|
Restoran ini kecil jer boleh memuatkan kira-kira 20 hingga 30 orang sahaja, tetapi menu Thumb Up. |
Assalamualaikum,
Bagi pengunjung muslim yang hendak berkunjung ke Pulau Phuket Thailand, Mulia nak suggest satu restoran muslim iaitu Ban Sang Duan yang terletak di alamat 2 Moo 4 Thanom The Pkasatri, Phuket. Senang cerita terletak di jalan utama yang menghubungkan lapangan terbang Antarabangsa Phuket yang terletak di utara pulau ke kawasan selatan pulau.
Hari pertama sampai Phuket kami di bawa makan tengahari ke restoran ini, kedatangan kami awal sejam daripada waktu makan tengahari. Kalau waktu Malaysia sekarang dah jam 1 masa untuk lunch, Phuket waktunya kurang 1 jam dari Malaysia menambahkan lagi rentak dan irama perut sementara menunggu hidangan disajikan. Mulia hanya dapat manggagak bagaimana tune irama perut mereka yang selalu makan awal....erm mesti lagi kencang pukulan drumnye....
|
1st Day Lunch, Seafood Tomyam, Ikan stim, Sambal Petai Udang, Sayur Campur, ulam-ulam dengan sambal belacan, nasi putih dan potongan buah-buahan sebagai dessert. |
|
Seafood Tomyam yang kaw |
|
Sambal Belacan yang betul2 power, semakin pedas semakin asyik, rasa pun berbeza dengan sambal yang kita selalu jumpa di Malaysia |
|
Ikan Stim - nampak simple but so delicious |
|
Dalam setengah jam, beginilah keadaanya...Alhamdulillah kenyang |
|
Yang penting sekali, restoran ini Halal...Logo Halal Thailand yang diiktiraf oleh Halal Jakim Malaysia. |
Oleh kerana rasa makanannya yang sedap, kami meminta supaya pemandu pelancong membawa kami sekali lagi untuk makan tengahari di sini sebelum balik. Namun gambar untuk yang kali kedua tak sempat nak snap...Wassalam.
No comments:
Post a Comment