Friday, 30 March 2018

Muzium Buya Hamka & Rumah Baca, Danau Maninjau

Assalam...
Jika adik memakan pinang
makanlah dengan sirih yang hijau
Jika adik datang ke Minang
Jangan lupa datang ke Maninjau.
(pantun oleh Bung Karno - Presiden Indonesia ketika itu)


Penghuni dari rumah yang berdepan dengan muzium Buya Hamka yang menyambut kedatangan kami terlebih dahulu.  Dia persilahkan kami singgah kerumah mereka nanti setelah melawat ke muzium kerana ada menjual buku-buku karangan Buya Hamka.


Di dalam muzium kedatangan kami dilayan oleh penjaga muzium, merupakan waris daripada Buya Hamka sendiri.  Kami nyatakan bahawa kami boleh melihat sendiri apa yang pamerkan kerana tidak mahu menganggu kerja-kerja bapak itu dan seorang pembantunya yang sedang melakukan kerja-kerja pembaikan dalam muzium. 


Bangunan muzium itu didirikan di atas tapak asal rumah kelahiran Buya Hamka, yang sederhana saiznya.  Terdapat 3 bahagian utama muzium yang menempatkan gambar-gambar keluarga, alat tulis yang digunakan ketika zaman itu dan kegiatan Buya Hamka ketika hayat beliau.  Sebahagian ruang lagi adalah bilik tidur dan sebelah satu lagi ruang menempatkan koleksi kitab dan buku-buku bacaan, sijil dan anugerah yang pernah diterima berserta buku karangan beliau sendiri.


Sebahagian bahan bacaan, sijil, piala dan buku-buku karangan beliau.


Mesin taip manual besar yang terletak di tengah-tengah ruang, alat bantu penulisan yang sangat diperlukan zaman dahulu.  Siapa yang tak pernah guna mesin ini, kira dia orang zaman now lah, celik-celik mata dah zaman degital.


Seterusnya kami pergi ke bangunan sebelah muzium.  Untung sebab hati itu Rumah Baca dibuka, dibuka pada hari-hari tertentu sebagai kemudahan penduduk setempat mendapatkan bahan bacaan.  Kira perpustakaan kampunglah nie, sebagai langkah nak terapkan semangat Pak Hamka agar cinta pada ilmu dan rajin membaca.


Penduduk tempatan boleh meminjam buku-buku daripada rumah baca sama ada dibawa balik atau membuat rujukan di sini sahaja. 


Petikan kata-kata keramat yang diambil daripada buku-buku karangan Buya Hamka turut dijadikan ilustarasi dalam rumah kaca.  Untuk tidak menghampakan orang yang mula-mula menyambut kedatangan kami tadi, kami ke rumah tersebut dan membeli beberapa buku karangan Buya Hamka sebelum bergerak balik.


Kawasan di sekeliling danau, merupakan kawasan yang subur untuk bercucuk tanam, seperti tiada seinci pun yang terbiar kosong semua telah diusahakan oleh penduduk setempat.  Kawasan yang mengarah ke lereng bukit giat dengan aktiviti pertanian.


Sementara di pinggir danau pula mereka mengusahakan ternakan ikan air tawar dalam sangkar.  Penyumbang utama bekalan ikan air tawar (ikan bilis danau, ikan emas dan ikan tilapia) untuk daerah Bukit Tinggi. 

Perjalanan pergi dan balik, bermula dari atas kelok pertama (44) hingga yang nombor 1 di bawah dan sebaliknya, tak jemu memandang ke arah Danau Maninjau.  Cuma tak kesampaian hajat nak basuh kaki dengan air danau.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment