Saturday, 30 June 2018

Rucoh aka Serawa Kuini

Assalam...
Alhamdulillah rezeki tak putus, ada yang orang bagi, yang orang kirimkan, yang dipinta sendiri semua lah.  Macam buah tu, kuini kiriman jiran mertua dari Pahang, manga apple kawan en.Abe bagi dari Melaka dan rambutan rakan sekerja bawa dari Perak.  Itu baru satu jenis rezeki nyata yang Allah sampaikan dari pelbagai hala, yang tak nyata dan disedari lagi banyak sebenarnya, tak terkira, Allahuu...


Terpikat dengan air yang kak Yan buat guna buah kuini, yang dipanggil rucoh, ada juga yag panggil sebagai serawa kuini.  Pertama kali tengok sebenarnya air yang dipanggil rucoh tu, bukan buah kuini yang pertama kali tengok.  Kuini selalu setiap tahun dapat makan, antara buah-buahan kegemaran keluarga, bila musim memang harum semerbak satu rumah.  Selalu saya makan begitu saja atau kalau longgokan buah dah banyak mak bapak saya memang akan sediakan pulut untuk dimakan dengan kuini, macam buat kenduri gitu kalau bergabung dengan jiran tetangga atau sedara terdekat.


Bila terpandang rucoh tu dah azam nak buat bila jumpa kuini, mungkin bila balik kampung kot nanti.  Kebetulan masa raya hari tu, di Pahang dah ada musim, jumpa masa pergi beraya tapi tak banyak.  Sempat bawa balik 2 biji saja, itu pun buah tak berapa elok.  Dua hari lepas tu adik ipar share dalam wassup buah kuini sebaldi jiran bagi dan kalau ada sesiapa yang nak dia sanggup bawa datang KL nanti, ape lagi cepat-cepat lah angkat tangan, sanggup pergi jemput dia kat terminal nak dapatkan buah kuini.


Kuini tu nampak tak berapa fresh kan, sebab racik awal sementara nak cari santan fresh.  Saya racik awal untuk elakkan kuini terlebih masak dan jadi rosak.  Buat dalam 2 biji dapat dalam satu mangkuk sedang dan store dalam peti sejuk sementara kita pergi cari santan.  Kak Yan guna susu buat rucoh kuini tu, tapi saya nak rasa yang guna santan dulu dan resepinya lebih kurang macam kat bawa nie.


Rucoh Kuini / Serawa Kuini
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
2 biji buah kuini - racik halus
1 pkt santan segar (beli kat jaya)
Sedikit gula pasir
2 sudu susu pekat
Sedikit Garam
Air sejuk
Ice cube   

Cara Penyediaannya
*  Campurkan santan dengan gula, garam dan susu.  Kacau hingga gula larut.
*  Masukkan kuini dan tambahkan air dan ice cube.  
*  Saya takde ice cube, lepas gaul semua tu saya masukkan dalam peti sejuk seketika sebab nak minum / makan sejuk-sejuk.
*  Hidangkan dalam keadaan sejuk.


Rucoh tu saya buat dapat dalam satu jug sedang, rasanya boleh tambahkan air lebih sebab terlalu pekat atau letak ice cube.  Dapat respon dari sahabat saya dia kata tu air kegemaran arwah bapak dia (al-fatihah untuk arwah wak Samat), bulan puasa lepas pun dia ada buat.  Bila saya cakap rucoh, di katanya saya dah pandi cakap jawa.

Minggu depan balik kampung (Sabah), harap akan jumpa buah kuini boleh kenalkan dengan diorang pula cara lain menikmati kuini dari yang selalu mereka makan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment