Friday, 15 February 2013

Nostalgia Stew Daging...

nasamulia
Stew Daging


Assalamualaikum wbt semua,

Ada tak antara kawan-kawan masa sekolah2 dulu ambik mata pelajaran SRT (Sains Rumah Tangga), tahun 80-an, adik-adik yang muda2 ini dah tak jumpa mata pelajaran ini, sebaliknya sistem pendidikan kini telah mengabungkannya dengan beberapa cabang seni dan kemahiran yang lain seperti pertanian dan pertukangan, maka terlahirlah mata pelajaran yang lebih dikenali sebagai Kemahiran Hidup yang memberi pendedahkan lebih menyeluruh kepada murid-murid sekolah.

Dulo2 masa belajar SRT (tingkatan 1-3), kita diajar perkara-perkara asas secara teori dan praktikal tentang jahitan dan menyediakan makanan iaitu memasak. Pemarkahan pun dinilai berdasarkan ujian berkenaan teori dan praktikal.  So bagi sesiapa yang dapat markah terbaik bagi matapelajaran SRT bolehlah meneruskannya di Sekolah-sekolah Teknik.  Mulia dulu bercita-cita juga nak teruskan dalam bidang ini, namun memandangkan sekolah teknik yang menawarkan kursus ini tidak ada yang berdekatan, terpaksa dikuburkan saja cita-cita itu. 

Mulia bernasib baik sebab masa tingkatan 4, ada pula mata pelajaran yang berkaitan ditawarakan  iaitu Makanan dan Pemakanan, mata pelajaran baru untuk sekolah kami.  Ketika itu kami seramai 9 orang menjadi perintis untuk mata pelajaran tersebut (Feronica, Mulia, Masremah, Sarina, Hanimah, Fatmawati, Rosnani, Rusmini dan sorang lagi yang Mulia lupa namanya). Mata pelajaran ini lebih menumpuhkan kepada bidang masakan termasuk segala teori berkaitan.  So setiap minggu akan ada acara masak-memasak untuk kami mencuba sebarang resepi mengikut tema atau kategori tertentu seperti yang telah ditetapkan. Sepanjang tempoh 2 tahun, dalam kelas memasak kami akan lakukan secara individu, bukan lagi berkumpulan seperti ketika tingkatan 1-3 dulu.

Sampailah kepada ujian akhir, dimana setiap orang akan di beri masa selama 3 jam untuk menghasilkan hidangan mengikut tema yang telah ditetapkan.  Nombor soalan adalah berdasarkan tema masakan yang telah ditentukan oleh pejabat pendidikan dan diberikan seawal seminggu dan setiap orang perlu memilih satu tema.  Dalam masa seminggu, pelajar akan membuat jadual perancangan memasak, pemilihan resepi, penyediaan bahan-bahan dan segala peralatan yang berkaitan bermula daripada penyediaan hingga kepada cara menghidangkan makanan yang telah dipilih.  Dekorasi dan segala prop tambahan jugak perlu dirancang dan disediakan. Takdelah masak macam iron chef kan, kalau final macam iron chef, dah sah-sah Mulia dah dapat gelaran chef dari dulo2 kan….hehehehe

Kertas kerja ini perlu di hantar dan di semak oleh guru bertugas terlebih dahulu dan di hantar kepada pejabat pendidikan daerah.  Nama akan didaftarkan bersama pilihan nombor soalan untuk menyenangkan guru bertugas ketika final nanti.  Guru yang bertugas mengawasi ketika sesi ini berlangsung datangnya daripada sekolah lain, yang memang tidak dikenali, jadi gerun dan takut lah jugak.   Mulia dan kawan2 cuma tawakkal dan akan cuba lakukan yang terbaik.

Seingat Mulia telah memilih soalan no. 5 ketika itu, soalan yang membawa tema majlis perpisahan untuk guru besar.  Mulia telah memilih untuk menyediakan Nasi Minyak, Ayam Golek, Stew Daging, Acar Rampai, Agar-agar Satay dan Jus Nanas. Ketika sampai ke step menyediakan stew daging, sesuatu telah terjadi………………………


……

………

……………

……………………….

……………………………………

Ya Allah,  Daging dalam periuk telah hangus dan tidak dapat diselamatkan lagi.  Lagi parah kesalahan Mulia dapat dihidu oleh guru yang mengawasi. 

Alamak apa dah jadi ini?

Macamana nak selamatkan keadaan ini?

Matilah, aduhai fail dah ini……………,

Itulah aku ralit sangat buat benda lain, sehingga lupa daging dalam periuk………..

Satu menu kurang daripada perancangan………..markah akan ditolak,,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah…….

Ahhk Mulia tak boleh menyerah begitu saja, masih ada waktu lagi…..

Dengan perasaan yang bercampur baur, Mulia kuatkan semangat untuk membaritahu pada guru bertugas, yang Mulia akan membuat ulangan pada resepi tersebut.

Mula-mula beliau agak ragu dan berat hati untuk membenarkan, namun Mulia merayu dan berjanji akan membuat yang terbaik. 

“Sempat ke dan bagaimana dengan bahan-bahan2 untuk memasak?”. Soal guru bertugas.

“In Shaa Allah, saya cuba”.  jawap Mulia dan mula bergerak untuk meneruskan kerja-kerja yang tergendala.

Mulia teringat sebelum sessi bermula tadi, Mulia ada menyimpan lebihan daging dalam peti ais.  So cuba sedaya boleh namun agak berhati-hati ketika sampai kepada proses menggoreng daging tersebut.  Sambil itu cuba untuk menyesuaikan mengikut perancangan kerja asal kerana terdapat menu yang lain lagi perlu dibuat secaraa serentak mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.

Akhirnya.  Alhamdulillah, semua menu dapat dihidangkan di atas meja dalam jangka masa yang diperuntukkan. Fuhhhh lega, terpulanglah cikgu nie nak bagi komen dan markah berapa.  Selain pemarkahan terhadap makanan dan cara persembahan, kebersihan dan kekemasan turut diambil berat.  Setting dah buat awal sehari mengikut deko pilihan.  Dalam masa 3 jam jadual kerja meliputi, menyediakan bahan makanan, mengambil peralatan, memasak, membersihkan dapur, peralatan, singki, sampah dan menyusun semula peralatan yang telah diguna pakai.  .  Selepas sahaja makanan terhidang, guru bertugas akan melawat ke stesen kerja untuk membuat penelitian terhadap kebersihan dan kekemasan.  Mari lihat resepi ringkas Stew Daging, yang telah Mulia sediakan kira-kira 20 tahun dahulu.
nasamulia
Perapkan Daging dan lada Hitam

Stew Daging

300gm daging, potong dadu (selain daging batang pinang (tenderloin), bahagian yang berurat jugak boleh digunakan, kerana kaedah memasak secara merenih dan waktu yang panjang mampu melembutkan daging)

3 sudu lada hitam – tumbuk kasar

1 sudu kicap cair.

2 ulas bawang besar – dadu kasar

2 ulas bawang putih - cincang

1 biji carrot – dadu kasar

2 biji ubi kentang – dadu kasar

Minyak untuk menumis

Sedikit rempah 4 sekawan (cengkih, pelage, bunga lawang dan kayu manis)

Garam secukupnya

2 Cawan air

*Perapkan daging bersama, lada hitam dan kicap sekurang-kurangnya 30 minit.  Panaskan kuali, gorengkan bawang putih dan rempah 4 sekawan, bila wangi masukkan daging.  Goreng daging sehinga keperangan (lebih kurang 15 minit) dan masukkan air.  Biar merenih selama 1jam dengan api yang perlahan dan tutupkan periuk.  Masukkan kentang, carrot dan bawang, renih lagi selama setengah jam hingga sayur empuk.  Perasakan dengan garam dan tutupkan api.  Sedia untuk dihidangkan. 

Wassalam

1 comment:

  1. bergegar juga satu badan masa tu mulia..garang guru ertnya.hehe

    ReplyDelete