Cerita masih berkisar tentang sahabat yang telah menjalani pembuangan fibroid beberapa hari yang lepas. Sebelum pembedahan telah beberapa hospital swasta mahupun kerajaan sahabat ini pergi dapatkan konsultansi tentang fibroid yang menghuni di dalam rahim beliau. Dalam masa sebulan, beliau telah berjumpa 3 doktor pakar dan 3 kali scan. Pelbagai tempat, pelbagai macamlah cerita yang diperolehi dari saiz 6 cm dan yang terakhir mengatakan saiz telah mencapai 9.8cm, dah besar macam kepala baby. Kebanyakkan doktor telah menasihati untuk menjalani pembedahan membuang fibroid itu untuk mencegah dari ianya terus membesar.
Mula-mula memilih untuk membuat di hospital kerajaan sebab insurans company hanya cover untuk hospital kerajaan. Namun sejak dari pertama kali scan, kena tunggu untuk dapatkan result selepas 2 bulan. Itu baru keputusan scan belum temujanji pembedahan, maunya katil hospital asyik penuh jer, operation room asyik full house jer, agak-agak kena tunggu berapa lama lagi?. Sahabat ini dah semakin sakit dalam perut, sehingga menjejaskan aktiviti seharian, asyik mc, company boleh bagi berapa hari, datang kerja kalau tak fit takkan kena baring dan tido kat tempat kerja pula.
Rakan-rakan ramai menasihati untuk rujuk kes ke hospital swasta, semua fikir nak cepat sebab kesihan melihat si sahabat asyik sakit. Beliau pun ikut nasihat kawan-kawan untuk check up dan scan pada mulanya. Nasib sahabat ini baik sebab dia ada insuran perlindungan nyawa. Agen pun agak ifesien dan nasihatkan beliau masuk ke hospital Gleanegles Kuala Lumpur dan urusan selebihnya dia tolong settlekan. Sebelum itu, si sahabat telah pergi ke beberapa hospital swasta yang lain, yuran masuk aje ada yang mencecah ribu-ribu. Tambah sakitlah perasaan si sahabat, nak sediakan duit yang banyak untuk admission saja, itu belum kos pembedahan dan sebagainya. Sekarang sungguhpun kita ada insuran nyawa yang terbaik seperti yang orang ramai dakwa, perlu di ingat kita perlu sediakan wang pendaftaran, paling minima RM300 dan charge tak sama untuk semua hospital swasta.
Sahabat dimasukkan ke ward sehari sebelum pembedahan dijadualkan. Urusan nak menjaga dihospital mudah sebab sahabat dikurniakan adik beradik yang sudi menjaga beliau. Kami pergi melawat dan bertanya khabar sehari selepas operation. Sahabat memberitahu bahawa sebanyak 5 ketul fibroid telah dikeluarkan dari dalam rahim. Dato' doktor memaklumkan kepada sahabat bahawa, rahim beliau dah rosak dan tidak dapat diselamatkan. Kalau nak buang rahim pembedahan boleh dilakukan selepas 4 tahun dari sekarang. Ini bermakna, risiko untuk fibroid muncul dan membiak semula dalam rahim masih ada sepanjang tempoh itu. Ramai yang bertanya, kenapa doktor tak buang siap-siap ketika proses membuang fibroid itu? Kenapa kena perlu tunggu lagi 4 tahun? Berapa banyak lagi kos yang diperlukan untuk rawatan susulan dan pembedahan seterusnya? Terlalu banyak kenapa itu, kenapa ini.
Jangan bersedih sahabat, dengan pertanyaan manusia sekeliling. Aku tahu perkhabaran ini memang amat berat dan pedih bagimu ditambah ketika saat-saat sahabat memutuskan akan bernikah beberapa bulan lagi. Kawan-kawan tahukan pengharapan mereka dalam sebuah perkahwinan? Namun manusia hanya mampu merancang, perancangan dan perlaksanaan Allah yang terbaik bagi hambaNYA. Apa ada lagi kata nasihat terbaik selain mengatakan pada sahabat untuk tabahkan hati, ada hikmah disebalik semua itu. Panjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang olehNya meneruskan kehidupan dan syukur juga kerana hasil test pada sel fibroid itu tidak terkandung sebarang penyakit yang lain.

Wassalam.
No comments:
Post a Comment