Saturday, 30 June 2018

Rucoh aka Serawa Kuini

Assalam...
Alhamdulillah rezeki tak putus, ada yang orang bagi, yang orang kirimkan, yang dipinta sendiri semua lah.  Macam buah tu, kuini kiriman jiran mertua dari Pahang, manga apple kawan en.Abe bagi dari Melaka dan rambutan rakan sekerja bawa dari Perak.  Itu baru satu jenis rezeki nyata yang Allah sampaikan dari pelbagai hala, yang tak nyata dan disedari lagi banyak sebenarnya, tak terkira, Allahuu...


Terpikat dengan air yang kak Yan buat guna buah kuini, yang dipanggil rucoh, ada juga yag panggil sebagai serawa kuini.  Pertama kali tengok sebenarnya air yang dipanggil rucoh tu, bukan buah kuini yang pertama kali tengok.  Kuini selalu setiap tahun dapat makan, antara buah-buahan kegemaran keluarga, bila musim memang harum semerbak satu rumah.  Selalu saya makan begitu saja atau kalau longgokan buah dah banyak mak bapak saya memang akan sediakan pulut untuk dimakan dengan kuini, macam buat kenduri gitu kalau bergabung dengan jiran tetangga atau sedara terdekat.


Bila terpandang rucoh tu dah azam nak buat bila jumpa kuini, mungkin bila balik kampung kot nanti.  Kebetulan masa raya hari tu, di Pahang dah ada musim, jumpa masa pergi beraya tapi tak banyak.  Sempat bawa balik 2 biji saja, itu pun buah tak berapa elok.  Dua hari lepas tu adik ipar share dalam wassup buah kuini sebaldi jiran bagi dan kalau ada sesiapa yang nak dia sanggup bawa datang KL nanti, ape lagi cepat-cepat lah angkat tangan, sanggup pergi jemput dia kat terminal nak dapatkan buah kuini.


Kuini tu nampak tak berapa fresh kan, sebab racik awal sementara nak cari santan fresh.  Saya racik awal untuk elakkan kuini terlebih masak dan jadi rosak.  Buat dalam 2 biji dapat dalam satu mangkuk sedang dan store dalam peti sejuk sementara kita pergi cari santan.  Kak Yan guna susu buat rucoh kuini tu, tapi saya nak rasa yang guna santan dulu dan resepinya lebih kurang macam kat bawa nie.


Rucoh Kuini / Serawa Kuini
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
2 biji buah kuini - racik halus
1 pkt santan segar (beli kat jaya)
Sedikit gula pasir
2 sudu susu pekat
Sedikit Garam
Air sejuk
Ice cube   

Cara Penyediaannya
*  Campurkan santan dengan gula, garam dan susu.  Kacau hingga gula larut.
*  Masukkan kuini dan tambahkan air dan ice cube.  
*  Saya takde ice cube, lepas gaul semua tu saya masukkan dalam peti sejuk seketika sebab nak minum / makan sejuk-sejuk.
*  Hidangkan dalam keadaan sejuk.


Rucoh tu saya buat dapat dalam satu jug sedang, rasanya boleh tambahkan air lebih sebab terlalu pekat atau letak ice cube.  Dapat respon dari sahabat saya dia kata tu air kegemaran arwah bapak dia (al-fatihah untuk arwah wak Samat), bulan puasa lepas pun dia ada buat.  Bila saya cakap rucoh, di katanya saya dah pandi cakap jawa.

Minggu depan balik kampung (Sabah), harap akan jumpa buah kuini boleh kenalkan dengan diorang pula cara lain menikmati kuini dari yang selalu mereka makan.
Wassalam.

Chocolate Peanut Cookies


Assalam...
Sebelum balik ke sarang hari tu, kak Soda bekalkan sebotol kecil amonia dan resepi untuk biskut coklat kacang (bukan nama sebenar).  Tidak diketahui nama sebenar biskut ini sebab kak Soda pun hanya panggil kueh coklat saja, mereka panggil ini kueh mentega dalam kategori kueh kering untuk yang macam ini mereka tak panggil biskut.  Pembahagian nama kueh simple ada 2 kategori kueh basah, kueh kering yang lainnya sebagai jajan, kekacang atau keropok.  Kueh kering pula kueh mentega (based majerin atau mentega), bangkek atau baulu.  Kenali jenis kueh dan fahami istilah dan perbezaan nama,  itulah topik sembang kami petang itu sambil berbaring di beranda dapur.


Saya tak ada acuan kecil untuk bakar biskut, jadi nak buat ketul-ketul tu saya guna scop buah.  Kena buat adunan ketul-ketul kecil sebab biskut ini akan mengembang bila dibakar.  Tengok dah mekar sejambak batch pertama sebab guna scop yang besar.


Amonia yang dibekalkan oleh kak Soda ketika saya nak bergerak balik KL hari tu.  Kedai bahan bakeri ada jual serbuk amonia dalam paket, bukan dalam botol begini.


Chocolate Peanut Cookies
Sumber: Kak Soda


Bahan-bahan
500 gm mentega
400 gm gula
5 biji telur
2 gelas minyak masak
400 gm kacang tanah - sangai dan tumbuk kasar
1 sudu teh ammonia
1 sudu makan baking powder
100 gm serbuk koko
200 gm tepung jagung atau guna 2 pkt tepung hong kwee (warna putih)
1 kg tepung gandum


Cara Penyediaannya
*  Pukul telur, mentega, gula, baking powder dan amonia hingga kembang dan putih.
*  Masukkan kacang tanah dan minyak masak.
*  Tambahakan serbuk koko, tepung jagung atau hong kwee.
*  Campurkan dengan tepung gandum.   Gaul dan sebatikan adunan sehingga boleh dibentuk (adunan agak lembik dan tidak sesuai diterap).
*  Adunan boleh dibakar dalam mould biskut yang kecil atau bulat-bulatkan, tekan dengan garfu dan susun dalam tim pembakar.
*  Bakar dengan api sederhana hingga masak. 
*  Biarkan biskut sejuk sebelum menyimpan dalam bekas kedap udara.


Semakin berkobar-kobar nak mengumpul resepi keluarga dari insan-insan istimewa yang masih ada di sekeliling.  In Sha Allah diberi peluang dan kudrat.  Cukuplah masa dengan mama dulu dah dibazirkan, masa tu belum ada kesedaran nak bertanya dan belajar.
Wassalam.

Friday, 29 June 2018

Char Koay Teow

Assalam...
Beberapa kali terjumpa penggunaan istilah yang mengelirukan bila bercakap berkenaan char koay teow ini.  Yang dalam gambar tu, itulah char koay teow (Penang seafood char koay teow) yang paling famous ini terutama peniaga (hawker stall) Hokkien di Pulau Pinang.  Bila mai kat orang melayu pula, dipecahkan jadi dua kategori 'char' tu lain goreng tu lain.  Macam yang gambar ini dipanggilnya koay teow goreng, sementara char koay teow tu merujuk yang jenis cair (ada sedikit kuah).  Sedangkan kata 'char' tu sebenarnya bermaksud goreng, saya sendiri puan buatlah kesimpulan yang kering begini original chinese version char koay teow manakala yang cair itu malay version. Ok tak mau pening-pening, mana-mana yang mai pun makan saja, dua-dua pun saya suka.



Char Koay Teow (Penang Seafood Char Koay Teow)
Sumber:  Chef Lum


Bahan-bahan
100gm koay teow
2 sudu kicap CKT (char koay teow)
1 sudu cili boh - tambah jika suka pedas
Sedikit kucai 
Sedikit taugeh
1/2 sudu garlic cincang
1 biji telur
Isi udang
Isi kerang 
Fish ball / Fish Cake (jika suka)
Minyak untuk menumis
Hiasan - Cili jeruk, daun bawang. 


Cara Penyediaannya
* Panaskan minyak, masukkan garlic, telur dan cili boh.
*  Masukkan isi udang, kerang dan fish cake.
*  Tuangkan kicap ckt, masukkan koay teow.  Gaul sebati.
*  Masukkan kucai dan taugeh.  Gaul sekejap dan tutup api.
*  Hidangkan bersama cili jeruk atau cili kicap.

Char koay teow ini masak sekejap saja, guna api yang kuat tapi kena pandai kontrol jangan sampai hangit.  Nanti kita belajar sediakan kicap CKT dia pula ye, tengah ayat-ayat chef minta resepi.
Wassalam.

Thursday, 28 June 2018

Ketupat / Pulut Dakap

Assalam...
Kalau tak silap menu pulut dakap ini popular di utara dan pantai timur.  Hari raya baru ini, mak mertua buat pulut dakap, versi kelantan yang rasanya sedikit manis.  Menurut chek ini pulut dakap simple sebab tak letak sebarang inti, selalu pulut dakap mereka letak inti pisang masak kat tengah atau pulut dicampur dengan rebusan kacang putih.  Pulut dibalut dengan daun pisang, lebih kurang macam buat burasak tetapi pulut dakap ini lebih mudah membuatnya.  Dua bungkusan pulut dicantum dan diikat bersama sebab itu kot dinamakan pulut dakap (letak secara dakap / berpelukan).


Walaupun hampir sama dengan burasak, tetapi cara memasak pulut selepas membungkus adalah berbeza.  Ikatan pulut dakap jugak tak perlu begitu kemas kerana tiada kekuatiran pulut akan kerburai ketika mengukus.  Ini mungkin penyebab utama rasa kedua benda ini turut berbeza.


Ketupat / Pulut Dakap
Sumber: Nang Teh


Bahan-bahan
1kg pulut - rendam
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapas
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan gula
Daun pisang secukupnya


Cara Penyediaannya
*  Kukus pulut hingga masak.
*  Didihkan santan yang dicampur dengan garam dan gula.
*  Campurkan santan dengan pulut.  Gaul sebati hingga rata dan pulut nampak berkilat.
*  Ambil daun pisang yang telah di potong lebar lebih kurang sejenggkal dan balutkan pulut memanjang.
*  Ikat 2 paket pulut secara berdakapan, pastikan bahagian lipatan daun terletak dibahagian dalam.
*  Sediakan kukusan, kukus pulut yang telah diikat hingga masak atau daun pisang layu.
* Sejukkan.  Buka ikatan dan leraikan dakapan pulut ketika menghidang.
 

Bagi saya yang lidah pedas ini, mungkin kurang minat dengan pulut yang manis begini kecuali jika yang dibuat kuih seperti pulut sekaya.  Tetapi budaya orang lain-lain kan, tu lah yang menyebabkan kita ini unik.
Wassalam.

Wednesday, 27 June 2018

Ikan Goreng Sambal Belacan


Assalam..
Sudah terlalu banyak makan makanan lemak krim di hari raya rendang, lemang dan ketupat itu tak termasuk lagi biskut-biskut dan kek.  Sekarang nak kembali makan simple nasi putih sayur bening, ikan goreng dan sambal.  Teringat dulu dengan mak hari raya kedua mak dah mula masak bening sayur kelor dan ikan goreng.  Jika masih ada makanan hari raya (burasak dan ayam masak lengkuas) itu untuk tetamu yang datang.


Ikan Goreng Sambal Belacan
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap atau apa jenis ikan pun boleh - lumurkan dengan garam dan kunyit
1 inc. belacan*
1 biji tomato*
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
5 biji cili padi* tambah jika suka pedas
Sedikit garam / serbuk perasa (jika perlu)
Minyak untuk menggoreng / munis

Cara Penyediaannya
*  Goreng ikan yang telah dilumur garam kunyit di goreng hingga garing atau separuh garing.  Ketepikan
*  Tumbukkan bahan bertanda "*' hingga lumat.
*  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
*  Tumis hingga hingga sambal masak.
*  Sesuaikan rasanya.  Tutupkan api.
*  Letakkan sambal ke atas ikan goreng tadi.
*  Hidangkan. 
Satu cara lagi sediakan sambal belacan tanpa menumis, tetapi bahan sambal digoreng atau disangrai terlebih dahulu sebelum ditumbuk.  Saja tambah-tambah jika ada stok petai boleh lah buat begini.

Alhamdulillah kenyang, dapat macam ini tak toleh kiri kanan dah, mak mertua kerling pun buat tak nampak aje.
Wassalam.

Tuesday, 26 June 2018

Nasi Kuning Juadah berbuka.


Assalam...
Hari kedua yang kami pilih sediakan nasi kuning untuk juadah berbuka jemaah surau.  Kerja-kerja memasak nasi kuning menggunakan periuk noxxa mudah dan menyenangkan kerja.  Kalau ikut proses yang betul nasi kuning tu selepas ditanak seketika dengan santan perlu dikukus hingga masak, tetapi dah guna noxxa ini taram kaedah masak guna method hi-pressure dari awal hingga akhir dan hasilnya tetap tidak mengecewakan.


Sebenarnya Yana yang bagi idea nak sediakan juadah apa petang tu.  Dia kata elok buat nasi lemak jer, tapi akak pi sailang dia buat nasi kuning pula.  Jadinya nasi kuning tu dia panggil nasi lemak kuning, lantak pi lah, yang penting misi terlaksana.  Lauk gandingan tu masak guna dapur biasalah, kalau semua masak guna noxxa kena lah ada beberapa ketul periuk tu.  Resepi lain untuk nasi kuning boleh rujuk di sini


Nasi Kuning Noxxa
Sumber:  Mulia


Bahan-bahan
6 gelas beras basmathi
2 gelas santan pekat (saya guna santan kara)
7 gelas air
3-4 helai daun limau purut
3-4 batang serai titik
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perasa (ikut suka) 



Cara Penyediaannya.
*  Basuh dan toskan beras.
*  Masukkan beras ke dalam periuk noxxa bersama bahan-bahan yang lain.
*  Gaul rata sebelum menutup periuk.
*  On periuk, tekan button dan pusing tombol atas penutup ke hi-pressure, set timing 8 minit.
*  Release pressure dengan pusing tombol ke nob steam.
*  Bila Steam released dah siap, buka tutup periuk dan keluarkan nasi.
*  Biar nasi set seketika sebelum dikacau dan ditaburkan dengan bawang goreng.
*  Hidangkan bersama lauk kegemaran.  Untuk nasi kuning gandingan lauk yang biasa adalah lauk bersambal, ayam, ikan atau telur dan sedikit sayuran.



Lauk gandingan petang itu ayam goreng kunyit, telur rebus, sambal dan sedikit ulam timun dan salad.  Syukur dapat lengkapkan tapau nasi kuning sebanyak 70 peket petang tu.


Sehidangan lebih kurang gini lah.  Resepi untuk sambal tak payah letak lah, sama macam buat sambal nasi lemak.


Ini bahagian tuan rumah berbuka petang tu,  untuk Yana and the geng tapau balik rumah dia sebagai bekalan untuk sahur sebab petang tu dia join jemaah wanita berbuka di surau.


Rasa nikmat jer petang tu, bila dapat masak semua tu.  Bila tengok kontena plastik bersusun yang lengkap terisi nasi kuning, wah rasa macam nak berniaga pun ada.
Wassalam.

Monday, 25 June 2018

Pokok Salak


Assalam...
Sudah puas beraya ker kawan-kawan? jom lah kenal dengan pokok berduri ni.  Pokok ini bukan saya punya, ini kebun orang lain tapi terletak depan rumah sahabat en.Abe, kita ronda-ronda dulu kawasan sebelum masuk beraya rumah cik Mimi makan mee kari.  Rindu kot kat pokok salak sebab dah lama tak bermain dengan duri salak, kita membesar dicelah pokok salak awak, mak pak biaya sekolah kita pun dengan duit hasil jual buah salak.  Semua tu tinggal memori indah dalam kotak kenangan.


Kebun salak ini dah perasan lama dah, tapi bila datang rumah cik Mimi selalu waktu malam tak boleh lah nak usha.  Hari ini datang siang boleh nak usha pokok dan buahnya.  Usha jelah nak petik tak boleh sebab bukan cik Mimi punya, kalau nak beli ada jual di kedai kat luar simpang dari buah pokok sini juga.  Buah dalam gambar bawah ini tak cukup matang lagi, buah matang boleh cam dari susunan duri dan kulit buah.  Jika susunan duri dan kulit tu rapat, maksud buah muda lagi. 


Buah macam ini dah nak matang, tunggu lagi seminggu dah sedia untuk dituai.  Jenis yang macam ini kulit nipis dan senang untuk dikupas, rasa buah pun sangat manis.


Mungkin tengah musim salak sekarang sebab kita jumpa banyak di jual di pasar Jerantut.  Buah yang kat pokok ini pun macam banyak yang matang tak sempat dipetik oleh tuannya.  Kita pun takdelah teringin sangat nak makan sebab kat umah tadi dah makan separuh besen, ayah beli sebelum raya hari tu.


Cik Mimi hidangkan mee kari untuk tetamu petang tu, kami menunggu mana lah pasangan kami tak masuk-masuk makan ni, rupanya rancak bersembang kat kebun salak lagi.


Alahai model pokok salak, nampak macam dah kenyang je makan buah salak.  Jom balik, tak boleh berlama-lama kat sini nanti meroyan nahas pokok salak orang.
Wassalam.

Sunday, 24 June 2018

Air Viral - Dragon Mix Fruit


Assalam...
Ini air yang disediakan oleh Naimah (adik ipar) ketika kami berkumpul berbuka puasa di rumah kak long petang puasa keberapa tak ingat, tapi ketika hujung minggu.  Mulanya kami ajak semua berbuka di rumah kami, tetapi ada sebab yang tak dapat dielakkan, kak long minta kami datang berbuka di rumahnya saja.  Sebelum sampai harinya adik-adik sibuk bincang nak bawa juadah apa? saya jawap nak chop bawa buah tembikai jer  paling senang lagi pun itu buah kegemaran, buah wajib bagi family belah sana.  En.Abe sebenarnya dah ada pilihan menu nak masak petang tu.  
 

Nadiah tiada sebarang feedback, senyap saja, tapi kami faham.  Walaupun dia bujang tetapi menu dia banyak pilihan, tepi rumah dia ada bazaar ramadhan.  Petang tu dia bawa sate ayam dan daging beli dari param.  Bila Naimah dah suarakan nak buat air viral ini dan kak long sendiri nak sediakan bubur kacang, rasanya dah cukup tak perlu tambah menu lagi, banyak-banyak membazir nanti.


Air Viral - Dragon Mix Fruits
Sumber: Naimah

Bahan-bahan
1 biji buah naga
1 biji buah mangga
1 tangkai buah anggur.
1 tin buah laici
1 tin susu pekat
ais kiub secukupnya


Cara Penyediaannya
*  Sediakan buah-buahan, potong kuib mangga dan buah naga.
*  Anggur belah dua.
*  Campurkan kesemua buah tersebut bersama air laici sebagai pemanis.
*  Tambahkan susu pekat manis.
*  Masukkan ais kiub ketika hendak dihidangkan.  Campuran buah boleh disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk dan hanya tambahkan ais ketika hendak dihidangkan.


Alhamdulillah dapat rasa air viral campuran buah naga dan manggo ini, sebelum tu memang berhajat nak buatnya.  Manisnya air pass pada saya petang itu, hanya manis daripada buah dan susu.  Ada kesilapan teknik petang tu, orang yang buka tin laici telah membuang air laici dan hanya mengambil buahnya sahaja.  So lain kali kali kalau saya nak buat dalam jumlah yang sikit, saya kena buangkan juga air laici tu agar tidak terlalu manis.
Wassalam.

Saturday, 23 June 2018

Aidil Fitri 1439H

Assalam...
Salam Aidil fitri untuk semua sanak saudara dan sahabat semua.  Sambut raya di mana you all?  tahun ini dapat cuti, patutnya giliran balik beraya di kampung saya, tapi sebab tahun lepas giliran beraya di kampung suami tak tercapai, jadi tahun ini kita bagi can lah.  Lagi pun dua minggu lagi nak balik kampung saya juga, harap masih ada suasana raya lagi, raya kan sebulan.  So jangan sedih-sedih, raya di mana-mana pun kena happy happy, saling memohon kemaafan dan mengeratkan tali persaudaraan.

Tahun ini tak semua adik-beradik yang balik beraya, 2 orang beraya diperantauan menuntut ilmu, 2 orang lain bertugas dihari raya.  Kiranya kami balik bolehlah riuh-riuhkan  suasana,  itu kisah hari raya orang yang ada anak lebih dari dua tiga orang.  Yang hanya ada anak seorang atau tiada langsung, hanya mereka yang melaluinya tahu.  Raya pertama kami di rumah saja, ramai tetamu yang datang selepas selesai sholat sunat dari pagi hingga ke petang.   Menurut adik tahun lepas, tak ramai pun, sehingga raya kedua ketika kami nak keluar beraya ada tetamu yang datang, terpaksalah beraya di laman saja.


Raya kedua kami semua pergi beraya ke rumah arwah sepupu ayah di Mela, Kuala Lipis.  Di sini jumpa anak, cucu, menantu arwah yang berkumpul sambut raya (kak nisa baru sampai dari KL masa kami sampai, ini antara team yang bekerja dihari raya).  Sampai-sampai jer, makan tengahari dihidangkan, seronok makan ramai-ramai, lauk kampung.  Dah lama dah rasanya tak makan duduk bersila dan berhidang panjang begini, kenangan makan bersila setiap kali raya di Sungai Balang sentiasa dalam ingatan.


Lauk wajib orang pahang, gulai tempoyak.  Hari tu gulai tempoyak ikan siakap bukan ikan patin seperti selalu, tetap sedap tambah dalam tu ada belimbing buluh dan sayur kundur.


Sambal jering you all, saya baru nak berjinak-jinak makan jering yang disambal dengan terung pipit begini.  Makan ulam yang mentah tak reti lagi, takpe slow-slow kita belajar.  Sedapnya lah makan lunch hari tu, bertambah nasi tak peduli pastu bila toleh kiri kanan orang lain dah siap makan.😣😣


Lepas makan nasi, buat-buat rajin tolong orang basuh pinggan.  Pastu jumpa pula asam kundang, apa lagi jom kita mengicah buah kundang dan kedondong.  Rumah sedara buat macam rumah sendiri.  Suka pergi rumah Kak Nisa sebab cara diorang raihkan tetamu tu best, semua yang ada kat rumah layan kita walaupun ada yang baru pertama kali jumpa.  Kadang ada rumah yang kita segan nak pergi dua kali terutama situasinya yang bila kita sampai ahli keluarganya yang lain lari menyorok masuk bilik, masuk dapur, tak keluar-keluar tinggal hanya mak bapak yang melayan tetamu.  Pulaknya ada yang mak bapak kena panggil anak berulang kali nak minta sesuatu, anak pula panggil sekali tak datang.


Seterusnya rumah kedua (Mek We) di Kampung Redan, pertama kali sampai sini.  Pemandangan dari rumah kedua bertentangan dengan bukit cantik ni.  Sedang duduk rehat dibawah pokok kuini sambil puji cantiknya pemandangan, pakcik sebelah buka cerita tentang bukit tu dengan orang bunian.  Kisah benar katanya, dulu orang kampung situ bila nak buat kenduri tak cukup pinggan mangkuk, mereka pinjam pinggan mangkuk orang bunian.


Ketika kami sampai, We tinggal seorang diri di rumah, anak cucu We dah keluar beraya.  Maaflah sebenarnya tak plan nak sampai ke sini sebab ayah ingatkan We masih tinggal di Jengka dengan anaknya.  Sekali lagi buat macam rumah sendiri, buat air sendiri, kuih raya dah sedia terhidang atas meja.  Sambil tu abang-abang ligat kutip buah kuini yang berjatuhan depan rumah.


Tak habis cerita bunian, jumpa pulak pak belang dua ekor di laman rumah We.  Kalau datang seorang mau lari lintang pukang sebab patung nie dari jauh macam pak belang yang real. 


Dari rumah We, kami berpisah dengan keluarga Kak Nisa ada yang balik ke KL, balik ke Mela dan kami ke Batu Balai.  Sampai rumah sambung ceri beri lagi yang dapat daripada pagi tadi, sampai keesokan hari sampai balik KL.  Perut dah berusia agaknya sudah kurang ketahanan terima macam-macam makanan.
Wassalam.