Assalam..
Setiap kali raya, kami sambut dengan penuh kesyukuran walaupun tak meriah dan gah macam orang lain. Raya sedondon memang takde dalam kamus, walaupun sentiasa ada plan tapi tak pernah menjadi. So tahun ini just follow the flow. Nak balik rumah siapa atau giliran siapa tahun ini tak jadi masalah, beraya di bandar, dikampung atau seberang laut saya ikutkan saja yang penting semua happy. Tahun ini tak plan awal pun nak balik beraya di kampung saya, jadi takdelah saya intai-intai tiket. Tak suka bila sudah beli tiket lepas tu kecoh tak dapat cuti sebab kena bertugas di pagi raya. Lepas en.Abe confirm boleh cuti tahun ini baru cari tiket, tapi masa tu tiket semua dah mahal. Bila saya bagi tahu harga tiket dah mahal, en.Abe jawap saya harga sebuah kasih sayang lebih mahal dari harga tiket, tahun ini kita raya dengan bapak di Sandakan. Terkedu dan tangkap sahdu sangat, walaupun saya tak meminta-minta untuk dapatkan semua ini tetapi bersyukur dan terima kasih sangat-sangat kerana membuat saya faham.
Hari isnin masing-masing masih berkerja dan kami hanya balik pada hari selasa pagi. Kali ini saya naik MAS tapi kena transit di Kota Kinabalu lebih kurang 4 jam, sampai di rumah pada malam raya. Perjalanan dari airport balik ke rumah kami singgah pasaraya beli barang serba sedikit untuk masak-masak malam tu. Burasak dan ayam masak lengkuas dah minta sepupu dan anak buah tolong buatkan, mereka dah janji tak kisah nak buatkan yang penting kami balik beraya.
Pagi raya, seawal jam 6 pagi bersiap-siap untuk ke masjid bersholat sunat. Masjid kampung saya adakan sholat sunat jam 7.30 pagi, kena datang awal cop tempat kalau tidak sholat di luar nanti. Lepas sholat kami singgah beraya di rumah anak buah yang dekat masjid dan kami dijamu kuih raya dan hidangan seperti di atas. Oleh kerana beraya di Sandakan, so en.Abe kenalah hadap makan burasak, mana-mana rumah akan hidangkan burasak dengan ayam masak lengkuas selain kuih raya dan tapai pulut. Lupakan nasi impit dan kuah kacang sebagaimana tradisi di tempat dia.
Hidangan hari raya di rumah kami (gambar bawah), dua menu yang atas tu saja yang kami masak, sup tulang kambing dan hati lembu masak kicap (cuba nak perkenalkan kat diorang walaupun tahu ramai antara ahli keluarga yang tak makan daging). Dua lagi menu bawah tu ayam masak lengkuas dan burasak, sponsor dari anak buah dan sepupu.
Kuih raya kami, bukan yang tunjuk-tunjuk tau tapi atas ehsan dari orang. Petang sebelum balik beraya ada orang hantarkan kuih raya, macam tau-tau jer kita tak sempat nak buat kuih raya. Lebih baik ada daripada tiada.
Petang hari raya kami berkunjung ke kampung sebelah (Kampung Jawa 1) di rumah sepupu saya yang saya anggap sebagai abang kandung sendiri (begitulah kalau tiada adik beradik, bermanja hanya dengan sepupu saja). Dua orang sepupu lelaki (berkaca mata dan baju coklat) yang rapat dengan saya bersama isteri, anak-anak, dan cucu mereka.
Sepupu, ipar, anak buah dan cucu. Nak kumpul ramai-ramai untuk ambil gambar bukan kerja senang ye, masing-masing ada hal tersendiri.
Lepas magrib kami sempat beraya di rumah jiran sepupu saya yang jugak kawan lama dan sedara bapak.
Selepas itu kami lanjutkan lagi berkunjung ke Batu 16, Kampung Gum-gum Manis di rumah dua pupu saya. Balik malam tu memang letih sangat tapi puaslah dapat beraya dengan sedara mara kali ini.
Raya ke-2 sebelah pagi hanya di rumah membereskan apa yang patut. Tengah hari anak buah dan cucu-cucu berkunjung ke rumah. Anak buah yang lain ajak pergi jalan-jalan ke Sepilok, so angkutlah semua yang ada di rumah ke sana petang tu, kecuali bapak yang tak nak ikut. Sebab feeding time orang utan pada jam 3 petang dan kami sampai awal, so kami corner masuk ke RDC terlebih dahulu. Tetapi bila sampai waktu nak masuk Sepilok, hujan terlalu lebat dan yang kecik-kecik tu memang kami tak bagi mereka masuk. Muncung dan merajuk tak usah kiralah mereka ini.
Malam hari raya ke-2, kami sambung beraya lagi di rumah sedara yang duduk satu kampung. Baby (Khairul) yang nampak kepala dan sibuk nak layan tetamu tu dah pangkat cucu saya dah (cucu latest edition - anak Hasmia)
Ini paling ramai yang dapat dikumpulkan untuk bergambar. Pada pagi hari raya ke-3 selepas ziarah kubur.
Ini pula the latest version anak buah (anak abang Saleh, anak sepupu) yang baru pertama kali jumpa, nama dia Aisyah.
Balik dari ziarah kubur, singgah beraya di rumah sedara di Rancangan Sungai Manila (rumah Kak Siti). Petang hingga ke malam lanjutkan lagi ziarah rumah anak buah, sedara jauh dan rumah sahabat karib sejak kecil (Maslinah) di Batu 18 (asyik bersembang hingga lupa nak bergambar).
Hari raya ke-4, sebelah petang saya ikut Wati pergi rewang di rumah kenduri kahwin dan akikah. Tunjuk muka sekejap, hanya itu yang mampu sebab keesokkan hari dah sibuk sambung berkemas rumah dan nak balik. Wati dah siapkan bekalkan untuk dibawa balik mangga udang, buah salak dan sambal ikan bilis.
Ini buah kedondong depan rumah turut menjadi mangsa. Rumah jiran terdekat kiri kanan tak terkunjung, bila nak berkunjung mereka pula tiada di rumah.
Hari raya ke-5, kami bersiap untuk balik ke sarang. Tanda liat nak balik, flight sengaja ambil yang paling last dari Sandakan. Nasiblah rumah tak berapa jauh dari airport, so bolehlah kemas slow-slow. Malam tu bapak, Wati dan anak-anaknya yang hantarkan ke airport. Maka fly lah kami dalam perut kapal terbang merah bersama segala bekalan.
Alhamdulillah selamat sampai rumah tepat jam 1.00 tengah malam. Sebelum tidur sediakan segala kelengkapan untuk bertugas pada esokkan harinya. Itulah cerita raya kami tahun ini, walaupun pun sambut setakat apa yang ada, tapi tetap bermakna dan gembira.
Wassalam.
Syukur Alhamdulillah tahun ini dapat balik beraya di kampung.
ReplyDeleteMemang betul harga kasih sayang tak dapat dibezakan dengan nilai harga tiket.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Sebenarnya kita tak perlu risau pun pasal rezeki...klau kita ikhlas Allah ganti dengan rezeki yang tak disangka-sangka...
ReplyDelete