Wednesday, 30 July 2014

Salam Lebaran 1435

Assalam...
Salam lebaran untuk ibu ayah, adik beradik, semua keluarga jauh dan dekat, kawan-kawan dan sahabat handai.  Maaf dipinta dari kejauhan moga dapat diberi peluang berkumpul semula pada syawal yang akan datang.
Syawal muncul dengan sebagai anugerah dan membawa pengertian yang besar bagi setiap umat Islam.  Kerana keistimewaan itulah setiap daripada kita perlu meraihkan kedatangannya.
Wassalam.

Friday, 25 July 2014

Sagu Gula Melaka

Assalam...
Selamat balik kampung kawan-kawan yang memulakan perjalanan hari ini.  Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.  Siapa yang tak semangat nak balik kampung beraya kan?  boleh beraya dengan ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara, pendek kata beraya satu kampung, tak cukup ngan kampung sendiri, lompat ke kampung sebelah pula dan seterusnya.  Semua orang kampung yang duduk bandar akan teruja, pengalaman manis yang hanya dirasai oleh mereka yang ada kampung halaman.  Kalau memang asal orang bandar tu, lain cerita.
Antara menu wajib setiap kali bulan ramadhan, Sagu Gula Melaka.  Bukan saja senang seumpama petik cari jer dapat tapi sedap (sedap untuk saya lah, bukan pada en.Abe).  Original resepi orang guna santan, tapi saya tukar guna susu cair, lebih nikmat rasanya pada saya, lagi pun senang untuk sediakan berbanding santan fresh yang begitu fragile. 
Wassalam.

Thursday, 24 July 2014

Puding Sumi Berkuah

Assalam...
Berapa hari jer lagi kita dalam bulan ramadhan ini, kalau ianya rancangan tv yang boleh dipause untuk tunda dan lambat-lambatkan siaran kan bagus.  Yang pasti sekarang masing-masing tengah mood nak sambut raya dah, ada kawan-kawan yang dah start bercuti dan memulakan perjalanan balik kampung hari ini.  Kami kena raya di bandarlah tahun ini nampaknya, mana-mana orang kampung yang nak merasa beraya di bandar silalah datang yek....aduhai hati bertabahlah engkau...sementara ada kudrat iradat nak menyediakan juadah berbuka, buatlah yang mana sempat...
Puding Sumi Berkuah
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
20 gram agar-agar
5 cawan air
11/2 cawan gula pasir (tambah/kurangkan ikut manis)
1 tin susu cair
2 pkt sumi / jelly macam-macam perasa - atur dalam loyang.
*  Masak agar-agar dengan air hingga larut.  Masukkan gula, susu cair.  Bila dah mendidih tutup api.  Tunggu sehingga suam2 kuku baru tuang ke dalam acuan yang telah diletakkan sumi / jelly tadi.  Sejukkan hingga betul-betul set dalam peti ais.

Untuk Kuah
1 tin susu cair
1/2 cawan gula pasir
3 sudu tepung jagung
* Campurkan semua bahan dan jerang seketika hingga mendidih (kena kacau sentiasa supaya tepung jagung masak sekata dan tidak berketul-ketul.  Tutup api dan sejukkan sebelum tuangkan ke atas puding.
Sebab en.Abe tak suka dengan benda berkuah-kuah ini, maka kita potong puding tu bagi dia.  Nak makan begitu saja pun dah ok sebab dah cukup rasa, manis semua ada.
Wassalam.

Monday, 21 July 2014

Sanggara' Belanda

Assalam..
Menu berbuka ketika 1st puasa hari itu, Sanggara' Belanda.  Dah lama teringin nak makan benda ini tapi nak mencari pisang yang berkenaan tak jumpa-jumpa iaitu pisang raja.  Kalau kat Sabah malas nak buat, bolehlah jumpa masa pergi kenduri kendara orang Bugis sebab mereka memang ada menyajikan kuih ini.  Bagaimana menu ini mendapatkan namanya pun saya kurang pasti, tetapi ada kemungkinan cara penyediaannya yang memerlukan pisang digoreng sebanyak dua kali dan sinonim dengan kedatangan penjajah Belanda ke Indonesia.
Kebetulan sebelum puasa hari itu, lalu kat kedai bawah tu dan terpandang pisang raja yang besar tapi belum cukup masak.  Terus cop satu sikat yang paling besar dengan tuan kedai sebab memang jarang jumpa diorang jual pisang ini, selalu pisang berangan atau montel je.  Pernah jugak beli kat pasar borong tapi lepas goreng kecut sekecil jari kelingking.  
Sanggara' Belanda
Sumber: Kak Soda

Bahan-bahan
1 sikat pisang raja yang dah masak ranum
2 biji telur.
* Goreng pisang ke dalam minyak penuh hingga kekuningan.  Angkat dan biar sejuk seketika.
* Celupkan ke dalam telur untuk mengoreng kali kedua.  Goreng sekejap saja.
* Belah bahagian tepi pisang dan masukkan inti.  Sebaiknya lakukan ketika pisang masih panas supaya majerin dan gula akan mencair di dalam pisang yang hangat. 
 
Bahan inti
1/2 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk (kasar).
3 sudu majerin
1/2 cawan gula pasir (ikut manis yang dikendaki).
* Gaul semua bahan hingga sebati dan disumbatkan ke dalam pisang.  Biar seketika sehingga sari dari inti akan meleleh keluar.
Wassalam.

Sunday, 20 July 2014

IFTAR DI TMCC, Menara TM

 Assalam...
Yang masih tercari-cari untuk berbuka puasa di luar, anda masih belum terlambat untuk datang berbuka puasa di TMCC, bersebelahan Menara TM, Jalan Pantai Kuala lumpur. Maklum dah hujung-hujung puasa ini, ramai nak jimat masa untuk tidak berada di dapur untuk menyediakan juadah  berbuka puasa.
Rasailah menu-menu istimewa yang disediakan oleh Eden Catering di Buffet Ramadhan yang diadakan di Dewan Kristall sehingga 25hb July ini.
Rekod mereka selama 4 tahun menjayakan buffet ramadhan di PICC Putrajaya, sebelum pihak pengurusan PICC sendiri mengambil alih adalah sesuatu yang luar biasa.  Fully booked setiap hari dengan menerima pengunjung antara 900 - 1200 orang membuktikan bahawa makanan yang mereka sediakan memang disukai ramai kerana menu makanan yang disediakan bukan hanya tertumpu pada menu tradisi melayu tetapi juga disediakan menu western, chinese dan oriental.
Kalau nak booked call nombor yang atas tu, mereka juga ada promosi untuk pengunjung yang datang berkumpulan iaitu 10+1 (bila datang 11 orang, anda hanya perlu bayar untuk 10 orang saja).  Jimat kan??..
Ice cream parlour, sangat digemari bagi si kecil.
Untuk penggemar kambing golek, jangan lepaskan peluang merasai signature dish Eden Catering, Viking Roasted Whole Lamb.
Kalau tak boleh makan kambing, cub try test Nasi Mandhy Ayam ini, memang sangat sedap.
Desserts - kuih-muih melayu, puding, jelly dan cakes.
Local tropical fruits pun ada..
Bagi penggemar jajan (tidbits) & jeruk-jeruk tidak dilupakan.
Antara menu utama di buffet line.
Stall goreng-goreng - ada karipap, pisang, keledek, cekodok, sukun dan banyak lagi.
Pengunjung disediakan dengan kemudahan parking percuma, surau yang selesa bersebelahan dewan Kristall.  Bagi yang hendak datang menggunakan pengangkutan awam LRT, lokasinya berdekatan dengan stesen LRT Kerinchi.
Wassalam.

Ebony & Ivory

Assalam...
Menu buka puasa beberapa hari lepas, hasil dari BW satu blog terpandang nama Ebony & Ivory ini terus terjatuh cinta nak cuba.  Memandangkan masih berbaki cincau dan sago dalam peti ais lepas buat Chilled Honeydew Sago dan Sago Gula Melaka hari sebelumnya.  .  Menu2 macam ini, saya seorang je yang layan.  en.Abe lebih suka berbuka dengan benda-benda bergoreng macam karipap.
Resepi Ebony & Ivory hasil skodeng saya dari Blog Roti & Rice, pemanis mulut yang sangat ringkas dan kebetulan pula ada stock sedia ada. Dalam resepi asal Puan Linda guna half & half, sebab tak dapat cari saya gantikan dengan susu cair dan hasilnya pun tak mengecewakan.  Padanan sirap maple dengan cincau memberi rasa dan aroma yang saya suka.

Ebony & Ivory
Sumber: Linda (Roti & Rice)

Bahan-bahan
540gm cincau
1 cawan sagu
240ml sirap maple
240ml half & half (saya gantikan dengan susu cair).
*  Letak sago dalm cawan kemudian cincau diikuti dengan cincau, tuangkan susu cair dan sirap maple.  Terpulanglah nak susun sagu dulu atau cincau dulu ikut kreativiti sendiri.
Wassalam.

Saturday, 19 July 2014

Siakap Sos Thai by Abe Nas

Assalam...
Orang kata, ciri-ciri suami yang baik adalah yang ringan tulang nak tolong isteri di dapur, betul ker?  tak kiralah tolong masak ker, tolong basuh pinggan atau tolong kemas.  Tapi tahu tak, ada budaya sesetengah suku kaum yang menanggap bahawa suami yang ke dapur itu adalah satu yang budaya yang tak baik dan dianggap sesuatu yang diluar tabii seorang lelaki perlu bertindak.  Itu menunjukkan suami dah kena queen control, bunyi pelik tapi ini satu kenyataan dalam sosio budaya mereka.  

Saya dah pernah jumpa, urusan rumahtangga dan anak bulat-bulat semua diserahkan pada isteri, tugas suami hanya untuk mencari nafkah.  Ada suami yang langsung tidak pernah pegang anak kecil (baby) mereka, inikan pula nak mandikan atau basuh berak anak.  Jangan begitu tak buat inikan nak masak atau basuh kain baju isteri.  Kaum perempuan / isteri mereka pula memang mendokong erat budaya ini dan dengan rela hati akur dengan setiap kesalahan sekiranya mereka gagal untuk laksanakan tugas mereka di rumah.
Takpe kita lupakanlah tentang hal itu, senang cakap biarlah asalkan mereka bahagia, redha dan rela hati, jangan jadi kes dera sudah.  Kawan-kawan yang tengah pening nak masak juadah berbuka petang ini?.  Boleh try buat menu siakap ini.

Siakap Sos Thai
Sumber: Abe Nas

Bahan-bahan
1 ekor siakap sederhana - bersihkan dan buang tulang, kelar isi ikan dan letak garam kunyit.

Untuk Sos Ikan
Bawang putih - ketuk
Sos ikan
Kicap cair
Oyster sos
Minyak bijan
Tepung jagung campur dengan air
Cili padi - potong
Sedikit garam dan perasa
Basil leaf / daun selasih
Cili merah - potong
Daun bawang - potong
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan
*  Goreng ikan dengan minyak penuh hingga masak.  Letak atas pinggan hidang, ketepikan.
*  Tumis bawang putih hingga kuning.  Masukkan sos, kicap, minyak bijan, garam dan tambah sedikit air.
*  Masukkan cili, daun selasih dan daun bawang.  Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.  Angkat sos dan tuang ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

Wassalam.

Give Away Sempena Ramadhan & Syawal

Assalam...
Dulu saya ada entri menang tiket percuma dari AirAsia.  Baru belek-belek balik, tiket itu masih ada dalam simpanan.  So berhasrat nak bagi je kat sapa-sape yang nak sebab saya sendiri tak boleh nak pergi.  Tiket untuk seorang jer tapi, penerbangan pergi dan balik dari KL ke Chennai, India.  Apa barang ada kat chennai itu? Silalah dapatkan tiket ini dan pergilah terokai bumi Chennai sendiri.  Serius saya nak bagi kepada yang berminat daripada tak diguna tamat tempoh macam tu saja.  Vaucher ini valid sampai 30 Ogos 2014.  So sapa2 yang berminat boleh tinggalkan komen.  Tapi kalau ramai yang berminat, saya kena buat undian nanti...
Perlu diingatkan, vaucher ini hanya tiket saja yang free tau, lain2 charge macam aiport tax, fuel ker benda fee lagi dikenakan yek oleh AirAsia.  Bebas nak pilih penerbangan pergi balik sebelum 30 Ogos 2014.  So sapa yang rasa boleh guna or nak melawat atau nak pergi beraya dengan sedara mara kat Chennai sana, cepat2 komen kat bawa tu, start dari sekarang hingga tengah malam 22hb Julai ini.
Wassalam.

Thursday, 17 July 2014

TTC Journey 04: 1st meet With Dr Komathy.

Assalam..
17/7/2014 - jumpa doktor, suami ok, saya hormon tak seimbang tu sebab kacau hormon subur...lebih kurang camtulah yang saya faham dari penerangan dr Komathy.  Masalah yang biasa bagi mereka yang dah berusia lagi-lagi yang dah nak masuk usia bronze silver medal ini. 
Doktor terangkan ada 3 peringkat rawatan yang boleh dilakukan.  Wich is if the 1st step fail, proceed to the next step, peringkat satu tak berhasil, pergi ke peringkat ke-2.  Jika peringkat ke-2 tak berjaya juga perlu procced untuk peringkata seterusnya iaitu IVF.


Peringkat rawatan lebih kurang begini;-
1. Rawatan hormon - ambil pil dan suntikan
2. Rawatan IUI
3. IVF (bayi tabung uji)


Kami suami isteri pilih untuk buat rawatan pertama dulu.  Ambil ubat dan suntikan.  Rawatan bermula lepas raya sebab takut ada gangguan sebab semua orang nak cuti.  So tunggu period hari pertama lepas raya, baru call untuk set appointment dengan doktor lagi lebih kurang dalam bulan 8 nanti baru jumpa doktor lagi.
Wassalam.

Mee Goreng Mak Mok....

Assalam...
Hari ini buat ulang tayang nak buat Mee Goreng Mak Mok.  Bukan permintaan dari sesiapa, tapi nak antar ke surau, giliran tingkat kami untuk antar juadah berbuka puasa hari ini.  Orang macam saya ini mana nak dapat sediakan juadah yang canggih2, dengan skill yang tak seberapa ditambah dengan masa nak masak tu ciput.  Kitchen betul2 jadi like a hell nanti.  Jomlah share resepi Mee Goreng Mak Mok yang saya kutip daripada Kak Uda (Salbiah) nun jauh di JB sana.  Kak Uda antara orang yang memberi kesan untuk saya belajar memasak.  Saya tak tolong masak pun, tolong2 kupas bawang jer, tu pun dan sedih bebenor, nangis rupa orang kena dera.

MEE GORENG MAK MOK
Sumber: Kak Uda (Salbiah Abdul Samad)

Bahan-bahan
1 pkt mee kuning (anggaran 1kg)
2 biji telur
2 sudu cili boh
2 biji tahu - tumbuk lumat
1 ikat sawi - bersihkan dan siang
2 biji tomato - potong baji
100 gm isi udang
100 gm isi sotong
100 gm isi ayam
3 ulas bawang putih - blend
3 biji bawang merah - blend
garam, gula
kicap manis
kicap cair
minyak untuk menumis

Untuk Hiasan
Hirisan telur dadar, cili merah, limau nipis, tomato, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Cara Penyediaan
*  Tumiskan bawang blend hingga kekuningan, masukkan cili boh. tumis hingga naik minyak.  Pecahkan telur dan biar hingga telur masak baru kacau.
* Masukkan tahu, isi ayam, sotong dan udang.  Masukkan kicap cair, kicap pekat, garam, gula dan perasa.  Boleh letak sedikit air kalau nakkan mee goreng yang basah-basah.
* Masukkan sayur, kacau.  Masukkan mee dan kacau untuk sebatikan.  Dah sebati boleh angkat dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan.
Nak makan tunggu azan magrib yek, kan hari ini kita semua berpuasa.  Harapnya mee goreng ini, dapatlah diterima oleh tekak orang surau untuk berbuka puasa nanti.  In Sha Allah.
Wassalam.

Wednesday, 16 July 2014

Ikan Belais Bakar

Assalam...
Penangan teringat akan ikan terubuk bakar pada bulan Ramadhan.  Teringat masa cheq duk penang dulu, petang2 kalu pi bazaar nak pi cari ikan terubuk bakaq ja. Peniaga ikan bakaq hak yang duk bazaar belakang masjid Bayan Baru tu mesti ada juai.  Hari tu cheq pi bazaar Kelana Jaya, ada cencaru ja, terubuk takdok, pi satu bazaar lagi, jumpa dah, tapi cheq punyalah tekejut terui tak jadi beli.  Seekoq kecik dua puluh ringgit depa juai...tu dio he.
Cheq cari kot-kot kedai hak kedai tempat tinggal cheq ini ada juai, takdo.  Segan depa nak juai terubuk tak ramai peminat kot.  Adalah sehari tu, cheq perasan dalam tong ikan tu ada sekoq, tak dan nak ambik, makcik tu dah sambaq dulu.  Takpolah rezeki depa, takkan cheq nak mengamuk pi pukui makcik tu kot.  Cheq pun sembunyi2 rasa sedih, pilih ikan lain.  Sib baik cheq jumpa ikan nie, tak jadi nak nangis. 
Ikan Belais hak orang kampung cheq panggil, Mok cheq sebut ikan Baronang.  Iyolah mak, kan semua ikan berenang-renang dalam ayaq.  Hang diamlah, hang tau pa....makan sudah....hehehe.  Ini ikan kegemaran mak cheq, dia selalu buat bakaq camni.  Pah tu cheq pun jadi syok kat ikan ini....Try lah makan ikan nie, sedap hang tau nampak ja kulit lagu tu...tapi rasa dia sempoi..
Tang rempah tu, buh pi lah apa pun yang angpa suka, cheq layan yang macam mok cheq selalu buh cili merah, lada putih, halia, garam, bawang merah dan minyak, tumbuk-tumbuk paitu bedakkan ikan tu...En.Abe yang baru pertama kali makan pun suko.  Dia kato, gilo sedaq ike nie.
Wassalam.

Tuesday, 15 July 2014

Koay Teow Ala Thai, Memang Berhantu

Assalam...
Orang cakap makanan Thai ini berhantu, bila dah rasa, akan nak lagi dan lagi.  I cebik bibir bila dengar en.Abe bercerita.  Lepas tu dia kata nak bagi saya try makan satu menu koay teow.  Saya buat tak tahu jer, buat tak layan sebab tak percaya selagi menu tu belum terhidang didepan mata dan lidahku belum dapat merasainya.  Hari ini en.Abe kata nak tolong masak koay teow, saya pun tak terfikir dia nak masak menu yang dia cakapkan tu, ingatkan dia nak masak Penang seafood char koay teow yang biasa tu.
Dah terhidang depan mata, nampak pucat jer...pandang mula-mula cam tak sedap je.  Dah siapkkan ayat nak tabur cukup-cukup kalau tak sedap.  Tapi bila dah try wuallaa hoii, speechless terus, tunduk jer tp makan dengan lahapnye tak cukup sepinggan.  Memang berhantu koay teow ini suka rasanya yang pedas, segar, manis-manis dan beraroma dari daun selasih. 

Koay Teow Ala Thai
Sumber: Abg Nasa

Bahan-bahan
1 pkt koay teow (lebih kurang 400gm)
2 sudu kicap cair
1 sdt seafood chili flake
2 biji tomato
3 btg serai - racik halus
3 biji bawang putih - hiris halus
10 biji cili padi - hiris (tambah utk lagi pedas)
2 biji telur
100 gm isi ayam
100 gm isi udang
Minyak untuk menumis. 
* Tumis bawang putih, masukkan isi ayam dan isi udang hingga separuh masak.
* Masukkan telur, kicap cair, tomato, serai, cili dan cili flake.
* Masukkan koay teow, goreng sekejap dan gaul bagi semua bahan mesra dan sebati.  Angkat dan letakkan dalam bekas.


Bahan Kerabu
2 gengam taugeh
1 pkt Thai basil / daun selasih (buang tangkai)
1/2 cawan kacang tanah - sangan, buang kulit dan  tumbuk kasar
1/2 cawan sos ikan
3 sdt gula perang.

* Ambil koay teow goreng yang dalam mangkuk tadi, masukkan taugeh, daun selasih, sos ikan, gula perang dan kacang tumbuk.
* Gaul bagi rata dan hidang.
Seeloknya, bila nak makan baru gaulkan koay teow goreng dengan bahan kerabu biar fresh rasa basil dan taugehnya masih crunchy. 
Hilang terus ayat nak marah tadi dapat koay teow ala thai yang berhantu ini.  Istigfar & syukur Alhamdulillah, terima kasih.
Wassalam

KLIA 2 - Am Proud As Malaysian

Assalam...
Entri khas untuk mereka yang akan naik belon untuk balik kampung sambut raya, start ujung minggu ini dah ada yang nak balik kan?.  Nak wat camner, tiket bas & ketapi takde ke kampung kami, terpaksalah beli tiket belon awal tahun hari itu.  Dulu pernah ada orang tanya, nape nak kena naik belon, tiket bas atau ketapi takde ker? Gulrp....camne nak jawap eh....lepas tu saya teringat bukan ker kami ini dicop sebagai orang yang duduk atas pokok....Tapi itu cerita dah lama, zaman dah maju, klau ada lagi yang tanya macamtu...tak tahulah nak cakap, kena salahkan cikgu sekolah ker?.. 
Yang baru pertama kali nak balik melalui KLIA 2, saya nasihatkan datanglah awal, sebab keadaan tak sama cam di LCCT dulu.  Dulu turun-turun kereta dah tahu tempat dituju, tempat tak luas mana.  KLIA 2 ini berbeza, mula-mula masuk rasa macam datang shopping kompleks, tempat luas, boleh sesat kalau malu bertanya.
Kalau rasa-rasa sesat cari ASK ME, tapi tak pasti service ini ada lagi ke tidak sampai hari ini.
Surau wanita di bahagian bangunan terminal dekat dengan balai perlepasan domestik.
Luaskan.
 Wash room...
Seperti biasa, restoran, cafe and fast food memang banyak.  Kalau kata lapar lagi, tu sebab kedekut kot nak kuar duit.
Ruang tinjau di sebelah luar open air, akan datang cafe dan restoran tu akan extand kerusi meja diorang, perihatin untuk orang bersigup.
Menara yang dikatakan ada rekod tu kan.
Dari sini juga boleh pandang-pandang jeling-jeling KLIA. 
Dari KLIA ke KLIA 2 atau sebaliknya, ada ERL dengan tambang RM2.00.  Jarak 2km je pun kalau sapa-sapa nak rasa jalan kaki.  Tambang ERL dari KL Sentral ke KLIA 2 sama dengan ke KLIA RM35.00 sehala. 
 Balai Perlepasan Dalam Negeri
Untuk yang akan keluar negara, kaunter check passport.
Akan melalui sky brigde, jalan jauh tapi...ada escalator untuk memudahkan terutama mereka yang rasa-rasa lutut ketar dan sedikit longgar.
Tapi lalu sini best,
Boleh cuci mata, tengok kapal terbang parking, yang sedang bergerak untuk berlepas lalu bawah kita.
Dulu kat LCCT tak boleh ambil gambar sesuka hati kan dalam kawasan terminal.  Sekarang hambik kau....pakcik toni tak marah dah.
Banyak kan belon pakcik toni..
Nak naik belon pakck toni dari KLIA 2, bayar tiga ringgit jer..
Murahkan, sapa-sapa pun boleh terbang...
Alah tiga ringgit jer pun, belanja budak-budak sekolah pun lagi mahal..
Ruang legar untuk ke pintu / gate perlepasan antarabangsa.
Memang pelbagai bangsa dan suku lalu sini.
Sayang nak buang air, kita minum puas-puas nanti dalam belon baru buang.
Ini tempat scan kali kedua kalau nak ke luar Malaysia.
Ruang menunggu di kawasan balai berlepas.
Bahagian tuntutan bagasi.  Ini baru standard kata zizan.  Amacam standard tak? macam KLIA atau lebih lagi.  Please feel free and vote lah sendiri, mana yang lebih best.
Apa-apa pun selamat balik kampung, selamat bercuti dan salam lebaran Idul Fitri untuk orang-orang kampung.  Huwaah nangis kuat2 sebab tak balik kampung beraya tahun ini.
Wassalam.