Wednesday 15 October 2014

Masak Rendang Guna Periuk Noxxa

Assalam...
Walaupun dah lama memiliki benda ini, tapi saya sebenarnya tak tahu nak guna, nak tekan butang mana, dah tak ingat.  Butang pulak macam nak set bom jangka, ngeri jugak kang salah set, meletop ke ape?  Apelah punya lawak dan bodoh.  Manual ada tapi info terlalu basic, buku resepi khas yang guna periuk ini cis tak diberi rupanya.  Hari tu orang tu kata ada kat dalam tu semua.   Kira tipu pelangganlah ini.  Bila tanya kata kena beli asing...ciss, cakap awal kan senang, takdelah mengharap.  Salah sendiri jugak sebab tak periksa betul2 masa terima hari itu.
Lepas terima terus bungkus kirim balik kampung, konon bagi hadiah kat mak.  Tapi mana ada mak guna, masih cantik dalam kotak, last balik ke tangan saya semula. Mailah iolls nak share kat uolls masak rendang ayam kampung guna periuk ini.



Rendang Ayam Kampung
Sumber: Ma'ani

Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung - potong kecil
1 liter santan
2 sudu kerisik
2 sudu rempah kari daging
3 sudu cili giling (boleh tambah kalau nak pedas)
1 asam keping
2 helai daun kunyit - hiris halus
4 helai daun limau purut - hiris halus
sedikit gula melaka
garam dan serbuk perasa secukupnya
 
Bahan Blend
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inc. halia
1 inc. lengkuas
3 batang serai
3 biji buah keras 

Bahan Tumis
sedikit setiap satu 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)
4 ulas bawang merah - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
Minyak


Cara penyediaannya
*  On periuk Noxxa dan tekan butang stir fry.  Masukkan minyak.  Tumis 4 sekawan dan bawang hiris hingga wangi.  Masukkan serbuk kari dan cili giling, tumis hingga garing sedikit.  Masukkan bahan blend, tumis lagi hingga naik minyak. Off periuk dengan menekan butang On Off.
*  Masukkan ayam, asam keping dan santan.  Gaul rata ayam dan rempah tumis.  On periuk semula dan tekan butang high pressure, setkan masa yang dikehendaki (saya set 20 minit).  Pasang penutup, rapatkan dan pusingkan nob ke arah pressure.  
*  Bila high pressure dah settle, pusingkan nob ke arah steam dan biarkan wap keluar sebelum membuka penutup.
*  Masukkan gula, kerisik, daun limau dan daun kunyit.  Sebab saya nak rendang yang agak kering.  Saya masak hingga kering guna stir fry method.  
*  Tekan butang stir fry dan tumis seketika untuk memasak rendang hingga kering.  Akhir sekali masukkan garam dan sesuaikan dengan rasa yang diingini.  Tekan butang On Off untuk stopkan proses.

Alhamdulillah...siap pun, senang jer sebenarnya kalau dah biasa guna.
Wassalam.

5 comments:

  1. Sedapnya. Sapa nak beli periuk noxxa harga ahli ada caranya. Nak beli harga RM657.20 ada caranya. Nak beli harga RM614.80 ada caranya.PM 019-2494819 untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibuyati, terima kasih sudi singgah...saya ingatkan harga periuk ini dah mahal sekarang, ada orang main kutu harga rm800.

      Delete
  2. Bagaimana cara untuk beli dengan harga murah smpi RM614.80

    ReplyDelete
  3. Bagaimana cara untuk beli dengan harga murah smpi RM614.80

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete