Stew Daging |
Assalamualaikum
wbt semua,
Ada
tak antara kawan-kawan masa sekolah2 dulu ambik mata pelajaran SRT (Sains Rumah
Tangga), tahun 80-an, adik-adik yang muda2 ini dah tak jumpa mata pelajaran
ini, sebaliknya sistem pendidikan kini telah mengabungkannya dengan beberapa
cabang seni dan kemahiran yang lain seperti pertanian dan pertukangan, maka
terlahirlah mata pelajaran yang lebih dikenali sebagai Kemahiran Hidup yang
memberi pendedahkan lebih menyeluruh kepada murid-murid sekolah.
Dulo2
masa belajar SRT (tingkatan 1-3), kita diajar perkara-perkara asas secara teori
dan praktikal tentang jahitan dan menyediakan makanan iaitu memasak. Pemarkahan
pun dinilai berdasarkan ujian berkenaan teori dan praktikal. So bagi sesiapa yang dapat markah terbaik
bagi matapelajaran SRT bolehlah meneruskannya di Sekolah-sekolah Teknik. Mulia dulu bercita-cita juga nak teruskan
dalam bidang ini, namun memandangkan sekolah teknik yang menawarkan kursus ini
tidak ada yang berdekatan, terpaksa dikuburkan saja cita-cita itu.
Mulia
bernasib baik sebab masa tingkatan 4, ada pula mata pelajaran yang berkaitan
ditawarakan iaitu Makanan dan Pemakanan,
mata pelajaran baru untuk sekolah kami.
Ketika itu kami seramai 9 orang menjadi perintis untuk mata pelajaran
tersebut (Feronica, Mulia, Masremah, Sarina, Hanimah, Fatmawati, Rosnani,
Rusmini dan sorang lagi yang Mulia lupa namanya). Mata pelajaran ini lebih
menumpuhkan kepada bidang masakan termasuk segala teori berkaitan. So setiap minggu akan ada acara masak-memasak
untuk kami mencuba sebarang resepi mengikut tema atau kategori tertentu seperti
yang telah ditetapkan. Sepanjang tempoh 2 tahun, dalam kelas memasak kami akan
lakukan secara individu, bukan lagi berkumpulan seperti ketika tingkatan 1-3
dulu.
Sampailah
kepada ujian akhir, dimana setiap orang akan di beri masa selama 3 jam untuk
menghasilkan hidangan mengikut tema yang telah ditetapkan. Nombor soalan adalah berdasarkan tema masakan
yang telah ditentukan oleh pejabat pendidikan dan diberikan seawal seminggu dan
setiap orang perlu memilih satu tema.
Dalam masa seminggu, pelajar akan membuat jadual perancangan memasak,
pemilihan resepi, penyediaan bahan-bahan dan segala peralatan yang berkaitan
bermula daripada penyediaan hingga kepada cara menghidangkan makanan yang telah
dipilih. Dekorasi dan segala prop
tambahan jugak perlu dirancang dan disediakan. Takdelah masak macam iron chef kan, kalau final macam iron chef, dah sah-sah Mulia dah
dapat gelaran chef dari dulo2 kan….hehehehe
Kertas
kerja ini perlu di hantar dan di semak oleh guru bertugas terlebih dahulu dan
di hantar kepada pejabat pendidikan daerah.
Nama akan didaftarkan bersama pilihan nombor soalan untuk menyenangkan
guru bertugas ketika final nanti. Guru
yang bertugas mengawasi ketika sesi ini berlangsung datangnya daripada sekolah
lain, yang memang tidak dikenali, jadi gerun dan takut lah jugak. Mulia dan kawan2 cuma tawakkal dan akan cuba
lakukan yang terbaik.
Seingat
Mulia telah memilih soalan no. 5 ketika itu, soalan yang membawa tema majlis
perpisahan untuk guru besar. Mulia telah
memilih untuk menyediakan Nasi Minyak, Ayam Golek, Stew Daging, Acar Rampai,
Agar-agar Satay dan Jus Nanas. Ketika sampai ke step menyediakan stew daging,
sesuatu telah terjadi………………………
…
……
………
……………
……………………….
……………………………………
Ya Allah, Daging dalam periuk telah hangus dan tidak
dapat diselamatkan lagi. Lagi parah kesalahan Mulia dapat dihidu
oleh guru yang mengawasi.
Alamak
apa dah jadi ini?
Macamana
nak selamatkan keadaan ini?
Matilah,
aduhai fail dah ini……………,
Itulah
aku ralit sangat buat benda lain, sehingga lupa daging dalam periuk………..
Satu
menu kurang daripada perancangan………..markah akan ditolak,,
Ya
Allah, Ya Allah, Ya Allah…….
Ahhk
Mulia tak boleh menyerah begitu saja, masih ada waktu lagi…..
Dengan
perasaan yang bercampur baur, Mulia kuatkan semangat untuk membaritahu pada
guru bertugas, yang Mulia akan membuat ulangan pada resepi tersebut.
Mula-mula
beliau agak ragu dan berat hati untuk membenarkan, namun Mulia merayu dan
berjanji akan membuat yang terbaik.
“Sempat
ke dan bagaimana dengan bahan-bahan2 untuk memasak?”. Soal guru bertugas.
“In
Shaa Allah, saya cuba”.
jawap Mulia dan mula bergerak untuk
meneruskan kerja-kerja yang tergendala.
Mulia
teringat sebelum sessi bermula tadi, Mulia ada menyimpan lebihan daging dalam peti
ais. So cuba sedaya boleh namun agak
berhati-hati ketika sampai kepada proses menggoreng daging tersebut. Sambil itu cuba untuk menyesuaikan mengikut
perancangan kerja asal kerana terdapat menu yang lain lagi perlu dibuat secaraa
serentak mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.
Akhirnya. Alhamdulillah, semua menu dapat dihidangkan
di atas meja dalam jangka masa yang diperuntukkan. Fuhhhh lega, terpulanglah
cikgu nie nak bagi komen dan markah berapa.
Selain pemarkahan terhadap makanan dan cara persembahan, kebersihan dan
kekemasan turut diambil berat. Setting
dah buat awal sehari mengikut deko pilihan.
Dalam masa 3 jam jadual kerja meliputi, menyediakan bahan makanan,
mengambil peralatan, memasak, membersihkan dapur, peralatan, singki, sampah dan
menyusun semula peralatan yang telah diguna pakai. .
Selepas sahaja makanan terhidang, guru bertugas akan melawat ke stesen
kerja untuk membuat penelitian terhadap kebersihan dan kekemasan. Mari lihat resepi ringkas Stew Daging, yang
telah Mulia sediakan kira-kira 20 tahun dahulu.
Stew
Daging
300gm
daging, potong dadu (selain daging batang pinang (tenderloin), bahagian yang
berurat jugak boleh digunakan, kerana kaedah memasak secara merenih dan waktu
yang panjang mampu melembutkan daging)
3
sudu lada hitam – tumbuk kasar
1
sudu kicap cair.
2
ulas bawang besar – dadu kasar
2
ulas bawang putih - cincang
1
biji carrot – dadu kasar
2
biji ubi kentang – dadu kasar
Minyak
untuk menumis
Sedikit
rempah 4 sekawan (cengkih, pelage, bunga lawang dan kayu manis)
Garam
secukupnya
2
Cawan air
*Perapkan
daging bersama, lada hitam dan kicap sekurang-kurangnya 30 minit. Panaskan kuali, gorengkan bawang putih dan
rempah 4 sekawan, bila wangi masukkan daging.
Goreng daging sehinga keperangan (lebih kurang 15 minit) dan masukkan
air. Biar merenih selama 1jam dengan api
yang perlahan dan tutupkan periuk.
Masukkan kentang, carrot dan bawang, renih lagi selama setengah jam
hingga sayur empuk. Perasakan dengan
garam dan tutupkan api. Sedia untuk
dihidangkan.
Wassalam
bergegar juga satu badan masa tu mulia..garang guru ertnya.hehe
ReplyDelete