Assalam...
Entri khas untuk mereka yang akan naik belon untuk balik kampung sambut raya, start ujung minggu ini dah ada yang nak balik kan?. Nak wat camner, tiket bas & ketapi takde ke kampung kami, terpaksalah beli tiket belon awal tahun hari itu. Dulu pernah ada orang tanya, nape nak kena naik belon, tiket bas atau ketapi takde ker? Gulrp....camne nak jawap eh....lepas tu saya teringat bukan ker kami ini dicop sebagai orang yang duduk atas pokok....Tapi itu cerita dah lama, zaman dah maju, klau ada lagi yang tanya macamtu...tak tahulah nak cakap, kena salahkan cikgu sekolah ker?..
Yang baru pertama kali nak balik melalui KLIA 2, saya nasihatkan datanglah awal, sebab keadaan tak sama cam di LCCT dulu. Dulu turun-turun kereta dah tahu tempat dituju, tempat tak luas mana. KLIA 2 ini berbeza, mula-mula masuk rasa macam datang shopping kompleks, tempat luas, boleh sesat kalau malu bertanya.
Kalau rasa-rasa sesat cari ASK ME, tapi tak pasti service ini ada lagi ke tidak sampai hari ini.
Surau wanita di bahagian bangunan terminal dekat dengan balai perlepasan domestik.
Luaskan.
Seperti biasa, restoran, cafe and fast food memang banyak. Kalau kata lapar lagi, tu sebab kedekut kot nak kuar duit.
Ruang tinjau di sebelah luar open air, akan datang cafe dan restoran tu akan extand kerusi meja diorang, perihatin untuk orang bersigup.
Menara yang dikatakan ada rekod tu kan.
Dari sini juga boleh pandang-pandang jeling-jeling KLIA.
Dari KLIA ke KLIA 2 atau sebaliknya, ada ERL dengan tambang RM2.00. Jarak 2km je pun kalau sapa-sapa nak rasa jalan kaki. Tambang ERL dari KL Sentral ke KLIA 2 sama dengan ke KLIA RM35.00 sehala.
Balai Perlepasan Dalam Negeri
Untuk yang akan keluar negara, kaunter check passport.
Akan melalui sky brigde, jalan jauh tapi...ada escalator untuk memudahkan terutama mereka yang rasa-rasa lutut ketar dan sedikit longgar.
Tapi lalu sini best,
Boleh cuci mata, tengok kapal terbang parking, yang sedang bergerak untuk berlepas lalu bawah kita.
Dulu kat LCCT tak boleh ambil gambar sesuka hati kan dalam kawasan terminal. Sekarang hambik kau....pakcik toni tak marah dah.
Banyak kan belon pakcik toni..Nak naik belon pakck toni dari KLIA 2, bayar tiga ringgit jer..
Murahkan, sapa-sapa pun boleh terbang...
Alah tiga ringgit jer pun, belanja budak-budak sekolah pun lagi mahal..
Ruang legar untuk ke pintu / gate perlepasan antarabangsa.
Memang pelbagai bangsa dan suku lalu sini.
Sayang nak buang air, kita minum puas-puas nanti dalam belon baru buang.
Ini tempat scan kali kedua kalau nak ke luar Malaysia.
Ruang menunggu di kawasan balai berlepas.
Bahagian tuntutan bagasi. Ini baru standard kata zizan. Amacam standard tak? macam KLIA atau lebih lagi. Please feel free and vote lah sendiri, mana yang lebih best.
Apa-apa pun selamat balik kampung, selamat bercuti dan salam lebaran Idul Fitri untuk orang-orang kampung. Huwaah nangis kuat2 sebab tak balik kampung beraya tahun ini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment