Tuesday, 27 March 2018

Kilang Kopi Kiniko & Teh Daun Kopi


Assalam...
Perjalanan ke Batu Sangkar, pak supir singgahkan kami di kilang kopi Kiniko.  Sentiasa suka dengan bau kopi walaupun saya bukan penggemar minimuman itu.  Kilang ini memproses biji-biji kopi secara tradisional sehingga menjadi serbuk yang sedia digunakan.  Semua peringkat pemprosesan kopi secara manual atau dengan bantuan jentera tetapi sangat minimal.


Proses menimbang dan pembukusan juga masih mengekalkan cara lama.  Di satu sudut yang lain, sekumpulan wanita yang sudah berumur sedang mengisi serbuk kopi ke dalam plastik sebelum bungkusan itu dirapikan (sealed).


Bungkusan kopi yang melalui sealer mechine.


Menghasilkan serbuk kopi berkualiti tinggi sentiasa menjadi prioriti utama bagi mereka.


Bagus slogan dalam kilang kopi tu "Siapa rajin menanam, Dia akan memetik hasil".  Siapa-siapa yang ada tanah tu rajin-rajin lah bercucuk tanam, nanti kita tolong pergi petik hasilnya.  Saya ada tanah satu pasu jer kat rumah..kekeke.


Jom ke bangunan sebelah, serbuk kopi hanya dijual di kedai sebelah sini bukan dalam kilang tadi.   Pelbagai jenis kudapan tersedia untuk pelawat di sini, sagun, pisang salai dan pelbagai jenis kerepek.  Kalau tak sure dengan rasanya, ada tester di sediakan.


Teringat zaman kanak-kanak mengaji guna kulit kayu manis panjang macam ini buat penanda al-quraan.  Setiap kanak-kanak yang nak mengaji dengan arwah nenek akan dibekalkan kulit kayu manis panjang sebagai penanda al-quraan.


Saya menyebok ke ruang sebelah kedai, tempat penghasilan jajan.  Hari tu hanya proses membuat pisang salai yang beroperasi.  Pisang yang sudah di belah-belah susun dalam jaring tray dan salai dalam oven besar. 


Seterusnya kami dipersilahkan ke ruang yang paling belakang.  Wau di sini lagi happening rupanya, ramai orang tengah menikmati kopi dan teh daun kopi.  Buka penutup tu, harum semerbak bau kopi, kopi dan teh daun kopi free flow, jadi boleh minum sepuasnya.


Teh daun kopi dihidang dalam bekas tempurung begitu.  Unik kan.  Sedap tau teh daun kopi ini, saya buka periuk tu penuh daun kopi dalam tu.  Tapi tak tanya pulak guna daun kopi tua atau yang muda.


Nikmati bersama gorengan bakwan, pisang dan pisang salai.  Pisang salai tu pun free tau.  Bayar bakwan dengan pisang goreng jer.


Pemandangan belakang tu kawasan kebun, kebun sayur dan pokok rempah seperti kayu manis dan cengkih.  Sejuk mata memandang tengok pokok-pokok menghijau. 


Tak dapat menikmati kopi, tapi dapat pengalaman baru minum air teh yang diperbuat daripada daun kopi.
Wassalam.

1 comment: