Sunday 10 July 2016

Sabah Road Trip: Day 2 (16/05/2016)


Assalam...
Malam di Kenigau kami semua berpakat untuk tidur di ruang tamu atas sehelai karpet untuk menyenangkan bangun pagi.  Malam itu agak sejuk jugak tak terasa kehangatan el-nino di sini.  Sebelum beradu, dah brief apa program esok pagi dan set timing untuk check out dari rumah.  Saya kena bangun awal dari mereka sebab ada misi lain di rumah tetangga.  Pagi itu sempat ziarah rumah sebelah depan dan belakang rumah, terlalu lama tidak bersua muka sehingga kawan baik sekampung (Sandakan) dan kawan sekolah rendah hingga menengah tak mengenali saya.  Mulanya saya bagi salam, dia sambut salam saya tetapi tak menunjukkan riak muka teruja, dah agak dia dah tak cam saya (banyak sangat kah yang berubah ke atas diriku ini).  Bila dah panggil nama barulah dia meluru memeluk dan sebut-sebut nama saya.


Sebenarnya sudah belasan tahun tidak jejakkan kaki ke daerah Keningau ini, banyak yang sudah berubah.  Kenangan dahulu perjalanan dari Sandakan ke Keningau mengambil masa 2 hari, perlu singgah dan tidur di Kota Kinabalu.  Selepas itu ada jalan pintas antara Ranau ke Tambunan dapat memendekkan masa perjalanan menjadi sehari dengan keadaan jalan tak usah cakaplah (advanture dia macam pengembaraan camel tropy).



Dari Kampung Contoh, kami keluar ke Bandar Keningau sekejap untuk isi minyak dan berpatah balik untuk bersarapan di satu restoran dalam perjalanan ke Taman Banjaran Crocker.



Kami bersarapan dan merangkap makan tengah hari sekali di Restoran Sri Kumande, resto abang pada kawan baik saya.


Jika cuaca tidak berkabus dan cerah, seluruh pekan Keningau jelas terlihat dari puncak ini.  Lokasi tempat ini akan dilalui apabila melalui jalan Kimanis, perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau.  



Jika merancang untuk menginap di sini, ada resort atau nak camping pun boleh.  Sangat best untuk aktiviti lasak seperti jungle treckking atau pun hanya untuk merehatkan minda.


Kanak-kanak riang melompat di puncak banjaran Crocker.


Kami hanya sempat masuk ke Pusat Alam Semulajadi Crocker, walaupun banyak taman yang patut dilawati terutama tempat bunga reflesia.



Selesai di Taman Banjaran Crocker, singgah pekan sekejap untuk mencari bekalan dalam perjalanan seterusnya.  Perjalanan kami menghala ke arah Nabawan, Sepulot dan Kalabakan.  Tips nak lalu jalan ini sila penuhkan tangki minyak kereta anda, dan berhati-hati di jalanraya.  Elakkan dari terlanggar binatang ternakan penduduk kampung untuk mengelakkan anda kena sogit. 




Mr. driver memandu dengan santai dan kami hanya berhenti dua kali pertama di Masjid Nabawan untuk sholat.  Fit advice better jamak sebab kita dijangka sampai Kalabakan ketika magrib.  Ketika di Sepulot kami berhenti mengopi di sebuah kedai dan bergilir memandu.  


Ketika menuruni bukit, sebelum sampai pejabat pentadbiran Meliau Basin akan nampak pokok tinggi ini.  Menonjol sangat sebab pokok di sekeliling tu nampak rendah halwal tinggi jugak.


Memang seronok berjalan kalau para penumpang dengan mr. driver satu kepala.  Sebut jer nak singgah, cepat-cepat bagi signal (walaupun dalam hutan tiada kenderaan lain), brek dan park tepi.



Elok sampai di Meliau Basin, pondok guard saja yang buka.  Pejabat pengurusan, cafe dan gallery semua dah tutup.



Bangunan pejabat pengurusan Maliau Basin (Lost Wolrd Sabah) yang menempatkan pejabat, galeri, cafe dan kedai cendera hati.  Akan datang bolehlah plan ke sini, kena ikut package diorang, kalau boleh main reda gitu saja mesti kami dah masuk.


Lepas itu kami teruskan perjalanan dan berhenti di sebatang sungai ini (takde nama).  Aliran air sungai yang sangat deras selepas  hujan atau mungkin di kawasan hulu masih hujan.  Mungkin saja ini adalah antara anak sungai yang membentuk Sungai Kinabatangan.



Saya rasa bangunan sana tu adalah bekas tempat tinggal pekerja kem balak, aktiviti pembalakan di kawasan ini memang terkenal sekitar tahun 80-an hingga 90-an.



Subhana Allah, ada pelangi indah.  Tiada sesiapa antara kami yang perasan pada mulanya. Sangat bernasib baik sebab sampai ke tempat ini selepas hujan.


Diorang dah macam kakak kawasan ini, pose tak agak-agak, siapa kisah tiada siapa yang tengok...memang tiada orang pun yang kami jumpa.  Sesekali adalah kereta lalu dan ketika kami hendar beredar ada sebuah kereta yang singgah dinaiki oleh couple, agaknya diorang pun nak buat pose-pose diva.  



Ketika tiba di dalam kawasan Kalabakkan, hari dah gelap.  Hanya singgah di sini, di dalam kawasan berpagar dibelakang batu tanda tu ada sebuah tugu peringatan (Tugu Peringatan Kalabakan).  Dibina sempena memperingati peristiwa hitam (Konfrontasi Indonesia Malaysia pada 1963) ketika penubuhan Malaysia.


Selepas itu kami bergegas ke Pekan Kalabakan untuk isi minyak kereta dan isi perut.  Tak perlu susah cari kedai makan, di sini ada 2 buah rumah yang kami akan kena singgah, tuan rumah pun dah call banyak kali tanya lokasi keberadaan kami, tak sabar nak jamu kami ler tu.  Rumah pertama kami singgah rumah sepupu saya sebelah jambatan Kalabakan dan kedua adalah rumah makcik Caya (emak Fit).


Sumandak sempat beraksi bersama udang galah sebelum memulakan santapan.  Tak banyak gambar yang dapat dirakam sebab semua pun dah kelaparan dan teruja melihat udang galah, kecuali Fit yang tak makan udang (allergic tahap dewa sampai bau pun tak boleh cium).


Ini kata-kata dari orang  allergic seafood, kalau hanya makan seekor udang atau sotong atau ketam dapat menyebabkan mulut sopak atau badan menjadi gatal,  lebih baik makan banyak sampai puas.  Ubat boleh cari kemudian, tapi jangan ikut tips tu yer, sebab kesannya awak sendiri yang kena tanggung.




Lepas melantak udang galah dan tapau lebihan yang masih tinggal (in case sampai merotai tengah malam lapar lagi, Fit dah pesan), selain tu makcik Caya ditapaukan lagi daging payau  (daging rusa) sebanyak 4kg.  Malam kedua kami tidur di Merotai Besar, rumah sewa Fit.  Memang best kalau dapat tidur di Kalabakan tapi sebab fikirkan keesokkan hari nak bergerak awal ke bandar Tawau.
P/s - Kalabakan walaupun hanya sebuah perkampungan yang berkembang menjadi pekan, macam banyak benda menarik, Insha Allah akan datang lagi.
Wassalam.

2 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah sekarang ni sudah banyak jalan pintas.
    Perjalanan tidak sejauh macam dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batul Diana, memang banyak sangat beza dengan keadaan jalan semasa tahun 90-an...kira negeri kita sudah ada pembangunan walaupun masih ketinggalan klau nak compare dengan negeri lain.

      Delete