Assalam...
Masjid Sri Sendayan, merupakan masjid baru dibuka pada September 2019 dan menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan ketika ini. Mula menjadi tarikan pengunjung dari luar daerah selepas dibuka dengan rasmi kerana keunikkan senibinanya. Masjid yang dibina menelan belanja hampir 100 juta dengan konsep wakaf dari tetuan RHB bank menerapkan senibina luar negara dan pasukan arkitek yang di datangkan daripada Dubai, Cina, Mesir, Turki dan Maghribi.
Dua bangunan yang terpisah dan terletak dihadapan ini menempatkan pejabat pentadbiran masjid, perpustakaan, bilik kuliah dan dewan serbaguna. Terpisah dilaluan menuju bangunan utama Masjid Sri Sendayan.
Terdapat 2 tempat wuduk terbuka begini yang terletak di perkarangan masjid.
Dua menara.
Pandangan dari luar atau dari hadapan bangunan berkubah yang ada jam tu macam satu bangunan dengan bangunan Masjid. Sudah sampai, kena jalan jauh rupanya untuk sampai ke perkarangan bangunan masjid.
Ruang legar bangunan utama, ramai pelawat yang lepak-lepak kat sini sambil menunggu ahli rombongan masing-masing bersholat.
Ruang legar menggunakan bumbung kaca, tu nampak macam open air kan. Penjimatan tenaga pada waktu siang dengan hanya menggunakan cahaya matahari.
Perincian pada bahagian atas laluan ruang legar.
Laluan di bahagian luar ruang legar. Terdapat satu lagi laluan berbumbung daripada bilik air di sebelah luat hingga ke bangunan masjid.
Pintu ke dewan sholat utama (lelaki) di tingkat bawah.
Tempat mengambil wuduk, bilik air dan kawasan pengurusan jenazah. Ada kawasan open air dan sangat bagus untuk ventilasi yang baik.
Bagi jemaah wanita yang kurang upaya untuk berjalan jauh, boleh berkereta hingga ke pintu sebelah kanan masjid. Di situ dekat dengan lift untuk ke bahagian dewan sholat wanita di tingkat 2.
Tempat wuduk bahagian wanita di tingkat atas.
Ruang sholat utama tingkat bawah boleh nampak detail ruang dalaman masjid, terima kasih bagi pinjamkan gambar.
Dari ruang sholat wanita, di tingkat atas hanya boleh intai macam ini saja.
Zoom sikit nampak macam ini.
Ruang sholat wanita.
Corak ukiran pada lelangit ruang sholat.
Perincian pada lampu dan ukiran siling dewan sholat. Kebanyakkan bahan binaan dan ukiran masjid aladah ditempah khas.
Keunikan senibina masjid membuatkan ia menerima julukan dari orang ramai sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi, dan masjid kerajaan Uthmaniyah.
Semoga masjid besar yang boleh memuatkan bilangan jemaah hampir 5000 orang ini dapat terus diimarahkan oleh penduduk sekitar.
Wassalam.
cantik betul seni bina nya.. patut jadi location yang famous. time cuti bulan 12 last year ramai saya tengok kawan2 up pergi masjid ni. memang cantik..
ReplyDelete