Sunday, 28 June 2015

Ikan Masin Goreng

Assalam...
Terpanggil untuk buat entry ini sebab masih ada kawan-kawan yang macam saya diluar sana yang tak tahu dan tak biasa sediakan ikan masin goreng.  Suka makan dan hanya biasa makan yang orang jual atau sediakan.  Kisah benar ini kawan-kawan, tak semesti yang dah banyak umur itu tau semua perkara.  Kekadang benda kecil yang pada kita yang sangat kacang bila orang bertanya, kita boleh anggap lucu atau terus toing dekat kepala otak "erm benda senang kau tak tahu" jangan sombong ye, jangan gelakkan.  Ketika inilah sifat-sifat melayu anda diperlukan cakap secara bersopan dan berlapik, bila nak mengajar jangan sampai orang yang diajar tersinggung perasaannya.
Ikan masin goreng
Sumber: Mulia

Bahan2
Ikan masin / pekasam
Cili padi
Bawang besar - hiris
Hirisan halia (optional)
hirisan bawang putih (optional)
Minyak untuk menggoreng.

Cara2
*  Potong ikan masin menjadi ketul-ketul kecil jika yang anda beli itu keping atau ketul yang besar.  Kalau guna ikan pekasam tak perlu potong.
*  Goreng bahan-bahan hiris dan cili padi hingga kekuningan.  Angkat dan toskan minyak.
* Goreng ikan masin menggunakan minyak bekas menggoreng bawang tadi hingga masak atau garing.  Angkat dan toskan minyak.
*  Gaulkan ikan masin dan bawang goreng tadi dan letak dalam bekas.

Ada 3 jenis ikan masin yang saya guna kali ini iaitu ikan masin tenggiri, ikan masin gelama dan ikan masin kembung.  Walaupun sedikit setiap jenis (nak clearkan stock dalam peti) dah jadi semangkuk, bolehlah bertahan lama sikit (versi pemalas sebenarnya) buat banyak terus tak perlu nak goreng berkali-kali.  Fikir keselesaan jiran sama, setiap hari kita asap dengan bau ikan masin goreng terseksa batin dia nanti.  Amaran keras di bulan puasa ini janganlah pi goreng ikan masin tu tengah-tengah hari na.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment