Assalam...
Alasan utama kurang nak makan ketam sebab alahan, kalau tak mesti masih ligat tak ingat dunia walaupun harganya agak mahal kini. Alahan ini agaknya berkadar dengan faktor usia juga, sebab masa kecil asyik berlaukkan makanan laut berbanding ayam atau daging tapi takde pula tanda alahan tu. Teringat arwah pak saudara yang bila berkunjung akan memberi beli satu bakul besar ketam segar yang hanya direbus dan kami rata ramai-ramai. Pada keesokkan hari pula beliau akan beli lobster, sotong dan udang yang akan kami bakar dan rata. Bestnyalah nostalgia zaman kanak-kanak yang sentiasa mewah makan segala jenis seafood.
Boleh jer nak masak selalu tapi en.Abe pun tak sampai hati nak makan seorang, padahal terpaksa tahan nafsu sebab cik bini jenis pantang tengok makanan semua nak bedal.
Ketam Lemak Cili Padi
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
1 kg ketam bunga - bersihkan
1 liter santan
5 biji bawang putih*
5 biji bawang merah*
segenggam cili padi*
2 batang serai - titik
Selebar daun kunyit - racik halus
Garam dan gula.
Cara Penyediaannya
* Tumbuk lumat bahan bertanda '*'.
* Rebus ketam bersama serai dengan sedikit air hingga mendidih seketika. Keluarkan ketam.
* Masukkan bahan tumbuk dan santan ke dalam air rebusan ketam tadi, biar mendidih seketika.
* Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ketam dan daun kunyit.
* Didihkan seketika sambil kacau agar santan tidak berbaur. Bila dah sebati boleh tutupkan api.
Nasiblah masa kecil dulu dah terlebih makan seafood. Kini dah tua-tua dengan harga yang mahal plus alahan lagi, maka kita tumpu makan ikan saja. Jadi sekarang kalau tak makan pun tak apa dah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment