Assalam...
Pertengahan puasa hari itu, memyampaikan hajat orang jauh yang datang bertandang untuk pergi shopping malam-malam hari di Jalan TAR. Hajat datang shopping sebagai persediaan hari raya dan hari besar mereka nanti. Dah lalu beberapa kedai dan gerai, dapatlah beli sepasang dua mana yang mereka berkenan. Lepas itu kami pergi ke Jakel Mall untuk mencari baju melayu buat si lelaki yang nak bergaya ala Aaron Aziz ataupun gaya ala Nabil. Pertama kali sebenarnya datang sini sejak dibuka, lokasi Jakel Mall ini pun tak tahu kat mana sebenarnya. Rupa-rupanya dekat jer dari lokasi jakel lama di Jalan Bunus dulu.
Punya ramai orang masa kami sampai, sales person takde yang free, semua dah ada pelanggan yang minta layan. Mula-mula diorang dah cuak rasa nak balik jer, takde orang nak melayan. Salah seorang sales person tu perihatin, tengok diorang ni terkapai-kapai takde siapa peduli, dia sarankan kami ke tingkat 4. Sampai tingkat 4, dah lega sebab layanan bagai vip, kawan dah chop nak beli dua pasang baju melayu dan dapat kain sampin free.
Kalau saya lelaki mesti nak beli semua baju melayu ikut tone colour yang ada. Nasiblah bukan kan. Dalam mall turut ada section untuk home deco yang lebih senang nak buat suai padan bagi yang mampu. Kita tolong bagi idea jer.
Baju melayu koleksi upin ipin untuk kanak-kanak. Zaman kanak-kanak saya dulu di kampung, saya dengar orang kampung panggil baju melayu tu baju selangor. Kalau sebut baju selangor tu maksud diorang merujuk pada baju melayulah. Baju kurung kedah pulak dipanggil dengan nama baju opah, mungkin sebab dulu diorang hanya dapat info hasil tengok drama bersiri "Opah".
Bila dah sampai part perempuan, biasalah keluar masuk kedai dua tiga kali tak beli jugak. Kalau tak buat gitu bukan perempuan katanya. Duk ulang keluar masuk kedai dua tiga kali, patah balik kedai satu lagi, kedai dah tutup. Sebenarnya masa pergi itu busines hour diorang hanya setakat jam 12 hingga 1 pagi. Kalau pergi hari-hari last puasa ini buka sampai subuh.
Inilah hasil shopping mereka, tak siap lagi sebenarnya tapi kena balik dah. Lain kali datang pulak, sambung shopping lepas raya.
Bahagian saya shopping online jer, boleh kurangkan sakit kaki berjalan membawa badan yang makin hari makin tembun. Dah tak terdaya seperti dulu ulang 2, 3 kali dari hujung ke hujung sepanjang jalan TAR dan boleh pulak buat ulang tayang pada keesokkan hari.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment