Thursday, 29 March 2018

Hari Ketiga - Kota Gadang, Maninjau dan Balik Ke Padang


Assalam...
Pada pagi hari ketiga, tiada brisk walk ke pasar pagi lagi sebab nak berkemas untuk check out sebelum meneruskan jalan-jalan kami.  Makan pagi pun hanya di hotel sambil bersembang-sembang dengan seorang makcik yang sama menginap di situ.  Makcik tu dari Padang Sidempuan (9 jam perjalanan) ke Bukit Tinggi menjaga anak dia yang warded akibat serangan angin ahmar.


Kedudukan Nagari Kota Gadang ini seakan bertentangan dengan kota Bukit Tinggi dan dipisahkan dengan panorama sianok.  Dikatakan Kota Gadang merupakan kota yang paling ramai melahirkan kaum terpelajar dan tokoh nasional Indonesia atau juga dikenali sebagai negeri asal para orang besar.  Diakui sejak berzaman keluarga-keluarga di Kota Gadang menekankan pendidikan kepada anak-anak mereka dan sanggup mengembara keluar negari untuk menuntut ilmu berbanding orang minang daripada daerah lain yang mengembara untuk berdagang.


Balai adat kota gadang ini adalah warisan daripada kolonial belanda yang kemudian diserahkan kepada pembesar ketika itu iaitu penghulu Nan 24. 


Ukiran penuh pada dinding kayu balai adat di Koto Gadang, masa macam ukiran yang terdapat pada Istano Basa Pagaruyung.



Di hadapan balai adat terdiri sebuah masjid - Masjid Tapi Nuru Iman yang mempunyai ciri-ciri seni bina penjajah Indonesia pada tingkap (tingkap panjang) dan kubah masjid.


Kubah masjid seperti bentuk topi belanda.


Selepas Koto Gadang, perjalanan diteruskan dengan melalui kawasan berbukit dan lembah, masih tak nampak bayang danau.  Pak supir singgahkan kami singgah di sebuah kedai makanan ringan dan cenderahati, bukan dia nak suruh shopping tapi nak tunjuk kan pemandangan kawasan kampung yang terdapat di lembah, di daerah Matur. 


Dah memasuki kawasan kelok 44, pemandangn silih berganti antara danau dan kawasan pertanian di teres lereng bukit.  Alhamdulillah jalan yang berliku dan selekoh tajam, tiada masalah bagi kami yang dah biasa dengan jalan sebegitu.


Pemandangan ke arah Danau Maninjau daripada kelok 34.


Menghitung setiap kelok, tiba-tiba kenderaan yang berada dihadapan tu break mengejut dekat selekoh, tak sempat mengelak, kenderaan kami naiki tercium juga lori bawa anjing tu.  Walaupun takde kerosakan teruk pada kenderaan, tetapi saya perati mood pak supir dah spoil ketika itu, takut kena marah dengan bos kot.


Suemakin menghampiri dengan Danau Maninjau, nampak ada pondok dan beberapa orang yang memegang baldi.  Mereka mengutip derma daripada kenderaan yang lalu, ikut kita nak bagi atau tidak, tidak wajib kata pak supir.  Saya nampak pak supir luhur juga ketika perjalanan balik.


Ada bebarapa penginapan di tepian Danau Maninjau.  Bagi sesiapa yang nak menginap di sini ada boleh lah pilih nak tidur dalam hotel, chalet dan homestay.  Sesuai bagi yang nak bersantai dan jauh daripada kesibukkan hotel.

Selesai melawat muzium Buya Hamka, kami bergerak balik dan melalui jalan yang sama di kelok 44.  Selesai kelok 44, baru pak supir mengambil laluan lain ke kawasan Puncak Lawang.  Kami hanya singgah tepi jalan berdekatan dengan Lawang Advanture Park untuk melihat semula pemandangan ke arah danau.  Subhana Allah memang cantik.


Turun dari kawasan Puncak Lawang, kami singgah pekena teh o di salah satu kedai menjual kacang tanah goreng.  Pak supir tanya kalau kami hendak makan tengahari di kawasan Bukit tinggi atau di tunggu sehingga sampai di Padang.


Sesuai sangat menikmati bika telago panas-panas dengan cuaca yang sejuk-sejuk.  Beli beberapa biji sebagai bekalan dalam perjalanan, tapi membuta dalam perjalanan jadi simpan sampai ke tengah malam baru makan.


Dari Bika Telago, kami bergerak balik ke Kota Padang.  Cuaca redup dan sesekali hujan renyai mengiringi perlajanan. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment