Wednesday, 14 October 2020

Fahami Istilah Berkaitan PKP.


Assalamm...

Untuk yang selalu keliru macam saya, marilah belajar istilah-istilah PKP.  Sebenarnya tak ambil tahu sangat apa istilah yang digunapakai tu sekarang, yang saya ingat PKP saja istilah mula-mula yang saya tahu, Perintah Kawalan Pergerakan.  Dalam PKP tu pula banyak lagi pecahan dan istilah yang digunapakai, PKPB, PKPD, PKPDB.  Sekarang seluruh negara masih dalam tempoh yang di sebut sebagai PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang bermula sejak 1 September hingga 31 Disember 2020. 

Bermula tengah malam tadi seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diletakkan di dalam PKPB (Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat) selama 2 minggu bermula 14hb hingga 27hb Oktober 2020 akibat peningkatan kes baru covid-19 di beberapa daerah terutama Klang dan Petaling.  Klang memang dah start PKPB sejak hari jumaat lepas.  Tempat saya ini memang sudah berada dalam zon merah dan hanya bersebelahan dengan blok bangunan yang diletakkan dibawah PKPD.  Rujuk gambar untuk sedikit penerangan berkenaan dengan istilah dan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika dalam PKPB, nak lebih terperinci kena dapatkan manual yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Setakat petang semalam, jangkitan telah menular ke blok kediaman kami.  Apakah kami akan menjalani saringan juga atau bakal menerima nasib sama dengan blok sebelah yang di letakkan di bawah PKPD?  minta doa dari kawan-kawan semoga kami terhindar dari wabah ini.  Sebagai langkah berjaga-jaga, ayah mertua yang sepatutnya tidur di rumah malam tadi, sebab ada temujanji jam 8 pagi ini di PPUM terpaksa kami lencongkan ke anjung penyayang PPUM.  Tak mahu ambil risiko lagi pula orang tua kami adalah golongan berisiko tinggi dan pengidap sakit kronik.
Wassalam.

6 comments:

  1. I hope everyone follow the rules

    ReplyDelete
  2. Banyakk betul istilah sub dia kan jadi mudah keliru. elok stay at home sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah saya yang memang dah tak bekerja tak payah banyak soal, duduk rumah saja.

      Delete
  3. Moga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi dari wabak ni. Kalau PKPD tu ketat kawalannya, tak boleh keluar langsung. Mohon dijauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah PH, blok sebelah kami memang dikawal selia oleh polis dan askar.

      Delete