Sunday 4 October 2020

Alhamdulillah.


Assalamm.
Syukur alhamdulillah, hari saya berkuarantin sudah berakhir.  Pada hari ke-5, gelang saya telah digunting oleh pegawai pejabat kesihatan daerah Petaling, makna saya sudah bebas semula.  Dalam pada bebas itu pun perlu berjaga-jaga juga sampai hari ke-14, jika terdapat sebarang gejala cepat-cepat pergi ke hospital untuk buat test semula.  Sekarang virus itu ada yang merebak tanpa memperlihatkan sebarang gejala sebab mutasi dia dah berubah daripada yang asal, jadi memang kena berhati-hati.  Sekurang-kurangnya dapat bebas dalam rumah sendiri bukan nak berjimba ke sana sini pun. 
 

Borang pelepasan itu perlu dibawa bersama kemana-mana dalam tempoh sebelum berakhir 14 hari,  ini kerana nama kita dalam mysejahtera masih belum bersih lagi.  Jika ada mana-mana pihak yang mempersoalkan hanya tunjukkan surat hijau ini.  Kenapa boleh dilepaskan sebelum sampai masa 14 hari, ini kerana  keputusan test covid negatif, perjalanan saya hanya domestik, tiada sebarang gejala dan tiada sebarang kontak rapat dengan pesakit covid.

Sepanjang berkuarantin selama 5 hari itu, mewah sangat makanan yang orang di rumah sediakan makanan untuk saya.  Jiran pun ada beri pulut ini.
Ini kalau terus sampai hari ke-14 begini, mau tak muat pintu nak keluar bilik.  Tapi dalam berkurung tu, memang asyik lapar saja campur dengan tidur yang banyak, pasti timbangan berkilo-kilo naik.
Buah anggur tu dibeli khas untuk saya katanya, tak share sikit pun dengan ahli rumah yang lain.
Portion makan yang banyak, patutlah lepas melantak asyik nak membuta macam ular sawa.  Bila celik mata rasa lapar lagi, haish nasib tak berlarutan begini.
Satu malam tu dapat laksa sarang, sedap lah pulak tu memang makan sampai licin mangkuk.
Apa pun yang dilalui sepanjang 5 hari berkuarantin, sangat menginsafkan diri.  Kadang terfikir dengan tag di tangan seakan tanda orang yang sudah dipilih menunggu giliran untuk ke alam lain, sedangkan tanpa tag itu pun memang perjalanan ini menuju ke sana cuma tak tahu entah bila.
Wassalam.

12 comments:

  1. Bagus ada orang beri layanan bagus. Bosan kan kalau seorang diri di dalam bilik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nasib ada pc boleh lah online.

      Delete
  2. Alhamdulillah. Syukur seribu syukur.
    Kami masih lagi dalam zon merah, tunggu hingga 12/10.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berlarutan entah sampai kapan lah nak surut nie Kak.

      Delete
  3. alhamdulillah! dan tahniah sebab menjadi rakyat yang bertanggungjawab!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nikmat jadi warganegara Malaysia, sangat-sangat disyukuri.

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah saya bebas Wak, tapi ke depannya kena hati-hati juga.

      Delete
  5. alhamdulillah kak, dia punya layanan tu macam duduk di hotel ye kak makanan nya... best
    tapi tulah kita fikirkn keselamatan yang lain, jadi ikut je sop yang ditetapkan... bukan dengan gelang pink berjimba ke sana sini kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pula yang kesian kt orang yg kena sedia makanan tu... tapi dia punya service tu mmg tip top.

      Delete
  6. Wah alhamdulillah

    Kalau saya pun gembira nak kuarantin makan mcm tu selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sesekali bagi can orang layan kita macam permaisuri kan.

      Delete