Assalam...
Mulanya timbul idea ini, ekoran ajakan sahabat saya yang tinggal di Kuching, mengajak saya ikut rombongan mereka. Terpaksa menolak sebab geng itu hanya menerima ahli perempuan, abis my other half yang jugak banyak tahi lalat di kaki takkan nak ditinggalkan. Oh no...no...no, so saya pun cerita pada geng karas kami bila berkesempatan berkumpul selepas waktu pejabat. Seorang awal-awal tarik diri iku tidak boleh ambil cuti lama. So tinggallah kami bertiga buat plan main-main dan angan-angan nak berjalan pusing satu negeri bila balik kampung nanti. Yang menguatkan keinginan adalah walaupun satu negeri, tetapi kami hanya arif di kampung sendiri, banyak tempat yang kami belum sampai. Kalau pernah sampai pun, sudah agak lama, sudah tentu ada yang berubah. Mula bertiga, kami ajak dua orang lagi senang nak muatkan satu kereta, kalau ramai nak ikut kenalah sewa van, tapi kami nak limitkan setakat 7 orang saja dan 2 orang kena bergilir-gilir memandu. Sampai ke hari yang ditetapkan hanya kami berlima yang betul-betul komited teruskan plan ini.
Starting point kami bermula dari KKIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu) dan kami telah memilih di sini untuk berkumpul dan bertemu ahli yang lain. Kami bertiga dari KL dalam satu penerbangan menunggu Aireen (dari Kota Belud) dan Fit (dari Tawau). Setelah berjumpa dan selesaikan kereta sewa, kami memulakan misi pertama untuk mencari makanan sebagai sarapan, brunch dan lunch sebelum kami meneruskan perjalanan ke Papar.
Berhenti mengabadikan kenangan di papan tanda ini, setelah pencarian kilang kuih cincin di Papar gagal. Pengajaran bagi yang suka bergantung sangat pada google maps, phone call untuk kepastian adalah sangat perlu. Lokasi ini adalah di jalan utama Kimanis ke Keningau. Tapi kami tidak melalui jalan pintas ini ke Keningau, sebaliknya memilih perjalanan jauh yang melalui Beaufort, Sepitang, Long Pasia dan Tenom.
Persinggahan seterusnya adalah Beaufort (bofot, sebutan orang tempatan), pekan dan daerah tepi sungai (Sungai Pitas) yang memainkan peranan penting ketika zaman penjajah.
Tugu limau di bulatan pekan Beaufort, sebagai simbol daerah yang terkenal sebagai pengeluar limau madu di Sabah.
Melihat papan tanda ini, kami cuba bertanya pada orang yang kami jumpa di kawasan pasar Beaufort, tetapi tiada seorang memberi jawapan yang menyakinkan akan lokasi tugu peringatan Starcevich. Mr. google pun nampaknya tidak dapat membantu ketika itu.
Pasrah, tak perlu ke tempat yang tidak pasti, jadi kami putuskan meneruskan perjalanan ke Sepitang. Di Esplanade Sepitang nanti kami boleh santai menghirup udara petang, di tepi laut sambil melihat matahari terbenam.
Hajat nak bersantai di pondok tengah laut tu, tapi sebab angin kuat dan hujan dah bermula. Kami cepat-cepat keluar menuju ke gerai makan.
Antara sport terbaik untuk melihat matahari terbenam di Sepitang Esplanade, Sabah.
Kami terus menuju ke gerai yang telah disarankan oleh kawan Fit, (asal orang Sepitang) untuk menikmati sate Sepitang yang selalu menjadi sebutan.
Saya perhatikan kesemua kami (kecuali saya), lebih teruja makan sayap dan buntut bakar daripada menikmati sate di Sepitang ini. Sebab nampak tersangat sedap, saya pun ada merasa seketul tonggeng bakar tu.
Setelah menyelesaikan apa yang patut di Sepitang, kami teruskan perjalanan ke Tenom dan Keningau. Tiada siapa antara kami pernah melalui jalan ini, agak seram di malam gelap dan hujan gerimis. Kawasan pedalaman, manalah nak ada lampu jalan, sesekali bertembung dengan kenderaan lain dan samar-samar cahaya lampu daripada rumah penduduk tempatan serta bunyi salakan anjing. Ada antara kami yang buat lawak untuk berhenti berselpie di tengah jalan, saya yang duduk di hadapan mengeraskan diri sebab berasa seram terutama ketika melalui bawah jambatan (landasan keretapi) sebelum sampai pekan Tenom. Namun dalam hati mengatakan kawasan Long Pasia yang kami lalui itu memang cantik pemandangannya pada waktu siang, apakan daya. Perasaan yang gerun dan cemas hanya reda bila kami memasuki pekan Tenom. Alhamdulillah berjaya melepasi jalan gelap (sebenarnya rasa gerun itu timbul sebab tiada sesiapa antara kami yang pernah melalui jalan ini dan tiada line bagi semua talipon, mulalah timbul macam-macam andaian).
Secawan kopi Tenom menutup santapan kami malam itu sebelum meneruskan perjalanan ke Keningau (Kampung Contoh). Dalam perjalanan tu dapat saya melelapkan mata sekejap, harapkan Fit sebagai penunjuk jalan dan 2 orang lagi temankan Mr. pemandu berbual sepanjang jalan. Tempat persinggahan dan penginapan malam pertama kami di rumah peninggalan arwah bapak Fit.
Kami selamat sampai ke tempat penginapan sekitar jam 10.30 malam, agak lewat bagi orang kampung di sana. Perkara yang bermain di minda adalah bersihkan diri, sholat dan tidur.
Wassalam.
bestnya..
ReplyDeletei takat KK, Ranau, Kundasang je lah yang pernah sampai.
Nak sampai semua tempat kena cuti banyak hari kak....tapi area kundasang tu kira kemuncak tempat wajib pergi tu.
Delete