Thursday 8 August 2019

Jalan-Jalan Cameron Highland: Air Terjun Lata Iskandar

Assalam...
Perjalanan ke Cameron Highland melalui Tapah memang akan jumpa lah air terjun Lata Iskandar ni.  Orang dulu-dulu tau lah, sebab ini satu-satunya  laluan di sebelah barat untuk ke CH, lori sayur, bas pelancong, kenderaan awam berderet-deret mendaki.  Menakutkan juga naik sini bila kenderaan bertembung di selekoh tajam, lagi teruk jika ada tanah / tebing runtuh pada musim tengkujuh.  Walaupun sudah ada jalan raya yang lebih luas dan selesa dari Simpang Pulai, tatapi macam seronok juga layan selekoh mendaki di sini ambil mengimbas kenangan lalu.


Lumut dekat batu pun cantik, biasa tengok warna hijau kan yang ini lain sikit ingatkan lumut mati mulanya.


Seronok bukan main budak ni main air kat pancuran (konon-konon air terjun mini).  Ralit tengok dia main, tiba-tiba terimbas kenangan zaman kana-kanak main di parit tanah liat selepas hujan.


Untuk berkelah riang-ria sambil berkhemah macam si nopal, bakar-bakar, bbq segala memang tak berapa sesuai di kawasan ni.  Kawasan yang landai agak sempit dan amaran terhadap kejadian kepala air ketika musim hujan.  Sekadar singgah sekejap betulkan urat orang kata, dan bagi anak-anak main air sekejap boleh lah kot.


Ada laluan untuk ke bahagian atas air terjun, tak pernah lagi mendaki sampai atas.  Biasalah kalau di sini selalu macam nak cepat saja hendak menuju ke puncak.  Lagi pun nak bagi laluan tempat parkir pada pengunjung lain yang nak singgah (tak pelah bagi alasan poyo pun).


Last singgah Lata Iskandar dengan mereka ni, day trip ke Cameron Highland sebab nak jjcm mencari nasi lemak yang dikatakan paling sedap.  Kawan-kawan saya kalau dah masuk air memang sanggup diorang ni, saya pula pantang diajak, kalau free layan kan aje giler diorang ni.


Salah satu yang malas nak singgah sini adalah mencari tempat parkir yang sesuai, kena parkir tepi jalan dan menapak sikit untuk sampai ke air terjun.  Agak senang sekarang kerana volume kenderaan yang melalui jalan ini sudah berkurangan, sebab sudah ada jalan alternatif ke CH  melalui Simpang Pulai.


Gerai ini menarik, pelbagai kraftangan jualannya, betul-betul di selekoh berdepan dengan air terjun Lata Iskandar.


Buah tampoi, pada sesiapa yang nak mencari buah ni, datanglah ke gerai tepi jalan di kawasan air terjun lata iskandar ni selalu ada jual.  Saya tanya pada penjual tu, dia kata orang asli yang supply.  Ok, done makan buah tampoi, done pergi Tampoi.


Bunga Blue hydrangea, subur sangat tanam tepi pagar di laman Smokedhouse.  Hanya singgah nak bergambar tak menginap pun di hotel ini.  Jom teruskan perjalanan ke Tanah Rata.

Harap-harap di puncak tak crowded sangat seperti yang selalu dilaporkan dalam media, sebab kami datang ini pun pada hujung minggu tetapi bukan musim cuti.
Wassalam.

3 comments:

  1. dah 2x ke CH. teringin ke sana lagi utk lihat perubahan.

    done follow your blog.
    www.zukidin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq, sudi follow. Makin pesat pembangunan di atas tu, kalau nak pergi elakkan hari cuti sekolah kalu tidak jem dan padat.

      Delete
  2. W'salam..
    Sepanjang LZ ke CH tak pernah berpeluang singgah di Lata Iskandar sebab takde parking dan penuh memanjang..
    Satu lagi selekoh tajam memang akan rasa seriau..

    ReplyDelete