Sunday 12 July 2015

Kuah Durian

Assalam...
Hari itu teringin nak makan durian, nak pelepas gian mahal pun beli juga 2 biji.  Itupun ambil masa 3 hari nak habis, sebab masa makan terhad kan bulan posa ini.   Lepas beberapa hari itu, kawan en.Abe datang dari kampung bawa 6 biji lagi.  Rezeki Allah bagi pelbagai bentuk, sebab bergegas nak balik kampung, durian kami perisi letak dalam tupperware dan store dalam peti sejuk.  Sebab bahagian sejuk beku pun dah penuh kami letak dalam chiller saja, kalau tak dapat makan 100% ice cream durian.
Pertama kali makan kuah durian yang kawan saya (junior) bawa dari rumah dia.  Mak kawan tu suka bekalkan kuah durian, iyelah nak bawa buah durian naik bas memang susahlah kan.  Nak-nak bas berhawa dingin, mau kena perhambat suruh turun kang.  Setiap kali musim durian, bila kawan tu balik kampung kami dah tahu mesti ada kuah durian dan salah seorang dari kami akan beli roti sebagai menanti kepulangan cik liza.
  

Kuah Durian
Sumber: Makcik Mashita (Mak Liza)

Bahan-bahan
Isi durian - saya masak dengan bijinya sekali
Santan
Air
Gula pasir / gula melaka - ikut manis sendiri
Garam sedikit
Daun pandan - simpulkan

Cara Penyediaan
*  Campurkan semua bahan-bahan ke dalam periuk atau kuali.
*  Masak guna api sederhana hingga mendidih dan meletup-letup.
*  Sentiasa kacau kuah ketika memasak. 
*  Masak hingga isi durian lerai dari biji atau mengikut kepekatan kuah yang di ingini.
*  Sejukkan dan boleh dinkmati bersama roti putih, pulut ataupun roti jala.



Kuah durian saya suka makan cam gini jer, makan cicah dengan roti.  Salah satu menu buka posa hari itu.  Kali ini saya buat terpekat pulak, kalau suka yang cair lebihkan jer santan atau air ketika memasak.
Rasa-rasa tak boleh habiskan kuah durian tu, boleh bekukan dan simpan.  Nak transform ke dalam bubur kacang hijau atau pengat pun boleh.  Atau nak lagi tahan lama masak hingga pekat hingga bertukar warna coklat menjadi lempuk durian.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment