Assalamm...
Hari tu en.Abe tanya kat mana tempat Gordon Ramsay belajar masak rendang dengan seorang makcik tu, boleh lah masukkan dalam list. Kalau nak pergi sempat lapar 2 kali lapar sebab jauh kan, nak pergi saja-saja tak lah kot. Tapi sejak akhir-akhir ini banyak kali pula berjalan ke area sana mengantar adik balik hostel di USIM dan ulang- alik Seremban melawat mak teh hari tu. Tapi yang kami singgah bukan atas urusan 2 tu, ini secara tak sengaja lalu cafe ini sebab nak cari kedai aquarium.
Sanggup pusing balik sebab katanya ini lah rezeki, lama dah plan nak datang, tapi tak menjadi. Cari benda lain Allah bagi jumpa yang lain, memang murah rezeki petang tu.
Tepi jalan cafe nampak dah pernuh kereta parkir, tapi tak apa sebab ada jer parkir khas untuk pelanggan Aunty Aini's Cafe di lot tanah sebelah.
Baru lepas hujan petang tu dan semua meja di tempat berbumbung sudah penuh. Pekerja dia baik jer lapkan kerusi meja dan carikan kami di sudut yang dekat dengan tempat berbumbung, in case hujan turun kami tak perlu pindah jauh-jauh.
Mari teruskan baca senarai menu, semua harga pun ada di paparkan dalam buku menu. Sempat ker nak kira bajet.
Yang ada tanda gambar api tepi menu tu adalah menu recommendation by chef.
Sudah lewat petang, jadi kita order makanan sebagai menu makan malam terus lah.
Pencuci mulut tak orderlah sebab dalam kereta masih ada berbaki keria antarabangsa dari Melaka.
Ini lah menu pilihan kami petang tu,
Minuman kami, petang tu baru lepas hujan lebat, jadi kita panaskan badan lah dengan air suam dan teh 'o' panas.
Mee kari.
Ikan jenahak asam pedas.
Kerabu pucuk paku dengan kerang, bagi 2 jempol sebab sedap sangat.
Sambal sotong, mula order udang galah goreng tapi diberitahun tiada stok petang itu.
Belakang dinding itu adalah dapur cafe. Masa pilih-pilih menu, kami tanya lah adik tu aunty Aini ada ker, dia ker yang masak? Aunty Aini ada kat bilik dia, orang lain yang masak kak.
Walaupun lokasi dia agak jauh tapi ramai pengunjungnya. Almaklum kawasan sekeliling ini kan banyak kawasan perumahan dan berdasarkan kereta yang parkir di luar, nampak orang have-have yang ramai datang sini.
Tu alamat cafe jika berhasrat nak pergi, pergi selepas habis musim covid-19 ini.
Wassalam.