Thursday, 19 December 2019

Lao Mandre: Asap Steamboat & Grill

Assalam...
Steamboat lagi, kali ini kami pergi dekat Asap Steamboat & Grill, macam berasap juga mencari lokasi tempat ini.  Tak biasa ke tempat ini dan agak macam tersorok sikit dalam kawasan kampung gitu.  Tapi dah sampai itu menemukan dengan petunjuk yang lain, Nurul Izzah Catering, oh rupanya sama company, sister company.



Tak kesampaian hajat nak bawah arwah bapak makan di sini, sebab masa tu dia dah tak berapa sihat dan agak susah untuk menggunakan kerusi roda.   Kawasan dari parking dan tempat makan agak jauh juga bagi mereka yang kurang upaya.


Tempat sudah ada, mereka dah sediakan dapur, kuah sup dah tuang dalam periuk dan butter dah mereka oles ke atas griller.  Di sini, butter petugas mereka yang akan oles ke atas griller, jadi kalau rasa-rasa kurang butter minta saja daripada mereka.  Setengah tempatkan butter mereka letak dan pelanggan bebas untuk mengambil berapa banyak.


Malam tu kami sampai agak lambat kerana jem dan cari tempat, nasib kami book tu pilih waktu dah jam 9 malam.  Booking melalui eatigo.  Guna applikasi eatigo ada diskaun mengikut waktu tertentu.  Perut dah lapar kami makan makanan siap yang ada di buffet, baby crab dia terbaik, ulang-ulang orang tu ambil baby crab.


Lepas dah reda sikit rasa lapar tu, baru kami main masak-masak.  Ambil serba sedikit dulu, dah habis makan yang tu kemudian ambil dan masak yang lain pula.  Makan steamboat kena santai-santai saja baru boleh nikmati makanan tu.


Dessert ada puding, buah, jelly, aiskrim, pau dan bubur.  Selalunya ambil yang tu paling kemudian jika masih ada ruang tak penuh dalam perut. 


Ini ruang makan dalam kontena di tingkat atas, kami duduk tingkat bawah saja lagi pun buffet makanan di tingkat bawah sahaja.  Macam leceh lah jenis yang pemalas macam saya nie nak naik turun tangga ambil makanan.


Dalam pondok tulah terletaknya kaunter dan chasier.  Sampai-sampai kena cari mereka ini dulu dan jelaskan bil, lepas tu mereka akan usher kita ke tempat duduk.  Mereka sentiasa berkomunikasi menggunakan walkie talkie dengan petugas lain yang berada di atas dan bawah.


Di Asap nie, mereka amalkan dasar denda jika tak habiskan makanan yang diambil.  Bagus juga untuk elakkan pembaziran, masa nak masuk tu adik kat kaunter dah terangkan.  Jika terdapat lebihan makanan mereka akan timbang dan kira denda yang patut di bayar, tak inagat berapa tapi macam RM10 bagi setiap 100gm.


Perut dah kenyang senang hati, jom nyanyi pulang mari lah pulang, mari lah pulang bersama-sama.

Bagus juga guna aplikasi eatigo nie, boleh dapat diskaun.  Kalau guna di tempat-tempat makan mewah lagi berbaloi kot.
Wassalam.

Wednesday, 18 December 2019

Jalan-Jalan Bandung: Bye-bye Bandung

Assalam...
Seawal jam 5 pagi kami dah check out dari hotel ke airport.  Balik KL ikut penerbangan awal pagi jadi kenal lah datang awal, lagi satu clearance di airport Bandung tu macam lambat sikit dan ramainya orang masyaAllah.  Que panjang kalau semua ikut aturan kan lancar saja, nanti akan ada yang nak tunjuk pandai potong que ikut suka.




Kami yang tak bershopping, masuk saja terus check in.  Geng cik gayah yang beg dah beranak pinak tu tak siap lagi mereka nak mengatur takut terlebih muatan.  Yang pasal silap nama dalam tiket pun satu hal juga kena settledkan, kesian kat ketua group.  Dia lah yang kena menangung semua, apalah bagi nama silap masa beli tiket.


Kami teruskan berwindow shopping lagi dalam balai berlepas, dari satu kena ke satu kedai kami masuk.  Awal pagi sangat lagi kedai pun abru buka, kalau ikut funsui orang cina kalau tawar harga pepagi mesti dapat punya.


Store cemilan pun ada, kalau rasa tak cukup lagi beli kat luar, beli lah kat sini.  Tapi harga memang berlipat-lipat bezanya.  Group kami macam tiada yang sampai ke Kartika Sari membeli brownies, atau masing-masing tak kisah pun pasal benda makan segalanya lebih kepada pakaian.


Kerepek nangka nie, saya tak beli lah sebab dah biasa makan yang jual kat sini.  Dalam pasaran malaysia tak silap product Thaland atau Vietnam.


Penat dah meronda, jom kita menunggu di balai berlepas.  Balai menunggu pun macam sesak saja pagi tu.  Dinding kaca dihadapan membolehkan pandangan terus ke arah landasan boleh lah tengok kapal mendarat dan berlepas, dapat mengubat mata mengantuk daripada sambung tidur. 

Sila duduk tempat masing-masing.  Selfie dulu sebelum kita sambung tidur dalam flight.  Yang duduk kat barisan sebelah tu nampak semua puas hati puas shopping geng cik gayah tu semua.

Ruang udara bandung awal pagi, yang semalam tu dapat tengok lampu saja.  Lain kali boleh datang lagi, buat booking sendiri jer semua tak perlu ikut-ikut geng.


Awal pagi memanglah lapar, keluar subuh dari hotel tak makan apa lagi.  Flight yang kami naik ini memang dari KL, so boleh lah pekena nasi lemak pak naser.


Makan burger awal pagi pun ok apa, fikiran dah lekat pada stall burger yang hanya buka pada sebelah malam.

Sampai klia kita makan-makan lagi, sebelum masing-masing berpecah balik ke sarang.  Makan kat texas sebab ada orang suka minum banyak kat sini kan free flow lagi satu ada seorang yang tak habis-habis dengan ayam goreng.
Itulah kisah 5 tahun yang lalu, mengenang rasa marah dan kesal terpaksa cerita kupendam sekian lama baru nak keluarkan.  Tak dapat apa pun marah, maafkan lah semua orang.
Wasalam.

Jalan-Jalan Bandung: Paris Van Java & Jalan Cihampelas


Assalamm...
Hujan masih renyai ketika kami keluar dari Jalan Asia Afrika, saya minta pak supir singgahkan di mall terdekat sebab nak cari kedai buku Gramedia.  Ada beberapa buku penulis Indonesia yang saya sedang cari ketika itu, dia cadangkan kita singgah ke mall Paris Van Java saja mungkin yang lain boleh shopping di sekali dalam Mall.


Sampai ke sini, nak kena cari toilet pulak.  Toilet dia punya best dalam taman, eh tak lah kena melalui taman untuk sampai ke toilet.  Dinding toilet dihias dengan tanaman dalam, tak rupa macam nak pergi toilet kan.


Ini taman yang kami maksudkan, taman atas bumbung mall.  Taman yang kami jumpa secara tak sengaja dek kerana mencari toilet.  Hujan renyai tak halang nak berselfie dengan bunga matahari di situ.


Ok jom pilih-pilih buku yang berkenan.  Rasa macam nak angkut banyak, tapi sabar duit rupiahku tak banyak mana.


Siap urusan di Van Java Mall, kami di bawah ke Jalan Cihampelas katanya ini pun pusat untuk shopping juga.  Erm tak habis-habis shopping, rupiah dah habis dah nie.  Tak tahu sama ada ikon-ikon super hero tu masih terpacak di sana sebab kalau tak silap bahagian atas jalan tu dah disediakan laluan pejalan kaki yang lebih selesa dan selamat untuk pelawat.


Jalan ini memang sesak, sesak dengan kenderaan, sesak dengan ramai pelancong yang mundar mandir masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain.  Soal keselamatan sangat perlu ambil kira juga nya terutama yang berkunjung bersama kanak-kanak.  Saya dah tak fokus nak mencari-cari barang lagi, hanya berjalan-jalan sambil memerhati sekeliling.


Kami berjalan laju saja menyusur ke depan hingga berjumpa dengan Cihampelas Walk.  Wah macam best tempat ini, lebih aman dan santai banding kawasan shopping di luar tadi.


Resto 77 Es Teler ini memang faveret sejak dari dahulu (kenal masa duk penang dulu di Kompleks Bukit Jambul ada resto ini).  Suka sangat dengan air nama es teller tu, campuran isi kelapa, nangka dan avocado.


Macam ngam dengan slogan tu...Sumpah


Satu Cihampelas Walk telah kami ronda, sekarang mari kembali ke pangkal jalan, mencari geng kami yang kami tinggalkan tadi.  Kami datang semula ke tempat kami tinggal mereka tadi, mereka tak siap lagi shopping.  Last jumpa kedai jual cemilan, riki-riki lagi apa yang kami nak top up.


Coklat pun macam-macam nak tarik orang beli kan, maaf saya tak gemar kamu.


Jumpa yang diidamkan, Bandeng Juwana, memang enak.  Ikan susu yang telah di salai dan segala duri (tulang) telah dicabut, jadi tak risau nak makannya.


Sementara kawan-kawan kami pula yang masuk kedai cemilan tadi membeli-belah, kami pekena mie ayam di stall tepi jalan.  Ajak mereka mesti tak mau, kami tahu lah selera kawan kami tu macamana.  Kami on saja stall tepi jalan pun ok, Alhamdulillah kenyang.


Sebelum pergi makan malam tempat yang dicadangkan oleh pak supir, kami minta dia singgahkan di Rumah Mode.  Bukan nak sambung shopping lagi tapi nak cari toilet dan nak ajak kawan-kawan ambil gambar patung dewi sarasvati (dewi ilmu pengetahuan).  Apakah kaitan shopping dengan ilmu pengetahuan, tepuk dada tanya selera.


Rumah mode ini tempat shopping dan makan-makan secara ekslusif.  Kawan saya kata orang have-have boleh lah habiskan rupiah di sini, kita cari warung dan kaki lima sudah.


Mari kawan kita pergi makan, perut dah kehabisan tenaga berdondang sayang dari tadi.  Dari tengah hari memang tak makan secara proper pun kami ini, pagi tadi saja sarapan berat dekat hotel.  Ini rumah makan yang dicadangkan pak supir sebab kami nak makanan ala sunda.


Terima kasih buk kasir dan bapak kasir, sanggup tunggu kami siap makan, siap makannya dah lama tapi sambung bersembang yang lebih dengan pak supir.  Hatur nuhun sekali lagi bapak ibu.


Susun hasil hari ini, tak banyakkan barang-barang kami.  Ini hasil dari 5 orang.  Plastik beg pun yang kecil-kecil saja, sebab tujuan kami datang bukan untuk shopping cuma beli lah serba sedikit untuk buah tangan kawan-kawan.


Badan sudah penat berjalan seharian, moh le kite kemas-kemas barang-barang sepencarian sebelum tido.  Esok pagi kalau terlambat pun takdelah kelam kabut kan.  Esok pagi seawal jam 5 pagi kita kena check out untuk ke airport.
Wassalam.

Jalan-Jalan Bandung: Pasar Baru & Jalan Asia Africa

Assalam...
Pagi kedua, sambung teman-teman bershopping, teman saja tau.  Tak jauh dalam kota, pusat shooping terkenal, kalau tak pergi tak sah kata orang iaitu Pasar Baru.  Hasrat jalan-jalan ke Pangkuban Perahu terpaksa dibatalkan dengan alasan macet yang sangat teruk.  Oh iya ok ayok dalam kota saja tak kurang banyak benda boleh dilawati.


OK sampai Pasar Baru, pak supir driver kereta sampai ke tingkat atas sekali dan terus menuju ke kedai kain sulam yang diberitahukan oleh ketua group.  Sebagai perempuan bila ditunjukkan satu kedai dan ko rasa kurang menarik, mesti nak servey dan level tu dulu, tak jumpa pergi ke level lain pulak.  Geng kami dah tersangkut kat sini sementara kami yang tak tertarik pergi mencari daya tarikan baru di level lain. 


Sebagai panduan ambil gambar petunjuk apa yang ada level by level dalam bangunan Pasar Baru Bandung.  Tak sempat cover pun semua, kami terus saja ke level kedai-kedai yang menjual kain lace setelah bertanyakan pada penjual di situ.  Ke level L2 (Lantai 2) tak silap kami pergi.


Kan dah terjumpa benda yang menarik minat mulut dan perut.  Beli pastel dan risoles, makan berulamkan cili padi memang best.


Sedang pilih-pilih lace di sini, geng kami pula sibuk call suruh kami cepat bagi tau pak supir sudah datang nak pick up.  Haishhh potong stim betul depa nie, baru nak naik syer tengok lace dah kena balik pulak dah.  Pilih, bayar dan pergi dapatkan mereka di tingkat atas.


Keluar dari Pasar Baru, pak supir bawah kami pusing-pusing dalam kota, tak pusing mana pun sebab macet yang teruk.  Kalau tengok dari peta, lokasi Pasar Baru ke Jalan Asia Afrika ini tak jauh sangat.


Pak supir cadangkan kami jalan-jalan sini dulu, sebab sini banyak bangunan sejarah dan benda menarik.  Kalau nak lunch pun boleh saja di sini kata pak supir, tak sempat nak jalan mana hujan lebat dah turun.  Kami yang mula berjalan berkumpulan dah berpecah mencari tempat berlindung ketika hujan lebat.  Sempat snap beberapa gambar saja ketika masih dalam kereta sebelum hujan.


Batu bulat yang ditelakkan di kawasan laluan pejalan kaki mewakili nama setiap negara peserta Asia Africa.  Puas cari nama Malaysia tapi tak jumpa.


Bandung zero "0" kilometer di depan Bangunan Bina Marga bandung.


Pikiran Rakyat, salah satu surat khabar tempatan yang lahir di Bandung, di bawah pondok tu ada mesin pencetak yang mereka gunakan zaman mula-mula penerbitan akhbar tersebut.


Museum Konperensi Asia Afrika, tak sempat masuk.


"Bumi Pasundan lahir ketika tuhan sedang tersenyum" M. A. Brouwer.  Gambaran Bandung dari kacamata seorang (warga Belanda) yang terkenal sebagai psikologi, guru, kolumnis dan, pensyarah yang sebahagian hidupnya berada di Indonesia.


Persidangan Asia Afrika ke-60 baru saja melabuhkan tirai ketika kami berada di Bandung masa tu, banner dan banting tentangnya masih terdapat di mana-mana.


KAmi teruskan perjalanan untuk ke masjid raya dan monumen ASia-Afrika, namun panas yang harap sampai ke petang, hujan selebat-lebatnya turun ketika kami sedang pose-pose di hadapan bank BNI.  Berlarian untuk berteduh di bawah jambatan terdekat, mampu tengok dari jauh sajalah 2 binaan tu takde rezeki sampai situ, bila hujan dah teduh pun kami terus dapatkan upir untuk ke tempat lain pula.


Rezeki penjaja jalanan ini terus mengalir ketika gari hujan, ramai yang berteduh di bawah jambatan memesan jualannya.  Jadah bakar sangat enak dimakan panas-panas sambil menunggu hujan teduh, kami pesan berulang-ulang jadah bakar nie.

Hujan redah saja kami cepat-cepat dapatkan pak supir, nasib dia tak park jauh-jauh.  Tak tahan dah kaki berdiri dan bersesak di bawah jambatan, untuk juga dapat makan jadi takdelah beriya sangat nak mencari makan tengah hari.  Lunch kita tungga ke dinner yang best sikit.
Wasalam.