Assalam...
Ini aktiviti hujung minggu lepas, aktiviti nak keluarkan peluh kononnya dengan mendaki tangga-tangga di Batu Caves. Jangan tanya lepas mendaki mesti tau bilangan anak tangga yang ada sebab memang tak kira dan kalau kira pun mesti salah, tak reti nak mengira. Selain penganut hindu, ramai jugak pengunjung lain hari itu sekadar untuk melawat atau exercise macam kami. Nak tahu diorang datang untuk upacara agama, senang jer kebanyakkan mereka mendaki tanpa memakai alas kaki atau berkaki ayam.
Semasa mula hendak mendaki tu ada satu group antaranya suami isteri sedang memikul baby mereka menggunakan tebu. Menurut kawan saya ini untuk membayar hajat sebab mereka telah mendapat baby. Aci ini pula membawa periuk yang berisi susu sebagai persembahan hajat untuk diberikan pada sami yang akan melakukan upacara nanti.
Next time boleh berkunjung ke Dark Cave ini kalau nak tahu apa ada dalam gallery tu. Hari itu kami tak sabar nak turun sebab dah lapar, tak larat nak tunggu hingga jam 10.30.
Antara kuil yang terdapat dalam gua Batu Caves, acara keagamaan hindu sedang berlangsung di sini. Mereka yang pikul anak dengan tebu dan bawa susu tadi singgah beribadah di kuil ini.
Dalam gua tu, ada satu lagi tangga untuk sampai ke kuil sebelah atas. Kami berehat seketika di atas tu sambil menjadi pemerhati kepada pengunjung lain.
Ini pula kuil yang terdapat di tingkat atas, tak ramai yang berkunjung ke sini berbanding dengan kuil yang di bawah tu. Ketika sampai ke sini en.Abe kata dia tak rasa apa pun kat sini. Saya ingatkan rasa yang dia maksudkan tu rasa seram ker, rasa teruja atau rasa lain macam.
Kumpulan pelancong dari negara jiran Indonesia tak melepaskan peluang mendaki hingga ke atas.
Perjalanan turun, geli hati melihat gelagat sang monyet dan pengunjung yang menjerit-jerit manja takutkan monyet. Kalau tak nak dikacau janganlah bawa makanan atau benda-benda yang menarik perhatian sang monyet ini.
Tak rasalah naik sini, en.Abe cakap lagi. Sebab tengok saya ini blur dengan maksud kata rasa tu. Rasa penatlah atau rasa letih atau rasa nak pintam mendaki. Oh, apalah sengal sangat saya ini sampai boleh terfikir rasa seram tu semua. Berpeluh tu memanglah tapi penat mendaki tangga naik ke tingkat 10 lagi azab rasanya.
Kanak-kanak perempuan yang baru selesai menjalani upacara agama hindu di kuil di atas gua Batu Caves.
Turun dari atas tu, si sumandak singgah buat lukis henna kat tangan. Saya tak lah, sebab kedekut takmo keluar duit doplo hengget nak lukis macam tu.
Sempat perhatikan beberapa orang petugas wanita yang menjaga di pintu bawa sebelum memulakan pendakian. Petugas tersebut memantau pakaian yang dipakai oleh pengunjung terutama oleh pengunjung wanita. Mereka yang memakai seluar atau skirt pendek perlu untuk mengikat selendang yang disediakan agar pakaian mereka menjadi labuh. Ada bayaran minima dikenakan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment