Sunday, 31 December 2017

Pendakian Ke Jabal Nour.


Assalam...
Pendakian ke Jabal Nour, bukan seperti hiking yang sebelum-sebelum ini.  Mendaki perlu dengan semangat dan penuh keinsafan, hayati kisah Siti Khadijah pada usia lebih kurang 50 tahun dan sedang sarat mengandung berulang-alik untuk berjumpa dengan Rasulullah.  Laluan ke atas ketika itu pastilah tidak semudah sekarang ini yang sudah ada tangga.  Kami pergi ikut pakej mendaki di sebelah malam selepas sholat isyak dan perlu balik sebelum jam 2 subuh (tidak menganggu waktu sholat).  Ada jugak yang pergi ikut pakej mendaki waktu siang, pendakian pada siang sangat mencabar kerana cuaca yang panas hampir 40'C ketika itu.  



Di starting point, kita akan lalui kawasan rumah-rumah dan kedai-kedai jualan cenderahati.  Selalu kita mendaki melalui belukar atau hutan yang ada pokok atau tanah yang becak, senang nak tergelincir.  Di sini walaupun semuanya batu, gunakan kasut yang sesuai sebab ada juga antara kami yang jatuh tergolek di situ.  Mula-mula mendaki sebelum sampai ke anak tangga dah mencanak, kalau tak cekal boleh hilang semangat. 


Melangkah secara perlahan tapi kena konsisten, insha Allah akan sampai.  Walaupun dah kena tinggal dengan group sendiri tetapi ada jer orang dari group lain yang akan kita jumpa atau pendaki yang dah nak turun bagi kata-kata semangat dan tolong suluh tempat yang gelap.  Sepanjang jalan saya tak rasa takut sebab kena tinggal, gelap atau sebagainya,  lagi pun dekat je jarak antara seorang pengemis dengan yang lain.  Mereka ini lah yang mewarnai sepanjang jalan mendaki, mereka betulkan jalan atau simen balik anak tangga yang dah pecah.


Malaysia boleh
Indonesia boleh
Brunei boleh, 
Sedekah lah satu riyal, satu ringgit, insha Allah selamat dunia akhirat.
Kata-kata sepanjang jalan yang kita akan dengar dari mulut pengemis yang dah jadi pemastautin di situ.  Terasa lucu bila ada yang kata;
"Malaysia tak boleh"
ketika pendaki hanya lalu tanpa meletak sebarang sedekah.  


Pemandangan daripada puncak bukit, bila saya sampai tercari-cari mana kawan-kawan yang lain yang sampai lebih awal.  Mereka semua dah bergerak turun ke gua hira (kena turun sedikit dari puncak bukit) dan melalui lorong batu yang sempit.  Mencabar juga nak lalu di celah-celah batu sempit tu, tambah-tambah bila ramai orang. 


Maksimum 2 orang jer yang boleh bersholat sunat di dalam gua tu.  Kena lah sabar dan tunggu giliran. 


Orang muda kena semangat mendaki sampai ke puncak, jangan nak kalah dengan orang pencen nie kata en.Nuar (tengah, dalam gambar).  Memang kuat kederat beliau, cepat jer sampai tinggalkan kami di belakang.


Kak Fatimah pun berjaya sampai, suaminya hanya menunggu di separuh perjalanan.  


Satu macam perasaan tu, sukar untuk diceritakan bagaimana perasaan tu bila berjaya sampai ke sini. 


Siapa sangka diatas puncak Jabal Nour takde tempat melontar jamra?  Selain daripada makanan dan minuman ringan yang mereka jual, segala macam cincin, batu permata dan tasbih ada kat atas tu.  Terbeli cincin batu permata yang harga 5 riyal satu, lebih murah daripada yang dijual di kedai-kedai di bawah.  Boleh lah buat kenangan walaupun murah.


Jangan lupa bawa duit lebih bila ke Jabal Nour, tak nak shopping bagi lah sedekah kat mereka yang tolong betulkan jalan tu.  Kita tak tahu ketika doa mereka di angkat Allah kita antara yang terdetik di hati mereka.


Driver van yang agak "gila-gila" ketika menghantar dan mengambil kami daripada tempat berkumpul ke starting point.  Memang rasa nak "terr" cara dia bawa van tu, makcik pakcik mengucap panjang kat belakang.  Makin kita minta dia bawa perlahan makin dia pecut dikawasan curam dan selekoh. 


Alhamdulillah, selamat sampai ke puncak dan ke Gua Hira walaupun masa tu diserang deman panas.  Dak Jasmin yang mulanya tak nak pergi, ikut serta melihat acik yang demam panas pun bersemangat nak pergi.  Sepanjang mendaki dia tak tinggalkan saya seorang diri di belakang dan sentiasa tanya samaada saya ok atau tidak.
Wassalam.

Sokaifat Bani Saedah


Assalam...
Terjumpa taman ini pada pagi terakhir berada di Madinah al Munawwarah (sebelum bertolak ke Mekah al Mukkarmah petang itu) semasa dalam perjalanan, (berjalan kaki) dari tempat penginapan ke pasar.  Sokaifat Bani Saedah mengikut sejarah adalah tempat di mana Abu Bakar Al-Siddiq di pilih menjadi khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW.


Sokaifat atau taman mendapat nama daripada nama  suku (Bani Saedah) yang memiliki tempat tersebut.  Kira rezeki nak ditemukan dengan tempat ini sebab pada hari sebelumnya saya hanya ternampak pasar (terletak bersebelahan dengan taman ini) daripada bangunan yang menempatkan bilik pameran berkenaan nama-nama Allah dan Nabi Muhammad SAW.


Setiap suku mempunyai sofaikat mereka sendiri, fungsinya sebagai tempat berkumpul atau lokasi untuk bermusyawarah ahli suku.  Sofaikat dahulunya tempat yang mirip aula, tetpi kini telah dijadikan sebagai taman oleh kerajaan Arab Saudi.


Pelbagai tumbuhan yang ditanam untuk menghijaukan taman ini terutama pokok kurma, tapi tak nampak pokok yang berbuah ketika itu (bukan musim agaknya).  Ada petugas yang menjaga rapi tanaman di situ, ketika kami singgah mereka tengah menyiram pokok dan mengemburkan tanah (ketika itu dah nak masuk musim panas)


Taman ini bersambung dengan Pasar Nabi yang terletak di hujung.  Rasulullah SAW telah meminta tanah kosong untuk dijadikan pasar agar kaum muslimin mempunyai pasar sendiri dan bebas daripada membayar sewa seperti yang dikenakan di pasar orang yahudi.  Bani Saedah telah menyerahkan tanah kosong tersebut walaupun pada asalnya tanah itu disediakan untuk tanah perkuburan.  


Jalan lurus jer dari hotel ke pasar, Taman Bani Saedah ini kiranya terletak di tengah-tengah perjalanan.  Selalu memang tak merayau ke mana-mana selain ulang-alik ke masjid dan hotel.  Hari last baru nak cari sedikit barang untuk dijadikan buah tangan.

Rasanya dalam pakej kami, lawatan ke tempat ini tidak termasuk dalam ziarah dalam.  Tetapi tempat ini senang untuk ditemui kerana hanya berada dibelakang bangunan pameran Muhammad the Massenger of Allah, jika dari hotel Mawaddah al Safwah dan hotel Movenpick jalan lurus ke depan.
Wassalam.

Thursday, 28 December 2017

Lao Mandre: Mee Tarik Warisan..


Assalam...
Selalu bila makan dekat mee tarik warisan, outlet Kl Sentral dulu (sekarang dah pindah) hanya makan mee yang berkuah.  Outlet situ dulu kecik je pilihan pun agak terhad.  Nampak sangat cerita ini dah lama, sebab masa pergi ini mek Dot yang ajak pergi makan di resto Mee Tarik Warisan di Kota Damansara.  Dia nak belanja adik kesayangan dia (Ana) sebelum dak Ana berenti kerja.  Untung lar nak bernti orang belanja makan, kalau macam tu nak berenti kerja lah sebulan sekali...hehehe.



Makan di restoran, pilihan menu dia banyak, bukan hanya mee tapi banyak dish lain yang boleh dipadankan dengan nasi.


Abang Hassan suka kalau you all pilih banyak-banyak menu kat mee tarik nie.  Tapi sendiri mau ingat, pilih ramai-ramai jangan bayar seorang-seorang, kecuali kalau orang tu niat memang nak belanja untuk semua.


Pilihan kami untuk makan 3 orang, macam banyak sangat kan.  Memang banyak sebab tu jangan pergi pilih makanan time perut kosong sangat, semua rasa nak makan, tewas dengan nafsu sendiri.


Yang ini memang sedap, pilihan dah Ana.  Saya dengan mek Dot pilih mee yang berkuah.  Portion untuk seorang memang sangat mengeyangkan, tambah bila kita hirup sup tu, mesti cepat kenyang.


Nasi ini siapa yang pilih? semua kena kerjasama untuk habiskan.  Last hanya makan lauk atas tu, nasi tinggal.  Tak baik betul perangai macam gitu kan.

Bila tengok balik gambar-gambar tu, teringin pula nak makan mee tarik lagi.  Nak pergi tempat yang senang, macam kat kl sentral hari tu.  
Wassalam.

Pasar Grosir Banto, Bukit Tinggi


Assalam...
Janji hari ini, pak supir datang ambil kami jama 9 pagi.  Masih ada masa untuk kami berjalan-jalan sekitar tempat penginapan, semalam dah lepak-lepak di kawasan Jam Gadang jadi pagi ini kami pilih berjalan ke pasar.  Jalan-jalan ke pasar pagi di Banto Trade Centre, ketika itu Pasar Bawah dan Atas tak buka lagi, masih terlalu pagi.



Makcik jual jambu air di persimpangan Jalan Pemuda dan Jalan Soekarno Hatta.  Jalan Pemuda waktu awal pagi tak sesibuk seperti Jalan Soekarno Hatta, kereta kuda pun masih tak nampak pagi itu.


Jom kita masuk ke bahagian bawah pasar Banto, kedai-kedai di lantai atas masih tertutup.


Bahagian bawah lebih kepada menjual bahan makanan (nama pun pasar grosir kan).  Sayur, rempah dan bahan makanan kering lainnya.  Sang suami tertarik pada ikan masin, jadi beli ikan masin.


Gerai rempah basah, cili, bawang, halia, serai semua dah dikisar.  Mudah bagi mereka yang tiada blender.


Saya sangat tertarik pada yang ini.  Pedis kata mereka.  Cili rawit panjang dan kerinting, beli 5000 rupiah untuk dibawah balik. 


Gerai kuih-muih di tepi bangunan banto trade centre.  Beli juga walaupun di tempat penginapan ada menyediakan kuih-muih untuk sarapan.


Sumber ikan mereka kebanyakkan ikan air tawar daripada danau atau sungai.  Senang nak jumpa belut dalam masakan orang Minang, diorang makan belut goreng ketika makan tengahari di Pondok Flora. 


Buah alpokat @ ovacado, seperti biasa banyak dijual, kurang gemar makan atau minum jus alpokat tapi.  Hanya beli buah mangga harumanis dan jambu bol.  Jambu bol tu yang dicari-cari tapi walaupun di sini harganya agak mahal 30 hingga 60 ribu sekilo.


Tapai ubi, wow bestnya.  Rasa jugaklah sebab orang yang jual tu pujuk suh rasa.  Memang manis, maaf sebab tak beli.


Balik dari pasar pagi, kami ikut laluan lain ke tempat penginapan.  Lalu pasar atas, tetapi masih terlalu awal, pasar atas tak buka lagi.  penghujung jalan, sampai atas, jumpa kedai buku yang baru buka.  Jumpa 3 buku karya pak Pramoedya yang saya cari-cari selama ini.  Tiga buku dengan harga 120 ribu.


Tangan dah penuh menjinjit beg plastik, kaki dah lenguh, perut pun dah keroncong.  Moh lah balik kita sarapan di tempat penginapan sebelum teruskan kembara hari ini.
Wassalam.

Wednesday, 27 December 2017

Take A Break : Hiking Bukit Botak Sepanggar.


Assalam...
Alkisah ini sebelum balik hari tu, pepagi hari orang sibuk nak pergi kerja, kami sibuk pergi hiking di Bukit Botak atau ada orang juga panggil Bukit Gundul yang terletak di Sepanggar Kota Kinabalu.  Begitulah kalau dalam group ada orang kaki hiking, jadi nak tak nak kita pun akan terikut-ikut kan.  Tapi takpe, bagus tu untuk keluarkan peluh.  Botak dan gundul tu sama kan maksudnya, jadi bila ada orang merujuk mana-mana nama itu ianya membawa maksud bukit yang sama, selagi masih rujuk tempat yang sama iaitu Sepanggar KK. 



Nak pergi ke starting point tu macam agak susah nak cari.  Kalau ikut google macam ada beberapa tempat starting point dia.  Mula-mula kami pergi starting point yang dekat dengan KKIP selatan, tapi pusing punya pusing tak jumpa yang dinamakan starting point.  Nasib jumpa budak yang berjalan kaki nak pergi sekolah, dia sarankan kami pergi satu lagi jalan.  Jalan ke Sabah Port, tetapi jalan tu masih belum dibuka, so kita kena mencerobohlah kan. 


Hujung minggu, selalu akan nampak banyak jer kereta parking di setiap starting point tu.  Tetapi hari bekerja, hanya ada kenari yang park tepi jalan.  Kepunyaan group remaja yang kami jumpa semasa bergerak naik ke Bukit Botak.


Terowong keluar masuk ke pelabuhan.  Masa kami pergi macam tak buka lagi sebab simpang ke Jalan Sepanggar pun masih belum buka, tak nampak sebarang kenderaan lalu kat situ.  


Pendakian agak licin pada mulanya sebab hujan lebat malam sebelum tu, lagi pula tanah bukit yang mula-mula kita menapak tu memang dah gondol.  Akan ada projek pembinaan baru.


Nak kata tinggi sangat nak mendaki ke sini, tidak jugak lah.  Berjalan secara santai, cuma yang bagi lambat sebab banyak kali singgah ambil gambar atau selfie.  Tak sempat pun peluh jantan nak keluar, peluh mak-mak atau anak-anak (istilah saya sendiri ya) jer sempat keluar.  Track pun tak curam sangat, sesuai untuk hiking seisi keluarga bawa kanak-kanak.  Rasa macam ko pergi dusun durian atok ko yang ada kat atas bukit gitu lah, rasanya. 


Kampus Uitm Sabah dari Bukit Botak.  Ada akses hiking dari dalam kampus ke Bukit Botak ni, tapi hanya mereka yang berkenaan jer boleh lalu situ.


Pemandangan ke arah Teluk Sepanggar (Sabah Port).  Kapal selam negara berlabuh dekat-dekat pulau kecil sebelah kiri tu.


Sesiapa yang dekat-dekat tu, boleh lah datang hiking di sini.   Panjat bukit keluar peluh jer, tak perlu keluarkan duit, hasilnya awak juga yang sihat.
Wassalam.

Saturday, 23 December 2017

Lao Mandre; Lokan Bakar Di Salut, Tuaran


Assalam..
Perjalanan dari Kota Belud ke One Borneo KK hanya 1 jam 20 minit.  Itu yang sepatutnya, tetapi asyik singgah sana sini dah jadi 5 jam (jalan terus boleh sampai Sandakan).  Kalau sangkut dalam jem mesti rasa nak marah kan, penat tau, tapi sebab masing-masing ada agenda nak singgah, dah tu pula suka berlama-lama, jadi tak perlu heran lah kan.


Sebelum sampai Salut, kami dah singgah pekan Tuaran, singgah Shangrila Rasa Ria, singgah makan lunch cum dinner (rasa lapar dari Kota Belud hanya dapat dilunaskan di restoran terapung Tanjung Badak).  Ini tak termasuk singgah isi minyak atau ada yang nak terrrr... 


Ini persinggahan yang last kami cakap, sebab kalau tak singgah kali ini, lepas-lepas ini takde dah.  Perut msih kenyang dengan nasi goreng di resto terapung tadi, tapi ikutkan saja lah.  Singgah satu kedai yang takde pengunjung.  Sepanjang jalan di Salut tu banyak jer gerai jual lokan bakar dan kelapa bakar ini.  Kami tak tahu kedai mana yang best, kami main redah ja singgah.  Tak mahu singgah yang ramai pengunjung walaupun orang kata kalau tempat tu ramai, tempat tu lah yang sedap.  Takpe kita bagi can yang takde orang, berbagi rezeki.


Minta bakarkan satu longgok besar lokan (harga tak silap RM15.00).  Pesan lokan saja, sebab masih kenyang dan nak rasa ini saja.  Tempat yang tak ramai orang ko boleh buat kedai tu macam ko yang punya.  Dengan selamba ikut adik tu pi bakar lokan di belakang gerai, sembang-sembang dapat resepi dan cara bakar lokan.  


Dua orang kata sedap sangat lokan bakar nie, seorang lagi tak sentuh langsung makanan macam ni, elergik.  Yang seorang lagi, tak dapat nak feel sebab masih terlalu kekenyangan.


Tak salah mencuba sesuatu yang baru, kalau suka boleh datang lagi.  Dekat saja tu, tidak sampai pekan Tuaran jugak kalau dari Kota Kinabalu, di Telipok corner masuk Jalan Sulaman saja.
Wassalam.