Assalamm....
Tak tahu kenapa teruja sangat nak balik mengundi kali ini, mungkin sebab dah lama tak balik kampung. Iya dah setahun lebih tak balik, hampir 2 tahun, last balik January 2019. Tahun ini plan balik sejak dari awal tahun asyik bertangguh sebab covid, kali ini ada alasan kukuh nak balik untuk mengundi. Ada rakan-rakan yang nasihatkan agar batalkan niat untuk balik mengundi sebab kes covid yang mengila di sana. Ketika itu Sandakan hanya beberapa kes, itupun kes yang dipindahkan daripada hospital Kinabatangan.
Plan balik berdua dengan en. suami tapi lepas ambil kira banyak perkara, akhirnya saya terbang berseorangan. Jika balik dari sana kena jalani kuarantin, cukup lah saya seorang kerana memang sudah tidak bekerja jadi tiada masalah cuti dan sebagainya.
Tiket saya pun lambat confirmed, kurang daripada 24 jam sebelum terbang. Lepas balik hospital melawat FIL, baru check email kira-kira jam 8 malam untuk penerbangan 10 pagi esok, terus saja kemas baju dan settlekan hal rumah sebelum adik ipar hantar jam 5 pagi ke airport.
Kali ini tempat mengundi saya di tempat lain, tempat mengundi baru juga Dun baru setelah berlakunya pecahan kawasan, kalau sebelum ini DUN Sibuga, kini bertukar ke Dun Sungai Manila. Pergi mengundi mengikut waktu yang disarankan oleh SPR kepada saya pada jam 10-12 tengahari di MRSM Sandakan.
Nampkanya plan bertemu kawan-kawan sekolah dan jalan-jalan lepas mengundi terpaksa dibatalkan sebab rasa keadaan tak secure sangat, takut saya membawa virus balik ke Malaya nanti. So kita jalan-jalan di sekitar kampung saja bertemu saudara mara terdekat, kali ini bandar Sandakan saya tak pergi, lupakan lah hasrat nak angkut balik ikan bilis segala.
Sebelum hari nak balik, kerajaan dah keluarkan kenyataan semua yang balik dari Sabah wajib jalani swab test dan kuarantin di rumah selama 14 hari. Saya tak rasa ralat atau marah pun, itu yang sepatutunya. Moga usaha kecil kami balik mengundi dan pertaruhkan kesihatan jadi asbab untuk pemimpin yang dipilih menunaikan janji untuk membawa negeri kami sama tara dengan negeri-negeri lain di Malaya.
Tanggungjawap kami mengundi jangan lah dianggap dan disamakan dengan kami memilih buah durian atau tarap. Untuk diri, bertabahlah menjalani kuarantin selama 14 hari, balik rumah hanya berdiam diri dalam bilik dan berkomunikasi dengan ahli rumah melalui phone.
#bahundi2020 #sabahmengundi #relakenakuarantin #baliksabahmengundi
Wassalam.
semoga pemimpin yang dipilih ini dapat buat kerja dengan baik, jangan cuma gah masa nak pilihanraya je... lepastu tenggelam
ReplyDeletebesar harapannya begitu lah, penatlah asyik2 pergi mengundi.
Deletebagusnya sis patuh bab kuarantin di rumah macam tu, terbaik!
ReplyDeleteKena buat sis untuk keselamatan keluarga dan orang sekeliling.
Deletesemoga baik2 sahaja hendaknya aamiin
ReplyDeleteIn Sha Allah kak baik-baik saja.
Deleteyg penting tanggungjawab sudah ditunaikan moga selamat semuzanya
ReplyDeleteBetul kak, kita dah buat yang terbaik, Allah saja tahu ke depannya.
DeleteSelamat menjalani kuarantin
ReplyDeleteTerima kasih Wak.
DeleteSelepas balik mengundi, saya renung jari yang dicelup dakwat. Saya jadi ketakutan....!
ReplyDeleteMacam kita cop diri untuk sebarang kenungkinan, palis2 lah.
DeleteSemoga pemimpin yang dipilih dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Ramai rakyat Sabah berkorban demi nak balik mengundi
ReplyDeleteSebagai rakyat kena tunai tanggungjawap kan,
Delete