Assalam...
Kejadian penghujung ramadhan lepas, mak mertua ada di rumah jadi kita minta dia sediakan kuih untuk berbuka puasa. Disebabkan masa pun dah suntuk dan bahan-bahan yang limited, butir nangka menjadi pilihan untuk disediakan petang itu. Pernah buat sekali dengan en.Abe dulu, ceritanya di sini. Tapi kali ini nak merasa dari air tangan yang empunya resepi itu sendiri.
Butir Nangka
Sumber Resepi: Nang Teh
1 bungkus tepung beras (300gm) 3 sudu tepung beras pulut sedikit air kapur Daun pandan - blender untuk jus Pewarna hijau. Pewarna merah jambu Air secukupnya untuk membuat doh. 2 litre air untuk merebus biji nangka.
Cara Menyediakan
1. Gaul tepung, air kapur dan air secukupnya untuk membuat doh seperti hendak membuat kuih Buah Melaka atau Ondeh-Ondeh. Bahagikan kepada dua bahagian.
2. Satu diwarnakan dengan pewarna merah jambu dan satu lagi diwarnakan hijau menggunakan jus pandan, boleh tambahkan sedikit pewarna hijau klau nak hasilnya yang lebih hijau. Klau kawan2 nak guna warna lain pun boleh juga.
3. Bentukkan doh bujur memanjang sebesar jari kelingking sehingga habis.
4. Didihkan air di dalam periuk lebih kurang 2 litre. Masukkan doh yang telah dibentuk ke dalam air mendidih.
5. Angkat doh yang dah timbul dipermukaan mengunakan penapis dan letakkanya ke dalam air sejuk.
Untuk Kuah
300gm Gula Nipah (orang kelantan panggil manisan, klau takde gula nipah, guna gula merah atau gula melaka ataupun gula kabung) ikut kemanisan masing2.
2 sudu Gula Pasir
1 litre Santan
2 helai daun Pandan - simpulkan
secubit garam
3 sudu tepung beras (cairkan bersama santan untuk memekatkan kuah), yang ini ikut suka, kalau tak nak pekat pun boleh.
Cara Menyediakan
1. Larutkan gula menggunakan sedikit santan dan masukkan simpulan daun pandan. Masukkan lebihan santan.
2. Masukkan roux perlahan-pelahan sambil kacau kuah untuk mengelakkan roux berketul dan santan pecah minyak.
3. Letakkan sedikit dan bila dah menggelegak kecil, tutupkan api.
*Untuk menghidangkannya, ambil beberapa ketul butir nangka dan letakkan kuah. Boleh dihidangkan secara panas mahupun sejuk. Sebagai alternatif, boleh meletakkan hirisan buah nangka ke dalam bubur ini
Wassalam.
Wkmsalam.
ReplyDeleteNampak macam sedap aje.
boleh lah minta puan dapur buatkan untuk WP....
Deletesama timing dengan entry WP cita pasal Buah nangka...
Sejukkan dlm peties dulu..sedapnya..
ReplyDelete