Beras makanan ruji sebahagian penduduk dunia terutama orang Asia. Klau tak jumpa nasi mau pengsan atau pening lalat jadinya....hehehe. Mengikut cerita orang dulu2 ketika perang (zaman Jepun), aktiviti penanaman padi menjadi terbatas kerana dek takutkan askar Jepun mengakibatkan bekalan beras amat terhad dan ramai penduduk yang bertukar kepada ubi kayu, jagung dan pisang sebagai sumber khabohidrat. Mulia nak sharekan cerita2 lagenda dan mitos berkenaan pokok padi dan beras yang menjadi begitu penting dalam kehidupan manusia.
Aktiviti Penanaman Padi di kawasan Tropika - gambar Google |
beras merupakan tanaman tertua yang dituai oleh manusia dan tanaman ini dipercayai bermula di negara Cina. Kini padi di tanam di serata dunia dengan habitat yang berbeza seperti di kawasan sejuk Himalaya dan kawasan padang pasir yang panas seperti di Pakistan, Iran dan Mesir. Di Amerika Selatan padi merupakan tanaman di kawasan kering, manakala di Asia Tenggara pula ditanam di kawasan tanah sawah yang lembab dan basah. Asia merupakan pengeluar sebanyak 93% daripada jumlah hasil beras dunia iaitu lebih kurang separuh daripada bahan makanan utama sedunia.
Padi boleh hidup selama 20 tahun, pokok padi mendapat zat-zat yang diperlukan melalui air sawah tanpa mengurangkan nutrien tanah. Hidupan lain seperti ikan, katak serta itik yang berkeliaran di sawah akan menolong menghapuskan serangga, alga dan rumput-rumpai yang boleh menjejaskan tumbesaran padi. Kacau bilau air sawah oleh haiwan-haiwan ini turut membantu penyerapan nutrein yang diperlukan oleh pokok padi.
Di Indonesia, tempat penyimpanan beras (gudang) dianggap sebagai tempat suci yang dijaga oleh roh-roh. Hanya kaum wanita yang dibenarkan untukmasuk dan mengambil beras sekali setiap hari agar tidak menganggu roh-roh yang menjaga beras.
Di Jepun pula, beras yang direndam sebelum dimasak dapat membebaskan tenaga yang boleh menguatkan jiwa seseorang. Dahulu kala, hanya orang kaya yang mampu makan nasi, sementara rakyat biasa hanya menikmati sajian nasi ketika terdapat perayaan tertentu. Pada agama Shinto, sake, kuih beras dan segala bahan keluaran yang berkaitan dengan beras adalah tawaran yang suci untuk mereka.
Di negara Cina pula, terdapat kisah bahawa peristiwa banjir besar yang melanda telah memusnahkan semua makanan. Pada suatu hari, seekor anjing berlari-lari melalui ladang yang pada ekornya terlekat benih padi. Benih padi inilah yang telah tumbuh dan menghasilkan sumber makanan yang mencukupi pada semua. Beras itu dikenali sebagai "kurniaan haiwan". ungkapan "Sudah Makan nasi" merupakan ungkapan teguran orang Cina.
Di negara kita Malaysia pulau, orang asli percaya dahulu kala, langit adalah sebagai padi yang rembah di muka bumi, sehingga kaum wanita meninggikan langit dengan penyapu padi. beras yang begitu banyak sekali akan terjatuh ke bumi pada setiap tahun. Di Sabah dan Sarawak, perayaan pesta Gawai dan Hari Keamataan dirayakan setiap tahun sebagai simbolik bagi menyimpulkan tuaian padi dan menghormati semangat padi.
Buah padi yang telah matang untuk dituai - gambar Google |
Walau apapun cerita berkenaan padi dan beras, fakta berkenaan khasiat yang terkandung di dalam beras adalah nyata dan diperlukan dalam fungsi badan seseorang. Karbohidrat kompleks yang terkandung di dalam beras merupakan sumber tenaga yang diperlukan untuk badan. Beras mengandungi kandungan lemak dan sodium yang amat rendah dan mudah dihadamkan. Nasi mengandungi 50-80% daripada sumber kalori harian yang dimakan oleh penduduk Asia yang mengandungi lebih vtamin, zat galian serta fiber berbanding mana-mana karbohidrat ringkas. selain itu beras juga mengandungi zat potassium, Vitamin B, Thianin serta niacin. Beras merah mengandungi khasiat yang lebih tinggi, terutamnya fiber serta vitamin B.
Memakan nasi juga mempunyai mitos yang tersendiri seperti berikut;
1) Makan nasi selepad jam 7 malam akan memberatkan badan.
Faktanya - waktu makan tidak harus dipersalahkan, malahan adakah anda mengimbangkan pemakanan dengan senaman yang mencukupi.
2)Karbohidrat akan memberatkan badan.
Faktanya - karbohidrat yang terdapat pada beras adalah sumber kalori yang teramat rendah dengan lemak. masalah akan berlaku sekiranya diambil secara berlebihan bersama penambahan sos atau mentega, krim dan santan.
3)Pemakanan berkarbohidrat-rendah dan berprotein-tinggi adalah lebih digalakkan.
Faktanya - Protien yang berlebihan akan mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang. Mereka yang cuba untuk melangsingkan badan dengan pemakanan berkarbohidrat rendah, akan menambahkan berat badan dengan lebih cepat selepas mereka mengakhiri pemakanan tersebut.
4)Pemakanan yang menghadkan pengambilan karbohidrat ataupun tanpa karbohidrat bersama pengambilan daging dan lemak adalah lebih sihat.
Faktanya - Vitamin yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah amat penting untuk badan kita. Tanpa karbohidrat, zat-zat vitamin tidak dapat berfungsi secara optima.
Nasi merupakan makanan unggul bagi keperluan pemakanan khas. Untuk sajian separuh cawan nasi daripada beras putih memberikan 103 kalori tenaga, manakala nasi kalori daripada beras perang adalah 108 kalori tenaga. Beras merupakan karbohidrat kompleks tanpa kolestrol , rendah kandungan lemak dan sodium, bebas daripada gluten, tinggi kandungan fiber, mudah dihadamkan dan tidak menyebabkan elergi.
Wassalam.

No comments:
Post a Comment