Friday 15 July 2016

Sabah Road Trip: Day 3 (17/05/2016)


Assalam..
Ok sambung lagi cerita Sabah Road Trip untuk hari ke-3 yang bermula dari rumah sewa Fit di Merotai Besar dan seperti biasa jadual kami sebelum jam 8 pagi kena keluar dari rumah.  Dari rumah Fit kami mencari kedai makan yang berhampiran untuk bersarapan.  Kami jumpa satu kedai yang menyediakan sarapan nasi kuning seperti di bawah.  Tengah bersantap baru wassup dari sepupu masuk nak ajak bersarapan sup tulang yang femes di Merotai, mereka pun baru sampai di kedai tersebut.  Lupakan sajalah, sebab kami pun sedang makan seterusnya kami janji untuk bertemu di Taman Bukit Tawau saja nanti. 



Dekat KKS Merotai ini pun tak ketinggalan nak singgah bergambar.  Fit kata femes tempat ini, tertanya-tanya juga KKS tu apa, rupanya Kilang Kelapa Sawit Merotai.


Simpang masuk Taman Bukit Tawau ini dilalui ketika perjalanan dari Merotai ke Bandar Tawau, sebab itu kami masukkan dalam jadual aktiviti pertama kami ketika di Tawau.


Taman Bukit Tawau adalah antara taman yang termasuk dalam pengawasan dan pentadbiran Taman-Taman Sabah, so resit bayaran tu boleh diguna pakai dalam masa sehari untuk memasuki taman-taman lain yang terletak dibawah satu bumbung.  Tetapi resit kami di Crocker Range Park semalam tu tidak sah lagi.  Di sini kami sempat hiking ke lokasi pokok tertinggi di dunia dalam hati menyesal pun ada, siapa kata siapalah bagi cadangan nak hiking ke sini.  Sepupu serta anak-anaknya yang tertinggal di Merotai tadi berjaya mengejar dari belakang dan bertemu di bawah pokok tertinggi ini.


Lepas hiking  ke lokasi pokok tertinggi di dunia, pergi dan balik lebih kurang 2km, en. Abe dan budak-budak ini refreshkan diri dengan mandi sungai.  Kami yang perempuan sekadar melihat dan rendam kaki saja.  Sayangnya tempat berkelah di kawasan air terjun di tutup atas alasan keselamatan pengunjung.  Suatu ketika dulu, kami pernah mandi-manda di sana.


Selepas mandi dan berganti pakaian kami berpisah dengan sepupu dengan anak-anaknya yang bergegas untuk ke Sandakan sementara kami berehat seketika dan menunggu yang lain membeli cenderahati.  Ketika menunggu itu hujan turun dengan lebatnya, mujur juga ketika semua dah bersiap untuk balik.  Sementara menunggu hujan reda, kami menjamu selera di cafe, sempat book penginapan di Semporna untuk malam ini dan berbincang destinasi seterusnya di Bandar Tawau nanti.

Dalam perjalanan ke Bandar Tawau, plan nak singgah ke rumah sedara yang berada di Kampung Pisang, Hilltop.  Namun dimaklumkan bahawa sedara itu dah berpindah mengikut anaknya kerana rumah mereka telah terbakar ketika kejadian kebakaran baru-baru ini. 


Kami terus ke Bandar Tawau mencari Muzium Koko.  Namun beberapa kali tawaf dalam kawasan bandar mencari muzium koko,  sampai ke sudah tak jumpa-jumpa.  Direction yang diberi semuanya salah.  Kecewa lagi.  Last sekali kami lepak di tepi pantai, tempat ini orang tempatan panggil highway di hadapan masjid ini.


Sambil bersantai di tepi pantai, kami mencuba ini Pentolan tahu telur.  Bebola ikan dan tahu isi yang dimakan bersama sos cili dan kicap.



Sebenarnya plan paling gah yang kami nak buat bila di Tawau adalah menyeberang ke Pulau Sebatik untuk melihat sempadan (satu Pulau yang terbahagi kepada 2 negara Indonesia dan Malaysia).  Tetapi keadaan tidak menginzinkan, tiada rezeki.  Hanya mampu memandang Pulau Sebatik dari sini.  In Sha Alla suatu hari nanti akan sampai.


Dah puas menghirup angin pantai, senja pun dah nak berlabuh kami teruskan perjalanan ke Semporna dan akan bermalam di sana malam ini. Pertama kali menjejakan kaki di tempat yang simpulna (sebut ikut telo orang suluk) ini.


Lebih kurang jam 8 malam, kami sampai di Pekan Semporna.  Tempat pertama dituju adalah tempat penginapan di Dragon Inn,(tempahan last minute melalui agoda) area floating.  Settle kan check in kemudian jalan-jalan cari makan di restoran berhampiran.
Wassalam.

4 comments:

  1. Oh first time dengar pokok tertinggi ada di Sabah ni.
    Ya pulau Sebatik terbahagi dengan Malaysia dan Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu klau tak sampai sini..nantilah cerita pasal pokok tertinggi tu.

      Delete
  2. kak day 4 then sterusnya xde lagi ke?? sbb x jmpa... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tunggu vitamin M baru nak up date...hehehe

      Delete