Sunday, 15 November 2015

Keropok Keju @ Maruku Cheese

Assalam...
Resepi maruku sempena diwali hari itu, tapi bukanlah dipelajari dari rakan-rakan india saya tapi dari ibu sedaraku Hajjah Jumria (panggilan glamer Petta Jume' dari anak-anak saudara). Mereka panggil keropok keju, tapi sebab acuan dan bentuk macam muruku saya bagi nama maruku cheese.  
Bahannya lebih kurang saja.  Kalau muruku indian kebanyakkan guna tepung kacang dhall (tepung muruku) dan ditambahkan dengan campuran rempah kari yang menjadikan rasanya pedas-pedas berempah.  Tetapi muruku yang ini rasanya sedikit manis dan masin, menggunakan tepung pulut dan janji kena ada parutan cheddar cheese (keju cheddar).

Keropok Keju (Mukuru Cheese)
Sumber: Petta Jume'

Bahan-bahannya
3 paket tepung pulut (500gm per pkt)
250gm parutan keju cheddar
6 biji telur
1 sudu teh chicken stock (saya gantikan dengan garam)
1 gelas gula
3 gelas air
Minyak untuk menggoreng


Penyediaannya
* Pukul telur dan gula hingga kembang.
* Masukkan parutan keju, chicken stock dan gaul rata.
* Masukkan tepung dan gaul rata.
* Masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul adunan sehingga tidak melekat pada tangan.  (Boleh test pada acuan, tekan adunan guna acuan, kalau susah tekan tak keluar maknanya adunan terlalu keras, adunan keluar sendiri tanpa menekan acuan tu maknanya terlalu cair.)
* Panaskan minyak, pam adunan guna acuan muruku ke dalam minyak panas.  Guna api yang sederhana ketika menggoreng.
* Balik-balikkan muruku supaya warna dan masak sekata.  Angkat, toskan minyak dan sejukkan muruku terlebih dahulu.
*  Kerat pendek-pendek dan simpan dalam bekas kedap udara.

Lepas goreng, sejukkan, kerat-kerat (patahkan guna jari jer) dan simpan dalam bekas kedap udara ya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment