Assalamm....
Minggu lepas mak mertua minta temankan buat passport, beliau cadangkan ke Imigresen Putrajaya selepas gagal mendapatkan nombor giliran di Temerloh. Setelah dicongak dengan keadaan sekarang yang katanya setiap cawangan imigresen menjadi tumpuan orang ramai, nombor giliran tu lebih panas daripada goreng pisang, maka kami ke cawangan yang paling dekat iaitu Kelana Jaya. En. Abe pesan pergi awal selepas subuh kalau boleh sebab di situ sentiasa ramai orang.
Tu dia punya ramainya orang, beratur panjang dan tak keterlaluan kalau nak cakap, jika beratur lurus memang boleh sampai ke plaza tol Subang barisan tu. Memang ahzab kalau tak sabar, rasanya sekarang semua yang nak renew kena buat online, hanya yang pertama kali, kanak-kanak dan warga emas yang perlu walk-in, tetapi masih sesak. Baru pertengahan jalan, dikhabarkan nombor giliran untuk hari itu sudah habis (selepas 30 minit pejabat beroperasi).
Tak dapat di sini, kami ke UTC Shah Alam pula, cuba nasib di sana sebab UTC shah Alam buka sampai malam, jam 10 malam. Sampai sana dekat jam 10 pagi, barisan dah 3 penjuru ke kaunter nombor. Sikit lagi nak jadi satu pusingan sampai eskalator tu. Baru 10 minit beratur, dimaklumkan nombor dah habis untuk yang nak buat passport, mereka hanya keluarkan kepada indidvidu yang nak ambil passport yang sudah siap. Aduhai, memang ramai yang mengeluh kata dah 2 hari datang tak dapat buat juga, samalah kes dengan mak ini. Dari kampung datang ke bandar, ingatkan senang buat di kotaraya, rupanya indah khabar dari rupa. Jadi untuk hari itu, kami noktahkan memburu nombor giliran tu, sebab kalau pergi UTC lain pun hanya beroperasi hingga jam 5 petang. Jom balik jangan buang masa di sini brother yang beratur sama tu cakap, jom kita cari makan perut dan berdendang ria minta diisi.
Keesokkan harinya, mencuba nasib sekali lagi di pejabat Kelana Jaya. Hari Sabtu buka separuh hari, pergi selepas sholat subuh, sampai sana dalam 6.30 pagi, que dah panjang setengah deret bangunan. Ada yang tidur situ agaknya. Selang beberapa orang dihadapan untuk sampai ke kaunter nombor giliran (lebih kurang jam 8.15 pagi) pegawai maklumkan nombor habis. Boleh pegawai tu cakap kenapa datang hari sabtu datanglah hari bekerja lain, abis semalam tu hari apa?. Malas nak bertekak jomlah balik.
Adik dan mak balik kampung petang tu try buat minggu depannya di pejabat cawangan lain di Pahang (Raub atau ke Temerloh sekali lagi). Cuba tanya pejabat Gua Musang, hari Ahad mereka kerja, tapi dimaklumkan memang mereka terima permohonan untuk buat passport, tetapi perlu menunggu 2 minggu untuk dapatkan passport, mesin untuk buat passport tiada di pejabat. Bertanya pada pejabat Kuala Lipis, dimaklumkan hanya mula menerima permohonan pada bulan november akan datang kerena ketiadaan pegawai di pejabat tersebut dan mereka nasihatkan ke pejabat imigresen Raub atau Cameron Highland. Hari isnin tu adik dan mak ke Imigresen Raub, Alhamdulillah dapat buat di sini. Tengahari tu, mak dah dapat dah passport.
Akhirnya dokumen yang dikendaki berjaya di dapatkan setelah beberapa hari percubaan dan dibeberapa lokasi pejabat Imigresen.
Wassalam.
ramainya kak oi... aduhla tengok pun rasa penat tu
ReplyDeleteTak sanggup rasanya beratur menunggu giliran hihihiiii. Moga dipermudahkan urusan mak mentua untuk menunaikan umrah.
ReplyDelete