Assalam...
Jom cuba resepi peach banana butterscotch bread pudding yang di share oleh baker's cilik, Dannish Harass di Ig beliau. Betul-betul kecik-kecik cili padi dia tu, walaupun usia masih kanak-kanak tapi ramai jer makcik-makcik yang berguru dengan beliau. Termasuk lah makcik seorang nie. Paling best sebab menyediakan bread pudding ini mudah dan tak ambil masa yang lama. Untuk minggu nie saja dah 2 kali buat, Danish bagi cadangan boleh lah buat bread pudding ini sebagai menu rumah terbuka.
Peach Banana Butterscoth Bread Pudding
Sumber: Danish Harraz
Bahan-bahan
1 buku roti putih - potong 4 segi kecil (satu keping potong 9 keping)
21/2 cawan dairy whipping cream (boleh juga guna fresh milk atau susu cair. Bezanya, bila guna whipping cream akan lebih moist dan creamy)
3 biji telur gred A atau B
1 tin hirisan buah peach, potong dadu
4 biji pisang masak, hiris
3/4 cawan butterscoth chips (Danish guna Brand nestle, saya guna yang biasa dijual dikedai bahan baking)
2 sudu teh esen vanila
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
Garam halus.
Cara Penyediaannya
* Panaskan oven suhu 170'c.
* Roti putih boleh juga digantikan dengan croissant atau baguette tapi perlu dibiarkan lebih lama sebelum dibakar. Danish tak guna gula, cukup manis dari chips sahaja.
* Kacau guna whisk telur, whipping cream, esen vanilla, garam dan serbuk kayu manis. Gaul sebati.
* Campurkan hirisan pisang dan buah peach, gaul sebati.
* Gun tray 9x12, lapiskan roti, peach, chips berselang-seli jadi 3 set lapisan.
* Tuang kastard sekata ke atas susunan roti. Tekan sedikit seupaya roti sepat meresap kuah kastad. Tutup dengan foil dan biar seketika (lebih kurang 10 minit sebelum dibakar).
* Bakar selama 30 minit, buka foil dan bakar lagi selama 30 minit atau sehingga bahagian atas sedikit garing dan custard dan kastard telah agak kering / diserap.
* Sejukkan sebentar kemudian bolehlah dihidangkan.
* Tambah sedap jika dihidangkan bersama ice cream vanilla.
TIPS Penting: Foil diguna untuk mengelakkan kastard kering kerana bread pudding ini tidak perlukan extra kastard. Jangan overbaked, nanti hasilnya kering / tak moist. Bread oudding ini sedap dimakan dengan suhu bilik. Tak perlu sejukkan, nanti teksturnya jadi keras. Untuk leftover, boleh simpan dalam peti sejuk, keluarkan bila perlu, biarkan 10 minit kemudian bolehlah dipanaskan di dalam oven selama 10-15 minit.*
Selamat mencuba, tak tipu memang sedap bread pudding ini walaupun dimakan tanpa ice cream atau di beri cream topping.
Wassalam.
😋😋😋😋
ReplyDelete