Sinai.  Ada rezeki sampai Mesir kita pergi mendaki sama-sama ya. 
 

Sementara waktu ini kita tumpukan perhatian menawan puncak gunung yang dekat kampung dulu, cukuplah.  Insha Allah dipermudahkan untuk merasainya semula.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment