Assalam...
Berapa hari jer lagi kita dalam bulan ramadhan ini, kalau ianya rancangan tv yang boleh dipause untuk tunda dan lambat-lambatkan siaran kan bagus. Yang pasti sekarang masing-masing tengah mood nak sambut raya dah, ada kawan-kawan yang dah start bercuti dan memulakan perjalanan balik kampung hari ini. Kami kena raya di bandarlah tahun ini nampaknya, mana-mana orang kampung yang nak merasa beraya di bandar silalah datang yek....aduhai hati bertabahlah engkau...sementara ada kudrat iradat nak menyediakan juadah berbuka, buatlah yang mana sempat...
Puding Sumi BerkuahSumber: Mulia
Bahan-bahan
20 gram agar-agar
5 cawan air
11/2 cawan gula pasir (tambah/kurangkan ikut manis)
1 tin susu cair
2 pkt sumi / jelly macam-macam perasa - atur dalam loyang.
* Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula, susu cair. Bila dah mendidih tutup api. Tunggu sehingga suam2 kuku baru tuang ke dalam acuan yang telah diletakkan sumi / jelly tadi. Sejukkan hingga betul-betul set dalam peti ais.
Untuk Kuah
1 tin susu cair
1/2 cawan gula pasir
3 sudu tepung jagung
* Campurkan semua bahan dan jerang seketika hingga mendidih (kena kacau sentiasa supaya tepung jagung masak sekata dan tidak berketul-ketul. Tutup api dan sejukkan sebelum tuangkan ke atas puding.
Sebab en.Abe tak suka dengan benda berkuah-kuah ini, maka kita potong puding tu bagi dia. Nak makan begitu saja pun dah ok sebab dah cukup rasa, manis semua ada.
Wassalam.