Assalam...
Tengok tajuk dah tahu kan yang saya suka nak tanam-tanam. Lama sangat memendam rasa sebab rumah sekarang tak boleh nak tanam-tanam tak sama masa duk penang dulu, walau tinggal atas awan tapi depan rumah penuh pokok bunga. Kali ini dapat jer tanah melompat riang sangat, nak rasa tangan ini pegang tanah balik (aura orang kampung anak pekebun gitulah gamaknya). Cuma kali ini kita tukar sikit tanaman tu, kalau dulu tanam pokok bunga sekarang nak tanam pokok herba, untung-untung esok ada hasil boleh dihidang atas meja makan. Misi mencari pokok dan tanah, singgah di nurseri pertama, mak aii mahalnya pokok yang dikehendaki, dapat beli tanah saja. Jalan lagi, jumpa lah nurseri yang hujung sekali, Lot 53 tak silap menunggu masa untuk berpingah. Di sini dapat beli pokok kemangi dengan harga murah 3 kali ganda dari nurseri yang mula tadi. Jadi kita mark nurseri tu, akan datang kita pergi lagi beli tanah dan pokok.
Inilah tanah sekangkang kera yang nak disumbat macam-macam. Berjaya potong rumput sendiri, mengaduh gak lenguh dan sakit pinggang. Aku sebesar ini saja ulang beberapa kali baru dapat bersihkan semua, berapa kali rehat menyandar sambil terkenang arwah bapak dulu kerjakan tanah 20 ekar seorang diri. Dah separuh menyangkul dan potong rumput baru teringat, awatlah tak panggil jer orang tolong bersihkan. Google ada jer service potong rumpur area situ, tapi dah tinggal separuh kita kayuh perlahan-lahan sambil bersenam konon-kononnya.
Pokok pertama yang saya nak tanam sangat adalah pokok ini, pokok kemangi (comangi arwah mak panggil), beberapa kali ambil benih dari kampung nak semai asyik tak menjadi. Gigih saya cari kat nuseri, kena keluar duit pun keluar lah dah tak kisah kali ini. Semoga awak tumbuh sihat lah di situ, dah sihat esok saya buat awak sambal.
Kesempatan melawat keluarga angkat di Kedah hari tu, tak lupa ambil bekalan pokok dari sana, Mak Andak bagi 3 jenis pokok. Pokok cekur (dah semai jadikan 2 pasu), kucai dan pokok kari puleh.
Pokok kucai pemberian Mak Andak, angkat sekali dengan bekas tu. Jauh datang dari Sidam Kiri, Kedah dah selamat bersemadi di situ. Pokok ini perlukan sedikit teduhan sebenarnya, nampak daun-daun dia dah kuning-kuning sebab panahan terik matahari. Selepas seminggu ditanam, bertahan hanya 2 pokok, kari puleh tak bertahan lama mungkin sebab terlebih air atau akar pokok rosak masa mencabut hari tu, sebelum ditanam memang dah layu kekuningan.
Semai biji bunga telang (bunga nasi kerabu), juga ambil daripada kebun si abang lah. Nampak gaya macam nak pindahkan isi kebun si lah saja ke sini, tapi tak mungkin kot kebun dia siap ada pokok tebu, kelapa, jambu air, betik dan macam-macam lagi.
Punya lah kedekut nak berjimat, tanam pokok dalam plastik bekas beras. Tak kisahlah yang penting dapat tanam pokok dan mulakan aktiviti dulu. Pokok ini saya minta keratan daripada jiran, kami panggil pokok bakawali, rasanya sangat pahit dan sememangnya sejenis herba yang berguna.
Setelah seminggu dibersihkan, sakit hati tengok tunas-tunas lalang tu naik balik. Nantilah ada masa boleh korek akar umbi dia, lalang nie kalau tak musnahkan akar selagi itu lah dia akan terus tumbuh. En. Abe kata nak racun saja, tapi entah bila lah akan terjadi tu.
Minggu berikutnya tambah koleksi lagi, singgah beli tanah di kedai yang dah mark tu. Sempat grab 2 pokok ni dari nurseri tu, tokeh dia dah bagi flyer tentang offer sebelum berpindah dan lokasi baru nurseri tu akan datang. Kedua-dua pokok ini kita biar dulu, letak dekat pokok-pokok lain. Senang-senang nanti kita pindahkan.
Minggu itu tambah juga koleksi dengan mencucuk 2 batang kelor (moringa). Agak cuak juga sebab tanah di situ penuh dengan batu, Serah pada Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan sesuatu mengikut yang dikehendakiNya. Batang kelor tu ambil dekat tempat kerja, dulu ada minta si abang lah cucukkan dekat kebunnya. Kebun dia dah tak terjaga sejak dia balik kampung dan tak balik-balik Malaysia dah.
Pokok serai juga ambil dari kebun si abang lah, tanam serai biasa saja dulu. Nanti boleh lah ambil pokok serai wangi pula.
Ada juga cerita lucu, masa adik ipar balik kampung minta dia bawakan pokok dari kampung. Tapi tak cakap lah nak pokok herba yang ada keliling rumah mertua, sekali dia cerita kat bapak mertua, orang tua tu pergi beli anak pokok rambutan, harum manis, durian belanda bagai. Adoi lah mak bapak metuaku....tunggu lah anak awak beli tanah kebun yek...
Wassalam.
best of luck dengan hobi lama yang diperbaharui! Semoga pokok-pokok tumbuh subur. Selalu-selalulah share perkembangan ye
ReplyDeleteIn Sha Allah menjadi..
DeleteHobi yang jadi terapi mata dan minda
ReplyDeleteharap-harap menjdai dan istiqamah berkebun WP...
DeleteMoga tumbuh dengan subur semuanya ye kak. Seronok bila melihat hasil tanaman menjadi..ulam2 pun bgs sgt klu menjadi...
ReplyDeleteHaha lucu jg MIL kak, siap belikan anak pokok rambutan, durian belanda segala..
In sha Allah... nanti kita share macamana cerita seterusnya.
DeleteKalau semangat nak menanam tu mai, memang tak boleh ditahan-tahan.. sanggup panas hujan pun tak apa kan? Benih bunga telang kena pecahkan pot dia puan, baru cepat tumbuh. Kena buat lubang kecil ( cucuk dengan lidi sate je ), isi benih dan tutup nipis lubang tadi. 1 lubang 1 benih. kalau puan minat telang putih saya ada benihnya. Kacang itik pun ada kalau mahu.
ReplyDeleteDah pecahkan puan, cuma tutup balik guna kulit tu....kecik tapak tangan, tanah sekangkang kera ditadahkan jika ada yang sudi beri biji benih...
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteI feel very grateful that I read this. It is very helpful and very informative and I really learned a lot from it. Enjoy the power to create and control people in a virtual world where there are no rules with sims 4 news– On Xbox One, PS4 and PC.
ReplyDeleteMmm...menanam juga rupanya...😀😀😀
ReplyDeleteNak ikut jejak langkah otai2 macam akak...In sha Allah semoga menjadi tanamanya..
Deletewah, kakak hobi bertanam macam-macam tumbuhan ni...
ReplyDeletereferensi tanaman buah seger kak
bibit kelapa wulung
bibit kelapa wulung
jual bibit kelapa wulung
bibit kelapa pandanwangi
bibit kelapa hijau wulung
bibit palem merah
bibit pisang cavendish
jual bibit strawberry
jual bibit kelapa kopyor
jual bibit buah plum