Saturday 11 July 2015

Ramadhan Kareem: Cerita Bubur Lambuk.

Assalam...
Bubur lambuk memang tidak asing pada kita boleh dinikmati bila-bila masa tetapi lebih menonjol ketika bulan ramadhan.  Istimewanya ketika ramadhan sebab kita boleh dapat bubur lambuk percuma hasil sumbangan para dermawan dan selalunya disalurkan melalui masjid-masjid atau surau.  Di bazaar ramadhan pun ada dijual, kadang ada jugak kaunter yang beri percuma.

Mari kita tengok apa bahan asas bubur lambuk bagi setiap negeri.  Jadi senang lepas ini takdelah komplen bubur lambuk di negeri itu sedap, yang negeri ini tak sedap atau tak kena citarasa tekak sendiri.  Rasa bubur lambuk tentunya dipengaruhi dengan penggunaan bahan-bahan dalam masakan tersebut.


Bubur Lambuk Lembah Klang.
Beras
Air
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah kurma
4 sekawan (kayu manis, bunga pelaga, lawang dan bunga cengkih)
Santan
Daun ketumbar
Daging
Garam
Gula 
Bawang goreng. 


Bubur Lambuk Terengganu
(ditambah dengan ramuan tambahan sekaligus menjadikan rasanya berbeza dengan bubur lambuk dari negeri lain)
Beras
Air
Santan 
Pucuk paku
Daun kesum
Daun kunyit
Pucuk manis
Kerisik kelapa
Garam
Gula 
Bawang merah
Bawang putih
Lada hitam
Halia
Daging atau ayam


Bubur Lambuk Kelantan
Beras
Air
Ikan bilis
Lobak merah
Santan
Halia
Lada hitam
Ikan kering
Ayam atau daging


Bubur Lambuk Pahang
Beras
Air
Ulam terutama daun pucuk paku merah,
Daun kunyit, 
Daun kesum
Jagung muda
Isi ikan yang ditumbuk dengan lada hitam, halia, bawang merah, serai dan halba.
Udang
Sotong
Ubi keledek
Bawang merah, 
Serai
Halia. 


Bubur Lambuk Perak
Beras
Santan
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Udang kering
Isi ayam dan daging
Lobak masin
Lada hitam
Halba


Bubur Lambuk Sabah
Beras
Daging kisar
Santan
Daun selasih
Sayur campuran
Air
Garam
Gula
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
 Lengkuas


Bubur Lambuk Johor 
*Mempunyai aroma yang berbeza berbanding dengan bubur lambuk di Lembah Klang, ia ditambah dengan bahan berempah terdiri daripada rempah beriani atau sup bunjut.  Keunikan bubur lambuk johor terletak pada ramuannya yang lebih rumit dan banyak.  Ramuan tambahan ini juga menjadikan bubur lambuk yang dimasak perlu disediakan mengikut sukatan yang betul.
Beras siam
Air
Santan
Daun pandan
Serai
Rempah kurma
Kiub ayam
Sup bunjut / rempah beriani
Kacang kuda
Sayur campur (lobak merah, jagung dan kacang peas)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lada hitam
4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga).
Pucuk paku merah
Garam.
Bahan sampingan;- 
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Telur
Serunding daging
Serbuk lada hitam.

Bubuk Pedas Sarawak
(Di Sarawak bubur lambuk lebih dikenali sebagai bubur pedas)
Beras
Air
Perencah bubur pedas
Udang
Ayam atau daging
Kacang panjang
Jagung muda
Pucuk midin
Tauhu kering
Cendawan cina
Pucuk singkel (pucuk buas)
Daun kunyit
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Minyak masak untuk menumis
Santan


Bubur Kanji
(bubur lambuk dikenali sebagai bubur kanji dan popular di negeri utara semenanjung termasuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang)
Beras
Serai
Halia
Lada hitam
Udang
Air
Santan
Bawang merah
Garam
Halba. 


Dikhabarkan bubur lambuk paling popular tentunya bubur lambuk Masjid Kampung Baru yang menjadi rebutan warga Kuala Lumpur pada setiap tahun.  Perbezaan ramuan antara satu tempat dengan satu tempat yang menjadikannya unik untuk dijamah sesuailah dengan pepatah lain padang lain belalang.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment