Tuesday, 26 June 2018

Nasi Kuning Juadah berbuka.


Assalam...
Hari kedua yang kami pilih sediakan nasi kuning untuk juadah berbuka jemaah surau.  Kerja-kerja memasak nasi kuning menggunakan periuk noxxa mudah dan menyenangkan kerja.  Kalau ikut proses yang betul nasi kuning tu selepas ditanak seketika dengan santan perlu dikukus hingga masak, tetapi dah guna noxxa ini taram kaedah masak guna method hi-pressure dari awal hingga akhir dan hasilnya tetap tidak mengecewakan.


Sebenarnya Yana yang bagi idea nak sediakan juadah apa petang tu.  Dia kata elok buat nasi lemak jer, tapi akak pi sailang dia buat nasi kuning pula.  Jadinya nasi kuning tu dia panggil nasi lemak kuning, lantak pi lah, yang penting misi terlaksana.  Lauk gandingan tu masak guna dapur biasalah, kalau semua masak guna noxxa kena lah ada beberapa ketul periuk tu.  Resepi lain untuk nasi kuning boleh rujuk di sini


Nasi Kuning Noxxa
Sumber:  Mulia


Bahan-bahan
6 gelas beras basmathi
2 gelas santan pekat (saya guna santan kara)
7 gelas air
3-4 helai daun limau purut
3-4 batang serai titik
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perasa (ikut suka) 



Cara Penyediaannya.
*  Basuh dan toskan beras.
*  Masukkan beras ke dalam periuk noxxa bersama bahan-bahan yang lain.
*  Gaul rata sebelum menutup periuk.
*  On periuk, tekan button dan pusing tombol atas penutup ke hi-pressure, set timing 8 minit.
*  Release pressure dengan pusing tombol ke nob steam.
*  Bila Steam released dah siap, buka tutup periuk dan keluarkan nasi.
*  Biar nasi set seketika sebelum dikacau dan ditaburkan dengan bawang goreng.
*  Hidangkan bersama lauk kegemaran.  Untuk nasi kuning gandingan lauk yang biasa adalah lauk bersambal, ayam, ikan atau telur dan sedikit sayuran.



Lauk gandingan petang itu ayam goreng kunyit, telur rebus, sambal dan sedikit ulam timun dan salad.  Syukur dapat lengkapkan tapau nasi kuning sebanyak 70 peket petang tu.


Sehidangan lebih kurang gini lah.  Resepi untuk sambal tak payah letak lah, sama macam buat sambal nasi lemak.


Ini bahagian tuan rumah berbuka petang tu,  untuk Yana and the geng tapau balik rumah dia sebagai bekalan untuk sahur sebab petang tu dia join jemaah wanita berbuka di surau.


Rasa nikmat jer petang tu, bila dapat masak semua tu.  Bila tengok kontena plastik bersusun yang lengkap terisi nasi kuning, wah rasa macam nak berniaga pun ada.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment