Wednesday 20 February 2019

Ubi Kayu Rebus Goreng

Assalam...
Dapat sebekas penuh (container ice cream) ubi kayu rebus pemberian cucu kita. Iya kita dah tua cucu sedara pun dah besar dan sudah berumah tangga.  Mulanya dia kata nak hidangkan ubi kayu rebus goreng, tapi sebab kita nak balik cepat tak sempat lah nak tunggu isteri dia gorengkan dia pun bekalkan yang suda siap rebus.  Panas berwap-wap lagi, nenek goreng sendiri lah bila sampai rumah nanti.  Dapat ubi rebus gebu macam dapat emas, sedapnya lah hai, tengok lah nanti sempat goreng ker atau makan begitu saja.


Sebab tak pernah lagi makan yang sedemikian rupa, selalu ubi kayu terus direbus saja atau ubi goreng yang terus digoreng bukannya direbus terlebih dahulu.  Jadi panasaran juga lah, try lah goreng sedikit dan sempatkan buat sambal penyet sebagai peneman ubi rebus.  Hidang lah kedua-duanya ubi rebus saja dan ubi rebus yang telah digoreng, cuba nak bandingkan rasanya.   Waduhh sedap banget rasanya, lepas tu makan yang bergoreng saja cicah sambal.


Sambal penyet tu saya buat guna lada keriting yang beli dari Indonesia hari tu, kurang pedas banding dengan cili padi.  Bahan-bahan (cili padi, bawang putih, bawang merah, sedikit belacan, tomato) nak sediakan kena goreng dengan sedikit minyak hingga layu kemudian tumbuk-tumbuk manja (ulek).  Selepas itu kita tumis bahan tumbuk tu semula, sesuaikan rasa pedas, manis dan boleh lah dihidangkan dengan ubi kayu rebus goreng.


Menu kampung begini, bila dinikmati akan teringatlah zaman-zaman di kampung dulu.  Ubi kayu sudah menjadi hidang biasa orang kampung masa dahulu.  Di kampung kami ada yang masak nasi yang dicampur dengan ubi kayu cincang (langkah nak jimat beras) sebab ubi kayu senang dapat dan tak payah beli.  Lepas itu nasi tu kemudian dinikmati dengan lauk ikan masin dan sayur lemak pucuk ubi tumbuk dengan jantung pisang (kaju tettu).
 

Sebelum ngences tak sudah baiklah berenti bercerita pasal kenangan dulu-dulu, bertambah sayu hatiku dan jadi kempunan sebab tak dapat tahu nak cari kat mana.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment