Friday, 7 November 2014

Buah Kuning Telur

Assalam...
Semasa kiriman ini sampai, tak sabar rasanya nak merasa buah kuning telur.  Sampai-sampai saja kawan saya dah buka sebiji tetapi malang tak dapat nak makan.  Isi buah masih keras dan penuh dengan getah.  Dapatlah gigit sikit, memang tak rasa apa, tawar hebeh gitu.  Semua jakun bertanya macamana nak makan buah ini?  Terpaksalah beremail dengan Diana untuk tahu.  Rupa-rupanya buah ini perlu diperam macam buah ciku kena tunggu betul-betul masak, lembut atau kulitnya akan merekah.  Jadi tangguh dulu untuk merasa dan kami biarkan beberapa hari hingga buah masak walaupun cadangan asalnya nak balut dengan kain biar cepat proses tu.
Kupas kulit buah hanya peel off dengan tangan pun boleh.  Tapi sebab nak dapatkan buah yang sempurna selepas dikupas, akhirnya guna pisau juga.  Tetapi memang akan ada yang melekat-lekat, seperti bila kita menyentuh mentega (memang sesuai dengan nama lainnya sebagai buah mentega sebab teksturnya yang sama). 
Buah ini kena makan sikit-sikit, dalam sebiji kami share 3 4 orang baru boleh habis.  Kalau dapat makan seorang sebiji tu memang tera sangat orang kedah kata.  Makan kena ulang-ulang.  Rasa dia manis dan lemak sangat, kak ipar kata rasa dia seperti kita memakan buah cempedak mengkal.  Bau lembut jer macam buah ciku. 
Biji benih dah mula bertunas dalam buah yang masak.  Kebetulan mak mertua datang ketika itu, bagi dia bawa balik semai kat kampung.  Moga-moga boleh tumbuh sempurna dan membesar, ada rezeki nanti bolehlah anak cucu merasa.
Kalau ada lebih biji benih tu, nak juga bagi kat bapak tanam kat kampung belah sana.  Ada rezeki biar orang kampung sana dapat merasa sama. Biasalah bapak saya ini sejak dulu lagi, kalau musim dia tanam labu, satu  kampung dapat merasa buah labu.  Baru-baru ini bila balik kampung, musim durian, sibuk jugaklah orang tua tu kumpul durian sebab nak bagi kat orang.  Saya pula yang tak senang tengok, muka-muka yang tak pernah datang melawat bapak dan bertanya khabar pun bermunculan.  Tapi orang tua polos itu nampak gembira dan suka, takkan saya nak keruhkan pulak.  Mungkin begitulah cara dia meraih kebahagian, namun satu prinsip dia yang saya suka dalam bab tanam-tanam ini.  Bercucuk tanam apa pun janganlah kata untuk aku dan keluarga aku saja, sebab kita tak tahu rezeki mendatang tak dapat share dengan manusia dengan binatang pun akan dapat share besar yang penting kita redha.  
Wassalam.

No comments:

Post a Comment